Aduss...Sakit Kepala!

Salam Ceria Semua,

Masalah pening kepala telah menjadi lumrah hidup kepada setiap orang. Mungkin ada pun pernah pening kepala jugak kan? Semuanya berpunca daripada pelbagai sebab. Terpulanglah ke atas setiap orang. Tapi....biasanya masalah pening kepala ni terjadi akibat kita terlampau memikirkan sesuatu masalah tu. Betul tak?

Psst...kekadang terkena hujan pun boleh pening oo!
Terutamanya kalau terkena hujan yang turun dalam 10 minit yang pertama.
Nah! Lekas-lekaslah basuh kepala anda, takut nanti melarat pulak pening kepala tu.


Sehubungan itu, hari ini ada satu petua melegakan pening kepala yang ingin saya kongsikan.

Tapi untuk kali ni, petua ni khas untuk wanita yang baru melahirkan anak. Caranya ialah dengan menggunakan jambu batu.

Bagi sesiapa yang mengalami masalah pening kepala selepas melahirkan anak, ambil sebiji jambu batu yang masih muda.

Kemudian, tumbuk putik jambu batu itu sehingga lumat. Ataupun asah putik jambu batu itu pada buntut pasu.

Setelah itu, sapukan pada dahi anda setiap hari selepas mandi.

Amalkan selama beberapa hari sehingga rasa pening kepala itu hilang.





Selamat Mencuba!

7 ulasan:

  1. leh percaya ke?camne ngam migran?lepas duk lama ngadap komputer past2 bgan tetibe aje pening sampai nampak kekunang...hehe leh tenyeh putik jambu batu gak ke?

    BalasPadam
  2. @ Tanpa Nama: Petua ni khas buat kaum ibu yang baru melahirkan anak tau.

    Utk petua migrain, saya akan cuba carikan untuk awak ya. :)

    BalasPadam
  3. @ Tanpa Nama: Untuk migrain, awak boleh makan pucuk betik atau minum air rebusannya.

    Untuk cara selanjutnya, sila ke 4 Khasiat Pucuk Betik.

    Harap membantu. :)


    ~ oktant ~

    BalasPadam
  4. camne kalu da mkn ubat byk kli , tpi msih saket kepala? penglhtan pon trut kabur sekali.. kdg2 sampe x bleh nak bgun and bwat sbrang kerja pon ..camner nak ilang kan saet kpalr klu ubat pon x berkesan?

    BalasPadam
  5. kalau darah kurang pun boleh sakit kepala eh?

    BalasPadam
  6. @ Tanpa Nama: Ya, kalau kurang darah ataupun tekanan darah awak rendah.

    BalasPadam
  7. salam .. pd bln okt tahun lpas .. sy terhantuk d lntai n mnerima 5 jhitan .. da xray , alhamdulillah .. xde darah bku .. tp akhir2 ni , kpale sy d bhgian blakang (area jahitan)sakit sgt .. trutama wktu nk dduk dr baring . sakit yg brlarutan .. leh bg ape2 info ?? tq .

    BalasPadam