Cara Ringkas Memutihkan Ketiak Hitam

Ketiak hitam ataupun gelap berpunca daripada beberapa faktor seperti penggunaan deodoran, kerap mencukur serta mencabut bulu ketiak. Kesannya, ketiak anda berasa gatal atau luka. Seterusnya, ia mengakibatkan perubahan warna kulit pada bahagian itu.


Justeru, bagi anda yang ingin memutihkan ketiak, berikut merupakan satu lagi alternatif yang boleh dicuba.

Bahan-bahan yang diperlukan pun bukannya banyak. Hanya timun dan perahan lemon yang secukupnya aje.


Lemon dan Timun




Apa yang patut anda buat adalah;


1. Parut sedikit timun hingga halus dan letakkan dalam piring.

2. Kemudian, perahkan sedikit jus lemon ke atas timun tadi.

3. Gaulkannya hingga sebati.

4. Sapukan ia pada kedua-dua belah ketiak anda.

5. Biarkan lebih kurang dalam 15 minit dan cuci.


Amalkan petua ini sehinggalah warna gelap ketiak anda pudar dan tidak hitam lagi.



Selamat Mencuba!

Buang Lemak Dengan Flavonoid

Mahukah anda singkirkan lemak berlebihan dalam tubuh masing-masing? Kini, anda boleh mencubanya serta-merta. Sebab sesetengah makanan mampu mengusir lemak dalam tubuh. Contohnya seperti buah-buahan, kekacang dan rempah.

Terutamanya makanan yang kaya dengan flavonoid. Flavonoid merupakan sejenis bahan pembakar lemak yang boleh didapati dalam badam, strawberi, rasberi, kulit kayu manis dan kacang soya.

Menurut kajian dalam American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang mengambil buah-buahan kaya dengan flavonoid mampu mengurangkan kadar peningkatan lemak dalam tubuh selama 14 tahun. Wow, lama tuu!



1. Badam


Dengan mengambil 3 biji badam sehari akan membantu mengurangkan berat badan sehingga 18%. Ini kerana ia kaya dengan asid alphalinilenic iaitu asid lemak Omega 3 dalam tumbuhan yang melancarkan metabolisme lemak.

kulit kayu manis dan badam



2. Kulit Kayu Manis


Pakar pemakanan Amerika Syarikat, Laure Slayton mendapati dengan mencampurkan 1/4 sudu teh serbuk kayu manis dalam makanan mampu mencegah peningkatan insulin selepas makan.

Selain serbuk kayu manis, pengambilan kunyit juga dapat melewatkan pertumbuhan jaringan lemak dalam tubuh anda.


3. Rasberi dan strawberi


Kandungan vitamin C dalam strawberi dan rasberi boleh membantu membakar lemak hingga 30% ketika anda bersukan.

strawberri dan rasberri



4. Kacang soya


Ia kaya dengan kolin yang merupakan sejenis senyawa berfungsi menghalang penyerapan lemak dan menghalang penyerapan lemak serta membakar timbunan lemak.


Sekarang anda dah tahu makanan yang boleh buang lemak berlebihan, kan? Jadi, bolehlah masukkan ia ke dalam menu harian anda.


P.S: Jika tuan/puan memerlukan maklumat lanjut untuk membakar lemak pada tubuh, sila layari pautan bakarlah lemak ku dengan cepat. Terima kasih.

Petua Tradisional Menghilangkan Jerawat

Apasal la jerawat kat muka ni makin menjadi-jadi? Dah banyak petua dicuba, tapi keadaannya masih sama. Malah, kadang-kadang ia bertambah teruk. Betul ker petua yang ada dalam blog ni?

Biasanya begitulah persoalan yang bermain di fikiran anda, kan? Sebenarnya, ia bergantung pada banyak faktor lain. Petua yang dikongsikan hanyalah satu usaha yang perlu anda lakukan agar masalah yang timbul dapat diselesaikan.

Namun begitu, sekiranya anda mengamalkan sesuatu petua tetapi tidak menitikberatkan soal lain seperti kebersihan diri, kemungkinan besar apa yang anda harapkan akan menjadi sebaliknya.

Justeru, anda perlulah utamakan soal kebersihan diri dan persekitaran agar kulit muka dan tubuh kekal terpelihara setiap masa.

Kulit Muka Cantik


Pagi tadi semasa membaca akhbar Sinar Harian, saya terjumpa petua menghilangkan jerawat. Mungkin ia dapat memberikan manfaat kepada anda masih dibelenggu masalah jerawat.

Oke, ramuan yang diperlukan adalah kulit Pokok Bunga Tanjung, bedak sejuk dan sedikit air.


Pokok Bunga Tanjung
Pokok Bunga Tanjung


Cara mengamalkannya;


1. Ambil bahagian dalam lapisan kulit batang pokok Bunga Tanjung.

2. Gilingkan ia sehalus yang mungkin untuk dijadikan bedak.

3. Setelah halus, campurkan ia dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air.

4. Sapukan ramuan tersebut pada kulit muka anda yang berjerawat sebelum tidur.

5. Jadikan ia sebagai amalan harian.

Sekiranya dilakukan secara berterusan, InsyaAllah kulit muka anda akan bebas daripada jerawat.


Harap petua jerawat ini membantu anda yer. :D

Ramuan Menguatkan Tenaga Batin 2

Sekali lagi, petua ini khas buat para suami yang berkeinginan menambah tahap ketahanan mereka ketika bersenggama bersama isteri. Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk menguatkan tenaga batin serta bagaimana untuk mengamalkannya.


Pertama sekali, bahan-bahan yang anda perlukan adalah;


~ 3 batang kayu manis yang berukuran sekitar 2 inci


Gambar Kayu Manis


~ 1 biji kuning telur ayam kampung



Cara mengamalkannya;


1. Tumbuk lumat kesemua kayu manis tadi sehingga ia berubah bentuk menjadi serbuk.

2. Kemudian, campurkannya dengan kuning telur ayam kampung tadi dalam gelas.

3. Kacaukan ia hingga sebati dan minum.


Amalkan meminum ramuan ini dua kali sehari. Iaitu sekali pada waktu pagi dan petang. Sebagai tambahan, anda boleh meminumnya kira-kira 1 jam sebelum bersama isteri. InsyaAllah anda akan merasakan perubahannya dengan mampu bertahan lebih lama.


Selamat Mencuba!

Cara Melembutkan Kulit Dengan Limau Nipis

Limau nipis bukan saja bagus untuk mencantikkan kulit muka anda. Jika dulu, saya pernah memuatkan artikel mengenai Penjagaan Muka Dengan Tomato dan Limau Nipis. Di mana penggunaan limau nipis hanya tertumpu pada kulit muka.


gambar limau nipis untuk melembutkan kulit

Limau Nipis - palmagro.in



Kini, saya ingin kongsikan pula dengan anda bagaimana memanfaatkan khasiat limau nipis ke seluruh kulit anda. Ia mampu melembapkan kulit anda yang kering ataupun bersisik.


Nak tahu caranya?


Oke, begini....


1) Sediakan beberapa biji limau nipis yang telah dibelah dua untuk digosokkan ke seluruh tubuh anda.

2) Mandi seperti biasa dengan meratakan air ke seluruh anggota tubuh anda.

3) Kemudian, gosokkan limau nipis tadi ke seluruh tubuh anda.

4) Pastikan ekstrak limau nipis tadi digosok pada bahagian kulit yang bermasalah seperti siku, tangan, kaki, betis ataupun muka.

5) Akhir sekali, bilas semula badan anda dengan air bersih dan lapkan dengan tuala bersih.

6) Bagi kepuasan yang lebih, anda boleh sapukan losyen badan ke seluruh tubuh terutamanya pada bahagian yang kulit yang kering atau bersisik.


Sekarang, anda sudah tahu cara mudah untuk melembutkan kulit, mengatasi kulit kering dan bersisik, kan? Amalkannya dan usah lokek kongsikannya dengan rakan yang lain tau. :)


Selamat Mencuba!