Petua Kembung Perut, Luka, Resdung dan Sakit Gigi?

Anda pernah dengar tak tentang tumbuhan yang namanya Pokok Lembiaga? Buat makluman, daun lembiaga ni boleh digunakan bagi mengubati telinga bernanah. Saya pernah kongsi mengenainya melalui artikel "Apa Ubat Telinga Bernanah?". Anda boleh klik saja pautan tersebut untuk petua selanjutnya.


Pokok Lembiaga

Pokok Lembiaga - philipt.smugmug.com



Pokok ini biasanya tumbuh di meliar di kawasan berhampiran pantai. Terutamanya di hutan paya bakau. Selain telinga bernanah ia didapati boleh merawat kembung perut, leka ehh...silap luka, resdung dan sakit gigi.


Caranya akan saya nyatakan satu persatu di bawah.......



A. Kembung perut


1. Petik beberapa helai daun lembiaga yang masih segar.

Daun Lembiaga

Daun Lembiaga - khandigeorganic.com



2. Layurkan kesemua daun tersebut.

3. Tampalkan daun yang telah dilayurkan tadi ke atas perut yang sakit.

4. Ulangi semula langkah 1 hingga 3 beberapa kali sehinggalah masalah kembung perut yang anda hadapi benar-benar sembuh.



B. Luka dan sakit gigi


1. Petik beberapa helai daun lembiaga yang masih segar.

2. Titikkan getah yang ada pada gigi atau tempat yang terluka.

Itu saja kaedahnya. Mudah, kan?



C. Resdung


1. Dapatkan sedikit kulit kayu pokok lembiaga.

Kulit Kayu Pokok Lembiaga

Kulit kayu Pokok Lembiaga - luirig.altervista.org



2. Jemurkan ia beberapa hari untuk tujuan pengeringan.

3. Setelah ia benar-benar kering, bakar kulit kayu tu dan hidu asapnya.

4. Pastikan anda hidu sampai ada lendir yang keluar dari hidung.

5. Kaedah ini boleh diulangi setiap kali anda mengalami resdung.


Ingin saya ingatkan kepada anda yang baru pertama kali mencuba kaedah ini, lakukannya sekali saja dulu. Jika serasi, barulah diteruskan secara konsisten. Okey. =)



Selamat Mencuba!

Senaman Leher Hilangkan Dagu Berlapis

Anda dah tahu 5 senaman yang boleh dipraktik untuk hilangkan dagu berlapis, kan? Istimewa buat anda, saya kongsikan satu lagi jenis senaman. Iaitu senaman leher.

Tapi, senaman leher yang macam mana tu?

Adakah seperti yang di bawah ini?


senaman leher


Ataupun yang ini?

senaman leher 2


Haha... agak-agaknya yang mana satu pilihan anda?

Sebenarnya, kedua-duanya pun bukan. Kaedah senaman leher yang saya maksudkan adalah seperti berikut;


1. Baringkan seluruh tubuh anda.

2. Sambil berbaring, angkat bahu anda ke atas sikit dari lantai.

SenamanHilangkanDaguBerlapis


3. Ini diikuti dengan memusingkan kepala anda ke kanan sedikit.

4. Kemudian, pusingkan pula ke kiri sedikit.

5. Setelah itu, dongakkan kepala anda ke belakang sejauh yang boleh.

SenamanHilangkanDaguBerlapis2


6. Lepas tu, angkat kepala anda ke hadapan dan cuba rapatkan dagu anda ke dada.

Ulangi langkah 2 hingga 6 sebanyak 10 kali.

7. Akhir sekali, baringkan semula kepala anda dalam keadaan biasa seketika untuk merehatkan otot leher.

Kaedah ini boleh anda lakukan pada waktu pagi dan malam setiap hari. Ataupun jika ada kelapangan, lakukannya pada bila-bila masa saja.


Selamat Mencuba!


P.S: Jika anda ingin mendapatkan 5 senaman untuk hilangkan dagu berlapis ataupun lemak lemak bawah dagu, sila ke artikel "Dagu Berlapis? Buatlah 5 Senaman Ini Dulu".

Dagu Berlapis? Buatlah 5 Senaman Ini Dulu

Sesetengah anda memiliki saiz badan yang sedang-sedang saja. Tapi, ada satu masalah yang timbul. Iaitu pada bahagian dagu. Dagu berlapis. Bila tengok cermin, rasa macam dah gemuk pun ada. Padahal indeks jisim tubuh anda berada pada julat yang normal.


Dagu Berlapis

Dagu Berlapis



Baiklah, bagi mengatasi dagu berlapis ataupun lemak di bawah dagu, anda perlu;

1. Melakukan senaman secara rutin

2. Mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang

3. Elakkan diet yang melampau


Justeru itu, senaman yang boleh anda amalkan;


1. Kunyah gula-gula getah


Gula Getah

Gula Getah



Cara ini baik untuk otot rahang dan dagu anda.


2. Percikan air

~ Letakkan beberapa ketul ais dalam segelas air.

~ Percikkan air sejuk tadi ke kawasan bawah dagu dan leher anda.

~ Ulangi cara ini sebanyak 15 kali.


3. Menjulurkan lidah

~ Pertama sekali, buka mulut dan keluarkan lidah anda.

~ Cuba sentuh hidung anda dengan lidah (kalau boleh arr). =)

~ Ataupun cukup sekadar keluarkan lidah anda sejauh yang termampu.

~ Ulangi cara ini sebanyak 30 kali tau.


4. Tepukan @ tamparan ehh... bertepuk tampar la plak

~ Letakkan sedikit krim sejuk bawah dagu anda.

~ Pukul @ tampar secara perlahan bahagian bawah leher anda.

Mulakan dari bahagian bawah leher dan berakhir pada bawah dagu.

~ Lakukan tepukan @ tamparan yang lembut tapi dalam gerakan yang cepat.

~ Ulangi kaedah ini hingga 40 kali.


5. Mendongak

~ Dongak muka anda ke atas sambil membuka mulut seolah-olah seperti hendak menggigit sesuatu.

~ Lakukan cara ini antara 10 ke 15 kali sehari.



Selamat Mempraktikkannya!


p.s: Petua berkaitan dagu berlapis ni belum habis lagi. Ada sambungannya tau....

Miliki Kulit Sihat Dengan Kurma

Buah kurma memang banyak khasiat. Terutamanya dari sudut kesihatan. Kalau bulan puasa, setiap hari berbuka dengannya. Lagipun ianya sunat, kan?

Namun, buah kurma bukan setakat baik untuk kesihatan aje. Malah, boleh digunakan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Lagi satu, kalau nak awet muda pun boleh! Menarik tak? Hehe...


Buah Kurma-Tamar



Kelebihan di atas boleh diperolehi sebab kurma mengandungi protein dan vitamin B6. Di mana ianya berfungsi menjauhi infeksi kulit serta melambatkan proses penuaan ( kedutan kulit).

Apa yang harus saya buat untuk mendapatkan khasiat di atas?

Begini, anda perlu gunakan kurma sebagai skrub. Skrub muka dan seluruh tubuh badan.


Cara-caranya;

1. Ambil 8 biji kurma dan setengah sudu oatmeal.

2. Kisarkan bahan-bahan di atas sampai lumat untuk dijadikan skrub.

3. Basahkan sikit muka dan tubuh anda.

4. Kemudian, sapukan skrub kurma tadi pada muka dan seluruh tubuh anda.

5. Biarkan ia dalam 15-25 minit.

6. Kemudian, basuhlah tubuh anda sehingga bersih ataupun terus mandi. Senang cerita. :D


Cubalah bila anda berkesempatan nanti ya!

Petua Tradisional Merawat Darah Tinggi

Walaupun pelbagai petua berkaitan darah tinggi pernah dipaparkan di sini, saya tambah satu lagi. Boleh, kan? Anda boleh belek kembali artikel berkaitan darah tinggi (hipertensi) melalui tag "Tekanan Darah Tinggi" dan "Ubat Darah Tinggi". Klik saja pada tag tu. Nanti akan keluar satu senarai berkaitan darah tinggi.

Saya harap anda faham dan jelas mengenainya ya.

Berbalik pada topik di atas, cara tradisional yang dimaksudkan ialah dengan menggunakan daun akar mempelas yang dah matang. Anda boleh mengenali akar mempelas (Tetrcera Indica) secara lebih dekat melalui 3 imej (sumber: NaturalLoveYou) berikut;


akar mempelas 1

Akar Mempelas 1



akar mempelas 2

Akar Mempelas 2



akar mempelas 3

Akar Mempelas 3




Cara-caranya;


1. Ambil beberapa helai daun akar mempelas yang telah matang dan bersihkan.

2. Kemudian, rebus daun tadi hingga mendidih.

3. Setelah mendidih, biarkan air rebusan tersebut suam.

4. Akhir sekali, anda minumlah air rebusan tadi perlahan-lahan.

5. Sebaik-baiknya anda amalkan meminumnya setiap hari. Iaitu sekurang-kurangnya 30 minit lepas makan tengahari dan malam.



Sekian, terima kasih.


p.s: Selain berkhasiat merawat darah tinggi, daun akar mempelas ini juga boleh melicinkan kuku anda dan permukaan kayu. Ia bagaikan kertas pasir semulajadi!

Petua Ringkas Mengubati Ulser Mulut

Agak lama juga saya biarkan anda tanpa sebarang tambahan petua di blog ini. Harap maaf jika membuatkan anda tertunggu-tunggu. Sebenarnya, saya seronok membaca beberapa ebook yang baru dibeli bebaru ni. Antaranya seperti rahsia magnet duit dan rahsia mudah dot my. Itu pun belum sempat habis lagi.

Namun, khas buat anda, saya tetap nak kongsikan petua berkaitan ulser mulut. Ulser mulut ni ada juga yang sebut mata ikan. Kaedahnya agak mudah saja. Kalau tak percaya, anda bacalah cara merawatnya di bawah nanti ya. :)


Cuma bahan yang diperlukan ialah daun cemperai yang segar. Saya kurang pasti sama ada mudah untuk anda memperolehinya atau tidak. Namun, ia biasa tumbuh berhampiran pokok getah ataupun kelapa sawit. Tapi, anda dinasihatkan agar berhati-hati. Sebab berkemungkinan besar pokok cemperai yang tumbuh di situ beracun. Huhu...

Sebagai panduan, di bawah ni saya sertakan gambar pucuk cemperai agar anda dapat gambaran sikit mengenainya.


pucuk cemperai

Pucuk Cemperai- Norisah@flickr.com



Rawatan ulser mulut dengan daun cemperai ni mudah saja. Iaitu;


1. Anda ambil beberapa helai daun cemperai yang masih segar.

2. Tumbuk daun tersebut sampai lumat.

3. Akhir sekali, tampalkan daun tadi pada bahagian mulut yang mengalami ulser.

Anda boleh ulang kaedah di atas beberapa kali sehinggalah penyakit mata ikan tersebut baik.


Selamat Mencuba!