8 Khasiat Timun

Jika sebelum ini, saya tidak begitu gemar makan timun. Orang kata timun ni sejuk. Jadi ia kurang baik kalau dimakan selalu. Lebih-lebih lagi golongan lelaki. Namun, akhir-akhir ni saya dapati timun ni sebenarnya banyak pula khasiat. Jadi, lepas ni saya akan mengubah persepsi tentang timun ni.


timun jepun
Timun Jepun




Antara khasiat timun yang mesti anda tahu adalah:


1. Amalkan memakan timun setiap hari bagi mengelakkan sembelit.

2. Jus timun amat baik untuk anda yang mengalami gastrik.

3. Seandainya anda campurkan jus timun dengan perahan lobak merah serta daun saderi boleh mengatasi masalah artritis, gout dan reumatik.

4. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, amalkan memakan timun sama ada secara mentah ataupun yang telah dimasak. Jika minum jus timun setiap hari pun boleh menurunkan berat anda.

5. Timun juga mampu mengubati penyakit disentri (keluar darah semasa buang air besar).

6. Campuran perahan timun, jus lobak serta salad mujarab untuk mengubati kudis.

7. Bagi anda yang masih buntu dengan masalah jerawat, cuba parutkan timun dan campurkan dengan kuning telur.

Kacau bahan tersebut hingga sebati. Kemudian, sapu pada seluruh muka anda. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali agar jerawat lekas kering.


Jika ada, ambil biji timun dan campurkan dengan sedikit garam. Berkumurlah dengan bahan tersebut beberapa kali sehari.

Insya-Allah, amalan ini akan menyelesaikan masalah anda tu. 


Banyakkan khasiat timun ni? Oleh itu, manfaatkanlah ia sebaik mungkin ya.

16 ulasan:

  1. Thanks tips yang bagus..pas ni nak makan timun cina banyak2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Timun cina tu tembikai...timunjepun

      Padam
  2. @ Aizamiah Ahmad: You're welcome Aizamiah. Tentu saja boleh. ;)

    BalasPadam
  3. tq for this info..so betul ke timun tu sejuk ?

    BalasPadam
  4. @ nurleeta: You're welcome. Timun ni memang sejuk.

    BalasPadam
  5. thanks :) last tip tu memang da lama cari. teseksa ooh. simple je pun na elok balik. hehe

    BalasPadam
  6. @ Nadia Yeahupp: Most welcome Nadia. ;)

    BalasPadam
  7. Ternyata timun juga bisa menghilangkan jerawat.

    BalasPadam
  8. Kalau deman boleh juga ke, minum jus timun

    BalasPadam
  9. @ Noridah: Kalau demam, tambahkan sikit gula ke dlm jus timun tu untuk mengurangkan panas badan.

    Harap membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanxs for d info tapi bukan ke tak elok buat wanita yg brkahwin makan timun krn ia akan menyebabkan rahim sejuk dan mengeluarkan cecair putih yg likat. Apabila ini trjadi ia akan mmbuat perut terasa sakit dan senak...

      Padam
  10. @ Tanpa Nama: Sama-sama.


    Sekiranya diri puan ataupun kaum wanita amnya mengalami sebarang masalah, saya syorkan lakukan pemeriksaan doktor yang bertauliah terlebih dahulu.

    Ini kerana timun dan tembikai memang bersifat sejuk merupakan makanan yang selalu diambil oleh Nabi SAW.


    Wallahu'alam.

    BalasPadam
  11. Syukur Alhamdulillah. Saya pengidap gout tegar. Baru2 ni, saya kena gout berterusan hampir 2 bulan. Saya dan isteri berusaha mcm2 sampai wife terbaca petua ini. Setelah amalkan hampir 2 minggu, gout tak kena attack lagi dan tanpa disedari berat badan turun 10kg dan bacaan kencing manis baru sat ni (jam 5.30 pm - 7 ogos 2013) saya 5.3. First time paling rendah setelah beberapa tahun sy mengidapnya. Hari ini genap 1 bulan saya amalkan dan saya rasa sgt sihat. Syukran Allah. Esok dah nak raya. Selamat hari raya. Tawakkal (usaha dan doa). Allah akan makbulkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah. Saya turut tumpang gembira.

      Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin daripada saya buat tuan Zam sekeluarga.
      Moga sentiasa dikurniakan tahap kesihatan yang semakin baik dari semasa ke semasa. Amiin.

      Padam
  12. Terimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
    .

    BalasPadam
  13. timun bulih turunkan berat badan? x jdlah nak mkn bdn dah kurus

    BalasPadam