Dagu Berlapis? Buatlah 5 Senaman Ini Dulu

Sesetengah anda memiliki saiz badan yang sedang-sedang saja. Tapi, ada satu masalah yang timbul. Iaitu pada bahagian dagu. Dagu berlapis. Bila tengok cermin, rasa macam dah gemuk pun ada. Padahal indeks jisim tubuh anda berada pada julat yang normal.


Dagu Berlapis

Dagu Berlapis



Baiklah, bagi mengatasi dagu berlapis ataupun lemak di bawah dagu, anda perlu;

1. Melakukan senaman secara rutin

2. Mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang

3. Elakkan diet yang melampau


Justeru itu, senaman yang boleh anda amalkan;


1. Kunyah gula-gula getah


Gula Getah

Gula Getah



Cara ini baik untuk otot rahang dan dagu anda.


2. Percikan air

~ Letakkan beberapa ketul ais dalam segelas air.

~ Percikkan air sejuk tadi ke kawasan bawah dagu dan leher anda.

~ Ulangi cara ini sebanyak 15 kali.


3. Menjulurkan lidah

~ Pertama sekali, buka mulut dan keluarkan lidah anda.

~ Cuba sentuh hidung anda dengan lidah (kalau boleh arr). =)

~ Ataupun cukup sekadar keluarkan lidah anda sejauh yang termampu.

~ Ulangi cara ini sebanyak 30 kali tau.


4. Tepukan @ tamparan ehh... bertepuk tampar la plak

~ Letakkan sedikit krim sejuk bawah dagu anda.

~ Pukul @ tampar secara perlahan bahagian bawah leher anda.

Mulakan dari bahagian bawah leher dan berakhir pada bawah dagu.

~ Lakukan tepukan @ tamparan yang lembut tapi dalam gerakan yang cepat.

~ Ulangi kaedah ini hingga 40 kali.


5. Mendongak

~ Dongak muka anda ke atas sambil membuka mulut seolah-olah seperti hendak menggigit sesuatu.

~ Lakukan cara ini antara 10 ke 15 kali sehari.



Selamat Mempraktikkannya!


p.s: Petua berkaitan dagu berlapis ni belum habis lagi. Ada sambungannya tau....

21 ulasan:

  1. wah
    tadi ku buat yang jelir2 lidah tu
    pastu budak rumah nampak
    dia kata,"Ko dah kenapa?"
    hahaha
    gelak2 jer aku
    apa2pun den try la buat benda nih

    Jom Join Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda

    BalasPadam
  2. @ hans: Oh dah buat eh... Bagus...bagus. Haha... diorang mesti pelik, kan? Takpe, nanti kalo ko dah dpt hasilnya, boleh perturunkan ilmu ni kat diorang pulak. :D

    @ Sheeda S. A. : Okay, you're welcome. :)

    BalasPadam
  3. bgus2 nie..hehe..utk org yg dh terlebih dagu tu leh try la petua nie..hehe

    p/s: Terima Kasih kerana sudi memberi komen di blog saya..Sebagai balasan saya membuat kunjungan balas ini ke blog anda..=)

    ****KLIK GAMBAR FOTOGRAFI TERKINI DISINI****

    BalasPadam
  4. @ Faiz: Betul gak tu. Ok, terima kasih. :)

    BalasPadam
  5. thanx. i akan try my best :D hehe

    BalasPadam
  6. @ Tanpa Nama: Sama2. Mudah2an berhasil. ;)

    BalasPadam
  7. Harap petua ini dapat memberi kesan pada sy..Thanks

    BalasPadam
  8. @ Tanpa Nama: InsyaAllah. Moga berhasil. Sama-sama. =)

    BalasPadam
  9. MAKASIH BUAT TIPS NYA.. TAPI SAYA SEDIKIT RAGU. HEHE

    BalasPadam
  10. Sue cuba try yg jelir lidah tue..susahlah...rasa nak termuntahlah,apalagi kena angin....tapi sue akn try suma tip tue untuk sebulan ni...kalau menjadi,sue bagitau ye...thank for d tip....seeyaaaa....

    BalasPadam
  11. @ Geijie: Sama-sama Sue... Mmg agak susah sikit senaman yg tu. Walauapapun teruskan aje rutin ni perlahan-lahan yea.

    Moga berjaya. Amin.


    p.s: Terima kasih kembali Sue.

    BalasPadam
  12. Trimas utk tips nie...i will try in my room..takut2 jiran nmpak pelik

    BalasPadam
  13. @ Tanpa Nama: Sama-sama. Saya doakan moga usaha awak membuahkan hasil ya.

    BalasPadam
  14. adoi nk terkeluar lidah huhuuu

    BalasPadam
  15. Saya ingin trs praktikkn...insyaallh..

    BalasPadam
  16. @ Unknown: Ya, silakan. Moga berjaya. Amiin.

    @ Rin Damia: Silakan mencuba. Mudah-mudahan berjaya. Amiin.

    BalasPadam
  17. @ Anje Abdullah: Sama-sama Anje. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk awak. :)

    BalasPadam