Inginkan Bentuk Badan Yang Cantik?

Posted by Unknown at Ahad, Jun 22, 2008
Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Siapa yang tak mahu kelihatan cantik? Errmmm...pastinya semua individu ingin kelihatan serta memiliki bentuk badan yang cantik dan kekal menarik. Justeru itu, saya akan kongsikan satu petua mencantikkan bentuk badan khusus buat wanita.

Saya selalu terdengar keluhan para ibu bahawa badan mereka menjadi montok selepas melahirkan anak pertama.

Ya, potongan badan memang dah berubah! Tak seperti dulu lagi. :(

Alamak..., macamne ni!

Masalah perubahan bentuk badan yang amat ketara atau bahasa mudahnya "gemuk", sering menghantui si ibu untuk melahirkan anak lagi. :(

Oopss...janganlah begitu, anak-anak merupakan satu pemberian yang tak ternilai dari Yang Maha Kuasa.

Ia merupakan satu amanah dan adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik dan mengasuh pewaris mereka menjadi insan yang kamil.

Cara penyelesaiannya cukup mudah iaitu:

Kekalkan bentuk badan yang cantik dan langsing dengan memberikan susu badan kepada anak pertama dengan penuh ikhlas.

Sebaik-baiknya, berikanlah susu badan anda kepada anak selama dua tahun.

Hasilnya, dengan keizinanNya anda pasti berpuas hati dengan bentuk badan yang cantik dan tidak berubah walaupun telah melahirkan ramai anak.

Mudahkan? Ya, tentu sekali. :)

Saya yakin dan pasti ramai di kalangan anda telah mengetahui petua sejagat ini. :)

Tapi...berapa ramaikah yang mengamalkannya???

Ops.. Soalan nie saya tak dapat nak jawab. Tanyalah pada diri anda sendiri kerana andalah yang bertanggungjawab terhadapnya. :)





Sekian, terima kasih.

p.s: Jangan lupa kembali ke petua sejagat untuk mengetahui petua-petua lain. :D

9 komen on "Inginkan Bentuk Badan Yang Cantik?"

Tanpa Nama berkata...

saya x kawin lagi lahh.cm mn nak bgi susu

?

oktant on Mac 03, 2010 2:34 PTG berkata...

Minta maaf la yer. Petua ni khusus buat yg wanita dah berkahwin aje. :)

safibalqis on Mac 23, 2010 12:01 PG berkata...

btul tu...skrang ni xramai yg mmberi susu bdan kpd anak2..berbagai2 alasan yg dberi..

Tanpa Nama berkata...

ala xde kew petua untuk org yg xkawin g? nak gak dpat bentuk bdan yg cantik.....

oktant on Mac 29, 2010 3:59 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Oh, nanti saya cuba carikan atau kongsikan kalau ada.

Tapi secara asasnya, awak perlu jaga pemakanan dan bersenam. Ia pasti akan mengambil masa sikit, tapi selamat. :)

Harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

ALA HAI, MASALAHNYA, ANAK-ANAK SEMUA DAH BESAR. SULU ANAK-ANAK SEMUANYA DIBERI SUSU DADA, TAAAAK JUGA KURUS-KURUS........????

Tanpa Nama berkata...

sy nak bgi susu badan masalahya bby yg tk nak

Tanpa Nama berkata...

badan saya kurus sangat..na berisi sikit la...makan da banyak tapi still sama..macam mana eq?

oktant on Mei 17, 2012 11:33 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Mungkin disebabkan faktor lain yg menyebabkan puan belum dapat kuruskan badan. Contohnya seperti aktiviti harian yg kurang seimbang dgn gaya pemakanan.

- Mungkin perlukan sedikit kreativiti bg membuatkan bayi puan lebih suka menyusu badan.

- Cuba amalkan meminum susu setiap hari. Selain itu, lebihkan sedikit memakan daging.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez