Petua Merawat Bisul, Kesan Bengkak dan Patah Tulang

Petua tradisional ini ditujukan khas kepada anda yang mengalami sama ada bisul, kesan bengkak tubuh badan ataupun patah tulang. Untuk makluman, kaedah rawatan bagi ketiga-tiga masalah di atas adalah sama. Iaitu menggunakan ranting Pokok Tetulang. Ada sesetengah memanggilnya Pokok Tulang-Tulang. Tak kisahlah tu. Janji ia adalah pokok yang sama.


Pokok Tetulang(Tulang-Tulang) @ Euphorbia Tirucalli


Pokok Tetulang ni tidak berdaun. Malah langsung tidak berbuah. Walaupun begitu keadaannya, ia tetap mempunyai khasiat tersendiri. Lebih-lebih lagi kepada manusia. Seperti yang saya katakan tadi, ia boleh digunakan sebagai rawatan untuk bisul, bengkak dan patah tulang. 


Caranya: 


1. Dapatkan ranting dahan Pokok Tetulang. Saya harap anda gunakan ranting yang masih segar ya.

 2. Layurkan ranting tersebut di atas api yang sederhana besar selama beberapa minit.

 3. Kemudian, biarkan ranting tadi seketika agar tidaklah melecur kulit anda nanti bila nak menuam pada tempat yang sakit.

 4. Bila tahap kepanasan ranting tadi dah berkurangan sedikit, tuapkannya secara perlahan-lahan pada bahagian yang sakit (bisul, bengkak atau patah). 

 5. Akhir sekali, balutlah bahagian yang telah dituap dengan kain bersih. Langkah ini perlu diulang beberapa kali sehinggalah kesakitan yang dialami beransur pulih.


Selamat Mencuba dan Moga Lekas Sembuh!

6 ulasan:

  1. kaedah ini boleh juga digunakan atau tidak untuk tulang belakang atau tulang pinggang retak?

    BalasPadam
  2. @ iman mutiara: InsyaAllah boleh.

    BalasPadam
  3. sakitnya kalau ada bisul..huhuu

    BalasPadam
  4. terima kasih, petua yang sangat berguna.

    BalasPadam
  5. @ Intan: Sama-sama Intan. :)

    BalasPadam
  6. Macam mana nk cari pokok tetulang ni ayah sya patah tulang rusuk bleh tk tlong sya mcmana nk dptkan pokok ni

    BalasPadam