Ayat Ringkas Menghilangkan Sakit @ Pening Kepala

Ramai di antara kita sering sakit kepala ataupun pening kepala. Kekadang tu, kita sendiri pun kurang pasti apakah punca sebenarnya. Sekejap baik, lepas tu sakit balik. Mak ai.... Makin bertambahlah pening dibuatnya.


Buat pengetahuan anda, ada dua kategori sakit kepala iaitu;

1. Berpunca dari bahagian dalam kepala

2. Berpunca dari bahagian badan yang lain


Sakit kepala yang berpunca dari dalam kepala amat jarang berlaku. Kalau berlaku pun disebabkan oleh angin ahmar, edema otak dan tumor. Sekiranya ia terjadi pada anda, sila dapatkan rawatan segera ya.

Manakala bagi sakit kepala jenis kedua, selalunya disebabkan oleh ketegangan, migrain ataupun servikogenik.


Ringkasnya, sakit kepala akibat ketegangan lazimnya dialami secara kerap. Adakalanya ia ringan dan adakalanya juga agak sederhana kuat di kedua-dua belah kepala. Rasa macam ada sesuatu yang mencengkam di kepala.

Akibatnya, bahagian kepala akan tegang seolah-olah macam ada sesuatu melilit serta menekan sekeliling kepala dengan kuat. Aduhh... memang sakit.


Untuk migrain pula, pesakit biasanya pening kepala secara berkala. Rasa sakitnya agak kuat serta berdenyut-denyut. Tapi, biasanya ia hanya terasa pada sebelah bahagian kepala. Tak seperti sakit kepala yang berpunca daripada ketegangan.

Akibatnya, penghidapnya mula hilang selera makan, loya ataupun mengalami muntah-muntah.


Bagi pening kepala jenis servikogenik, ia berlaku akibat ketegangan yang melibatkan otot skeletal. Ermmm, ia boleh juga dikaitkan dengan migrain. Tapi ia agak sukar untuk didiagnosis.



Doa Sakit Kepala - Ayat 19 Surah Al-Waqiah

Baiklah, walau apapun jenis sakit kepala yang dialami, saya ingin kongsikan satu doa ringkas tapi mujarab bagi mengatasinya. Sila rujuk video di atas yang saya sertakan khas buat rakan-rakan yang beragama Islam.

Caranya;

- Letakkan tangan kanan anda pada bahagian kepala yang sakit

- Baca ayat 19 Surah Al-Waqiah secara berterusan sampai hilang rasa sakit kepala anda 


Mengikut pengalaman saya, tangan anda mungkin akan terasa panas sedikit selepas beberapa ketika membacanya disebabkan bahang panas yang keluar dari kepala.

Mudah-mudahan ia dapat mengatasi sakit kepala anda. Amiin.

41 ulasan:

  1. bagus ni. rasa sakit kpala maybe sbab pnas sgt. demam. boleh cuba kot

    BalasPadam
  2. boleh dipraktikan ni sebab i selalu sakit pala jugak.. thaanks for sharing.. ;)

    BalasPadam
  3. @ Khidhir: Terima kasih. Silakan.... Insya-Allah akan lega selepas tu.

    @ madammondoq: Boleh. Bila sakit aje, boleh terus praktikkan. Terima kasih kembali yea. :)

    BalasPadam
  4. info menarik..boleh dipraktikkan ni..

    BalasPadam
  5. @ Udinz.com: Terima kasih. Insya-Allah boleh.

    BalasPadam
  6. bagus ni..nak amalkan..follow sini

    BalasPadam
  7. @ Spudin: Terima kasih. Jom kita sama-sama amalkannya.


    p.s: I follow u too. :)

    BalasPadam
  8. @ zool: Terima kasih. Mudah-mudahan kita dpt amalkan bila kena sakit kepala ataupun migrain.

    BalasPadam
  9. terima kasih...besar jasa awak, sbb saya mmg menghidap migrain...terima kasih banyak2

    BalasPadam
  10. @ Tanpa Nama: Sama-sama. Saya harap ia dapat bantu sembuhkan migrain awak. Amin.

    BalasPadam
  11. terima kasih atas perkongsian.kena hafal siap2 ayat tu.selalu pening & sakit pale bila keje.

    BalasPadam
  12. @ aReLaN: Sama-sama. Mudah-mudahan dipermudahkan hafal ayat di atas ya.

    BalasPadam
  13. nice info...boleh laa diamalkan...
    p/S:follow cni :)

    BalasPadam
  14. @ aidajusoh: Terima kasih & mudah-mudahan ia bermanfaat utk aida.

    BalasPadam
  15. ayat dr surah waqiah memang slalu d jadikan ayat utk penawar. tq untuk info

    BalasPadam
  16. @ chii: Alhamdulillah. Sama-sama chii. :)

    BalasPadam
  17. Mohon share..tq ustaz

    BalasPadam
  18. @ Tanpa Nama: Silakan. Saya amat alu-alukannya.

    Sama-sama. :)


    p.s: Saya bukan ustaz, yang dalam video tu namanya Ustaz Sharhan.

    BalasPadam
  19. Terima kasih,senang mengapal....

    BalasPadam
  20. Saya selalu pening...tak menentu...ayatul qursi pun boleh baca saya baca seribu sekurang-kurangnya 5 waktu sebagai zikir.

    BalasPadam
  21. @ Tanpa Nama:

    - Ya, mmg mudah nak hafal.

    - Boleh cuba ayat di atas sekiranya dah tak terdaya nak baca ayat kursi bila kepala dah terlalu pening.

    Tapi kalau dapat amalkan ayat Kursi ni, memang banyak kebaikannya.

    Terima kasih di atas perkongsian awak tu.

    BalasPadam
  22. salam...betul dan benar kalamullah, mmg benar2 mujarab...saya dh rasakan kenikmatan apabila saya menggunakan ayat ini ketika dimana kepala saya pening,sakit dan bercelaru....TQ utk info

    BalasPadam
  23. @ matnuar: Waalaikumussalm wbt.

    Syukur Alhamdulillah jika tuan berasa sedemikian.

    Sama-sama. Jika sukar mendapatkan bahan lain, ayat di atas sebenarnya adalah pilihan terbaik.

    Lebih mudah serta mujarab. InsyaAllah.

    BalasPadam
  24. Merawat Migrain.

    Dulu sewaktu tingkatan 3, saya setiap hari sakit kepada (Migrain), terutama bila dah Jam 9.00 pagi & berlarutan sehingga jam 12.00 tengahari. Ini mungkin kerana saya kuat membaca buku (ulat buku) sehingga lewat malam. Kemudian sy mengadu masalah sy itu kepada Arwah Ayah Angkat saya. Beliau menyuruh sy mengambil pokok batang betik Muda (Sebesar lengan) & kemudian membakarnya, sehingga batang luar betik itu jadi seakan hangus & hitam . Setelah itu, sy belah batang betik itu & ambil isi dalam batang betik itu (yang telah masak & lembut) dengan sudu & meletakkannya pada kain putih. Akhir sekali saya lilitkan kainb putih & isi batang betik itu di keliling kepada saya & kemudianya sy tidur. Sy buat petua ini sekali sahaja. Selepas dari itu, sehingga kini sy tiada lagi menghadapi masalah sakit kepala (Migrain). Wassalam.

    BalasPadam
  25. @ Tanpa Nama: Wow, begitu hebat kesannya.

    Terima kasih banyak di atas petua yg awak kongsikan.

    BalasPadam


  26. ziarahlah kami..semoga ada manfaat yang banyak..

    http://bekamkini.blogspot.com

    BalasPadam
  27. @ Terapi Sunnah: InsyaAllah saya akan ziarah sekarang juga.

    BalasPadam
  28. Alhamdullah ,saya dah baca ayat ini. marilah kita berbalik kepada perubatan Islam . Insya Allah mudah mudahan dengan izin Allah.

    BalasPadam
  29. @ chenoma: Syukur Alhamdulillah. Saya pun dah amalkannya. Memang mujarab. :)

    BalasPadam
  30. BEKAN RAWATAN UNTUK MIGRAIN...SELAMAT MENCUBA..

    BalasPadam
  31. saye akan cube cara tu

    BalasPadam
  32. @ Tanpa Nama:

    - Silakan. Moga berjaya menghilangkan sakit kepala.

    - Sama-sama. :)

    BalasPadam
  33. Saya ni kalau sakit kepala bumi rasanya berputar-putar dan mual,bagaimana cara mengatasinya,

    BalasPadam
  34. @ arjun: Kalau dah amalkan ayat di atas tetapi masih tidak sembuh, ia mungkin disebabkan urat saraf.

    Cuba arjun cari pakar perubatan tradisional ataupun pusat rawatan homeopati bagi mengetahui apakah masalah sebenar yang dihadapi.

    Harap ia membantu arjun.

    BalasPadam
  35. Sakit kepala sebab hadap monitor komputer lama-lama untuk membaca. Aduii sakit tengkuk skali.

    BalasPadam
  36. @ Tanpa Nama: Setiap 20 minit, awak alihkan pandangan pada tempat yang agak jauh sedikit dari pandangan. Kemudian, kelipkan mata 20 kali.

    Petua ini sebenarnya lebih untuk penjagaan mata. Awak boleh cuba dan amalkannya jika sesuai dan mudah untuk awak praktikkannya. :)

    BalasPadam
  37. Salam, mohon izin kongsi petua ni yea, tq

    BalasPadam

  38. Info yang sangat menarik mengenai kaedah rawatan Islam untuk merawat masalah sakit kepala migrain. TQ for sharing.

    BalasPadam
  39. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

    Boleh. Silakan. Mudah-mudahan lebih ramai sahabat kita dapat manfaatnya.

    @ Muhammad Akbar bin Abdullah: Terima kasih kembali tuan Akbar.

    BalasPadam