12 Khasiat Madu Lebah Asli

Madu lebah asli diakui berkhasiat untuk manusia sejagat. Khasiatnya meliputi aspek kecantikan mahupun kesihatan. Sebelum ini pun, dah banyak kali saya berkongsi dengan anda mengenainya. Anda boleh rujuk semula mana-mana pautan di bawah;




Ataupun melalui label berikut;



Madu lebah asli


Rasanya cukup sekadar beberapa pautan saja. Selebihnya anda boleh cari dalam blog ini ya. Kalau letak lebih, saya risau nanti ada yang pening pulak. Huhu... Terus tak masuk apa yang ingin disampaikan. :-(


Kali ini, saya senaraikan lagi 12 khasiat madu asli @ madu lebah yang berguna untuk anda:


1. Melawaskan buang air besar

2. Menambahkan kecerdasan otak kanak-kanak

3. Mencerahkan mata

Sapu @ lumurkan madu pada bahagian kening anda.

4. Memulihkan penyakit banyak kahak

5. Mengubati penyakit dalam perut

6. Menghilangkan kesan terkena api, air atau minyak panas

Sapukan saja pada anggota badan anda yang terlibat.

7. Membersihkan kotoran yang ada dalam usus kecil dan besar

8. Menghilangkan kesan pati candu rokok yang melekat pada paru-paru

9. Mengurangkan serta menghilangkan ketagihan dadah

Amalkan meminum air bunga mawar panas yang dicampur dengan sedikit madu. Minumlah 2 kali sehari hingga anda benar-benar pulih.

10. Mengubati penyakit medu

11. Memutih dan menguatkan gigi dengan menggunakannya sebagai ubat gigi

12. Mampu mengubati sebarang jenis penyakit

Amalkan meminum air panas yang dicampurkan dengan 2 sudu besar madu setiap hari. InshaAllah.



Namun begitu, anda dilarang memakan tembikai (timun cina) bersama dengan madu lebah. Ini kerana ia boleh membawa MAUT.


Sekian buat kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca petua di atas.

10 ulasan:

  1. madu lbah jnama ap ye yg terbaek..?

    BalasPadam
  2. faedah madu mmg banyak..apa yg dinyatakan diatas mmg ada betulnya...tp yg menjadi masalh ialah mencari madu asli..kebanyakkan dipasaran malah yg dijual oleh penduduk kg ada yg xasli...mmg sukar utk membezakan madu asli atau tak...tp bg yg sentiasa minum dan menjadi amaln harian akan tau asli ke tidak dengan sendirinya. keluarga saya mmg amal minum madu kerana keturunan kami ada penyakit asma/lelah bermula dr atuk..ayah dan skrg kakak, kakak saya mmg amal minum madu selama 8 thn kerana dia yg paling teruk, untuk mengelak dr bekalan terputus kami terus dapatkan dr pencari madu bukan lg digerai2 tepi jln, kami katakan padanya mahal pun tidak menjadi masalah yg penting kami mahukan original, sejak itu kami dpt madu asli dr pencari madu di kg n kg berdekatan, kami ada 3 pembekal madu...ada madu hutan pantai(pokok Gelam) madu nipah...madu hutan bukit, rasanya berbeza mengikut kawansan dan musim...ada musim bunga kembang n bunga kudup, bunga kudup rasa skit payau sbb bunga blum betul2 kembang/masak...begitu juga musim hujan atau panas..musim panas madu lebih manis n musim hujan skit tawar tp tetap juga manis....bnyak lg saya nak terang tentang madu tp ruang nie kecil...saya amat berterima kasih pada pencari madu, untuk membalas budinya saya berjanji untuk menolongnya menjual madunya dan dpt untung skit2, madunya tidak ada jenama sbb org kg yg cari dan hanya dalam botol minuman sahaja.... kepada yg berminat utk mngetahui lebih lanjut boleh berhubung dgn saya di 0193089906

    BalasPadam
  3. Apakah kita perlu menggunakan ryal jelly utk efek yg terbaek?

    BalasPadam
  4. Betul ke makan tembikai dengan madu boleh maut? Sesiapa pernah cuba? hehe...

    BalasPadam
  5. takde jawapan... mungkin org yg pernah cuba tu dah tkde lagi heheheheee

    BalasPadam
  6. madu yang di jual kedai-kedai besar cm tesco,aeon,, asli ke x yerr?? tpi sy tengok mcm ada cap halal..???

    BalasPadam
  7. @ Tanpa Nama: Bergantung. Biasanya, kalau yang asli harganya lebih tinggi.

    BalasPadam
  8. Untuk makluman anda yang saya hormati, satu lagi kaedah untuk tahu sama ada madu asli atau sebaliknya ialah;

    - Mengukur keasidannya. Nilai ph madu asli ialah dalam lingkungan 3.4 - 4.5.

    Iaitu apabila kita titiskan madu tersebut pada kertas suratkhabar, ia tak mudah menyerap.


    Harap ia membantu kita semua mengenalpasti madu lebah asli selepas ini. InsyaAllah.

    BalasPadam
  9. Sekedar kasih info gan
    Maaf numpang lewat

    BalasPadam
  10. saya gunakan sebagai shampoo

    BalasPadam