Mari Kurangkan Lemak di Badan

Posted by Unknown at Isnin, Disember 06, 2010
Lemak berlebihan pada tubuh membuatkan seseorang tu terasa gemuk. Bila bentuk badan kurang menarik, sedikit sebanyak menjejaskan penampilan. Ditambah pula jikalau kurang arif berfesyen. Silap pilih, penampilan akan lebih teruk dan mungkin jadi mangsa fesyen kot.

Andainya anda pentingkan penampilan, mahu atau tak haruslah berusaha mengurangkan lemak di badan. Tapi, jangan pula hilangkan terus semua lemak yang ada tu. Tolong dielakkan sama sekali. Nanti tak pasal-pasal kesihatan anda pula yang terjejas.


Sehubungan itu, saya nak kongsilah satu petua kurangkan lemak dengan anda. Boleh, kan? Hehe...


Memula sekali, bahan-bahan yang anda perlukan adalah;


1. 3 potong halia bara

Halia Bara - Wikipedia


2.Sedikit jintan manis

3. Sedikit jintan putih

4. Beberapa biji lada hitam



Kemudian, apa yang perlu anda lakukan adalah;


1. Tumbuk kesemua bahan di atas sampai lumat.

2. Selepas itu, masukkan bahan tersebut ke dalam setengah gelas air suam.

3. Biarkan ia terendam kira-kira 1 jam.

4. Kemudian, anda perah dan tapiskan ia ke dalam secawan air suam lain.

5. Akhir sekali, anda bahagi dua air tersebut. Setengahnya diminum pada waktu pagi dan selebihnya diminum pada waktu petang.


Anda boleh amalkan petua kurangkan lemak di atas sebanyak 2 kali dalam seminggu. Buatlah secara konsisten mudah-mudahan lemak di badan anda akan berkurangan secara beransur-ansur.

6 komen on "Mari Kurangkan Lemak di Badan"

iniialahaku on Disember 06, 2010 9:53 PTG berkata...

pergh..xsedap..hehee

oktant on Disember 13, 2010 10:28 PG berkata...

@ iniialahaku: Huhu... biasanya ubat mmg tak sedap, kan?

lady-D on Disember 13, 2010 11:49 PG berkata...

hah??macam tu ker??xpelah, dla main badminton jerlah tiap2 minggu..hehe..sure x sdp kan air tu..

oktant on Disember 13, 2010 11:59 PG berkata...

@ d_LA: Main badminton pun ok gak. Boleh kurangkan lemak secara sihat. =)

Tanpa Nama berkata...

Qu kn guna petua tu.muda2han ia mnjadi isyALLAH..

oktant on Januari 05, 2013 12:47 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Silakan. Saya doakan awak berjaya tau. Aamiin.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez