Usah Perlekeh Tumbuhan Bernama "Lalang"

Anda pernah dengar tak perangai manusia yang disamakan dengan lalang? Ataupun "umpama lalang". Sebenarnya, sifat sebegitu amat bahaya. Ini kerana, mereka yang bersikap sedemikian biasanya adalah seseorang yang tidak tetap pendirian. Senang dipengaruhi. Tanpa usul periksa, terus percaya bulat-bulat. Jika terus dibiarkan, ia boleh memecah-belahkan masyarakat.


Pokok Lalang - Wikipedia


Tapi, kalau sebelum ini anda anggap lalang tiada manfaat. Anda mungkin silap. Ataupun mungkin anda memang belumpun tahu khasiatnya.

Jadi, di sini saya akan kongsikan khasiat akar lalang. Ia sesuai untuk mengubati mereka yang mengalami;

  • Demam Kuning @ Penyakit Kuning
  • Gonorrhea
  • Batuk Pendarahan Dalam

Cara rawatannya pula seperti berikut;

  1. Ambil akar lalang dan bersihkannya terlebih dahulu.
  2. Rebuskan akar lalang tadi sampai mendidih.
  3. Setelah air rebusan mendidih, tapiskannya ke dalam gelas ataupun cawan.
  4. Biarkan ia suam dahulu sebelum meminumnya secara perlahan-lahan.

Begitulah serba sedikit khasiat akar lalang untuk mereka yang ada 3 penyakit di atas. Mudah-mudahan penyakit yang dialami dapat diubati. InsyaAllah.

8 ulasan:

  1. tak sangka lalang ada khasiat rupanya...

    BalasPadam
  2. @ wa23r: Sebelum ini, saya pun sangka begitu.

    Iyalah, sebab saya selalu dengar orang kata, lalang ni buat semak aje.

    BalasPadam
  3. sebenarnya tiada suatu pun yg ALLAH ciptakan itu sia-sia. itulah antara maksud ayat 191 surah Ali 'Imraan. cuma yg ingin saya tahu ialah adakah sudah ada kajian saintifik yg telah dibuat terhadap akar pokok lalang sebagaimana yg dinyatakan itu. kalau ada dan benar, alhamdulillah bolehlah sama-sama kita mencubanya. sesungguhnya setiap penyakit itu ada ALLAH datangkan penawarnya (ubatnya) kecuali maut.

    BalasPadam
  4. sebenarnya tiada suatu pun yg ALLAH ciptakan itu sia-sia. itulah antara maksud ayat 191 surah Ali 'Imraan. cuma yg ingin saya tahu ialah adakah sudah ada kajian saintifik yg telah dibuat terhadap akar pokok lalang sebagaimana yg dinyatakan itu. kalau ada dan benar, alhamdulillah bolehlah sama-sama kita mencubanya. sesungguhnya setiap penyakit itu ada ALLAH datangkan penawarnya (ubatnya) kecuali maut.

    BalasPadam
  5. baru tahu khasiat lalang nie..selama nie dok tebas lalang je..lepas nie boleh la buat research kat lalang

    BalasPadam
  6. @ seribupilihan: Selain lalang, tumbuhan tempatan yang lain juga boleh dibuat kajian. :)

    BalasPadam
  7. ermmm...slme ni un mmng x taw y pokok lalng nie ad khasiatnye.....

    BalasPadam
  8. @ Tanpa Nama: Saya pun sama. Tapi sekarang dah tahu, kan?

    Bolehlah manfaatkannya bila diperlukan. :)

    BalasPadam