Tegangkan Kulit Muka

Petua Penjagaan Kulit

Dewasa ini, baik lelaki mahu pun wanita kecantikan wajah amat dititikberatkan. Ini kerana untuk tampil lebih yakin di khalayak umum, kecantikan wajah merupakan satu faktor penting. Di samping itu, secara tak langsung ia juga meningkat keyakinan orang ramai kepada kita. Betul tak?

Di sini saya ada satu petua untuk tegangkan kulit muka. Tak kira anda masih muda atau tua ia sesuai untuk semua. Seperti biasa, perkara asasnya ialah kelembapan kulit. Untuk menegangkan kulit muka, anda perlu pastikan kelembapan kulit muka sentiasa dijaga.

Langkah melembapkan kulit muka:

1. Ambil sebiji mentimun dan dibuang kulitnya.
2. Potong halus-halus dan ramas hingga berair.
3. Sapukan air mentimun tersebut pada muka. Biarkan selama 20 minit.
4. Selepas 20 minit, cuci muka dengan air bersih.
5. Keringkan muka dengan tuala lembut.
6. Amalkannya tiga kali dalam seminggu.

Selain melembapkan kulit muka, mentimun ni juga ada khasiat lain.
Mentimun yang dikisar dan ditambah dengan sedikit gula boleh dijadikan sebagai minuman untuk menurunkan berat badan dan menghilangkan panas badan.

Seperkara lagi, mentimun ni boleh juga dijadikan ulam untuk merawat penyakit darah tinggi.
Caranya amat mudah iaitu makanlahlah beberapa hiris mentimun setiap kali makan nasi.


Sekian, wassalam dan selamat mencuba!


Petua Penjagaan Kulit

21 ulasan:

  1. wah tol la kulit muka smkin tegang...rugi x try!!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... Kalau boleh, amalkannya dari semasa ke semasa ya. :)

    BalasPadam
  3. @ tanpa nama: betul ke awk dah try??? awk dah cuba berapa lama baru nampak kesan nya??? kalau betul2 berkesan sy nak cubalah

    BalasPadam
  4. @ eylis: Cuba saja. Lagi pun timun memang baik untuk kulit. Banyak produk pencuci muka di pasaran yang menggunakan timun sebagai salah satu ramuan.

    Kalau awak buat sendiri, hasil dia selalunya lebih baik. :)

    BalasPadam
  5. menjadi ke ni???
    coz tomorow i nk uat nasi lemak...........

    BalasPadam
  6. @ kesuma@dewi: InsyaAllah menjadi. Tapi awak perlu amalkanlah setiap minggu. Jika hanya buat sekali dan lepas tu tinggal terus, memang takkan dapat merasakan perubahannya.

    BalasPadam
  7. mmg berkesan..sy slalu jgk buat..kulit muka rse lembap n licin..rugi kalo x try..mentimun mmg byk khasiat..sesuai kalo muka yg ade jerawat...

    BalasPadam
  8. @ Tanpa Nama; Terima kasih atas testimoni awak di atas ya. :)

    BalasPadam
  9. tq syer petua ni nti sya cuba..

    BalasPadam
  10. @ mem: you're welcome. semoga sukses yer. :)

    BalasPadam
  11. klau nak tgangkan kulit tgan mcm mana??
    boleh guna ptua d atas??..

    BalasPadam
  12. @ Tanpa Nama: Boleh juga. Selain tu, kalau kat tangan awak boleh sapu dgn serbuk kopi @ teh, hampas kelapa ataupun nenas yg dah taknak dimakan.

    Banyak pilihan yang boleh awak cuba di situ. :D

    BalasPadam
  13. nk cuba la petua ni..
    mudah pn yer.. :)

    BalasPadam
  14. @ Tanpa Nama: Ok, silakan. Moga berjaya yea. ;)

    BalasPadam
  15. pernah cuba kopi kat badan..lembut rasa kulit..tp kotor pakaian dan leceh(serbuk la katakan), ada alternatif lain x utk guna kopi ni selain cara serbuknya?

    BalasPadam
  16. Sy mengalami masalah jerawat n kulit jadi sgt kering. Skrg ngh runsing mencari apa2 utk melembapkan kulit muka.klu timun tu blend jadi air boleh ke sapu kt muka??? Tlg bg jwpn..tq so much kerana sudi bantu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ shaiqa: Boleh. Tiada masalah kalau shaiqa nak "blend".

      Selain itu, shaiqa boleh rujuk tag kulit kering ya.

      Padam
  17. sy pomm nak tra lah

    BalasPadam