2 Petua Hilangkan Jerawat Belakang Badan

Masalah jerawat sebenarnya bukan hanya tertumpu pada muka saja. Ada sesetengah individu turut ditumbuhi jerawat pada bahagian belakang badan. Ada yang mengatakan ia berpunca daripada bakteria akibat suka tidur semasa badan berpeluh.


Mungkin ada sebahagian kita, lepas balik kerja atau bersukan suka baring dulu atas karpet, tikar mahupun sofa untuk menghilangkan penat. Tapi kekadang belum sempat mandi dah terlelap. Itu yang belakang badan mudah naik jerawat.

Ada juga yang cakap kalau basuh baju, elakkan guna sabun yang berlebihan. Sama ada betul atau tidak, saya pun kurang pasti.



Walau apa jua puncanya, saya pasti anda lebih berminat nak tahu petua untuk hilangkan jerawat belakang badan ni, kan?

Buat sementara ni, ada 2 petua yang boleh saya kongsi dengan anda iaitu;


1. Scrub Buah-buahan


Anda boleh gunakan scrub daripada ekstrak buah-buahan seperti betik, nanas ataupun kiwi.


Scrub Kiwi - Emmy Gabriel@Flickr.com



Cuma anda perlulah minta bantuan daripada ahli keluarga untuk menyapukan scrub tu pada keseluruhan belakang badan anda. Lakukan cara ini beberapa kali seminggu dan teruskan sampai 3 bulan.

Alternatif lain, anda boleh buat rawatan scrub di pusat kecantikan ataupun spa yang berdekatan.



2. Kacang Hijau


~ Memula, ambil segenggam dua kacang hijau.

~ Kisar kacang hijau tersebut sampai halus.

~ Tapiskan kacang hijau yang telah dikisar halus tadi ke dalam sebuah bekas.

~ Kemudian, tambahkan sedikit air.

Pastikan campuran ini tak terlalu cair ataupun terlalu pekat ya.

~ Akhir sekali, sapukan campuran ini pada bahagian belakang badan anda.

Mintalah bantuan seseorang sama ada di kalangan ahli keluarga mahupun rakan serumah ya.

~ Biarkan sampai kering dan cuci dengan air suam atau air biasa.

Sebaik-baiknya anda buat setiap hari sebelum mandi sehinggalah berpuashati dengan hasil yang diperolehi.


Moga Anda Berjaya Hilangkan Jerawat Belakang Badan!

57 ulasan:

  1. boleh berkesan ke ?

    BalasPadam
  2. yg kacang tu, masa nak kisar tu kena letak air ke?

    BalasPadam
  3. @ Tanpa Nama: Tak perlu letak air masa kisar.

    BalasPadam
  4. @ Tanpa Nama: Nak tambah sikit, gunakan pengisar yang jenis kering nyer.

    Kalau pengisar yg biasa, awak perlu tambah air.

    BalasPadam
  5. selain kat belakang..kat dada boleh tak??

    BalasPadam
  6. salam..mo tny blh ka? berapa kali sehari kena buat? sehari skali ka atau 2 kali sehari ..

    BalasPadam
  7. @ Tanpa Nama: 1 kali sehari pun boleh.

    BalasPadam
  8. selepas kisar pe jd ?? de kuar air ke nnt ??

    BalasPadam
  9. @ Tanpa Nama: Kalau yg scrub buah-buahan tu, ambil jus atau airnya.

    Utk kacang hijau pula, tambahkan ia dgn sedikit air lepas mengisarnya. ;)

    BalasPadam
  10. terima kasih ya
    saya dah cuba macam2 produk
    tapi jadi lagi teruk
    nak cuba petua ni plak
    mudah2an ini cara terakhir saya bole amalkan sampai elok.
    insyaAllah

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama: Oke, sesama. Harap ia baik utk awak.

    BalasPadam
  12. Salam,

    Saya ingin kongsi info ini:

    Dapatkan Laporan Khas Masalah Jerawat Badan.
    Kaedah untuk menghapuskan Jerawat Badan Hanya dalam 2 Bulan Tanpa Ubat.
    Juga berkesan untuk jerawat di bahagian lain (muka, badan).

    Info lanjut layari http://www.jerawatbadan.com/

    BalasPadam
  13. macam mane nak panjangkan zakar ye? (open-minded la)

    BalasPadam
  14. cam mane nak buat scrub kiwi ye??

    BalasPadam
  15. salam..kalau jerawat badan 2 hilang,ada parut yg tinggal x??

    BalasPadam
  16. @ Adlina: Waktu awal-awal, parut tu selalunya masih ada.

    Tapi lama-kelamaan ia akan pudar dan hilang. Cuma dalam masa yg sama, kebersihan pakaian & persekitaran perlu dititikberatkan.

    Lagi satu, kalau basuh baju, elak gunakan sabun terlalu banyak. Ia juga merupakan salah satu penyebab jerawat belakang badan.

    BalasPadam
  17. sy akan cuba..terima kasih..:)

    BalasPadam
  18. @ Adlina: Okey, slmt mencuba. Sama-sama.

    BalasPadam
  19. shue bukan nama sebenarJanuari 06, 2012 11:31 PTG

    saya akan cuba sebab da makin teruk lah

    BalasPadam
  20. @ shue bukan nama sebenar: Okey, mudah-mudahan ia makin berkurangan.

    BalasPadam
  21. mcm mane nk buat scrub kiwi tu ekk ?

    BalasPadam
  22. kalau kita guna kacang hijau yg da siap diblender yang ade jual kt kedai 2 boleh x? ade x sesiapa yg da berkesan gune kaedah ni?

    BalasPadam
  23. @ Tanpa Nama:

    - Kisarkan saja buah kiwi tu.

    - Boleh juga.

    BalasPadam
  24. macam mana nak hilangkan parut jerawat dibelakang badan pula?

    BalasPadam
  25. @ Tanpa Nama: Awak boleh sapukan dgn lendir lidah buaya.

    BalasPadam
  26. saya dah try buat mcm petua guna kacang hijau tu.. tp kenapa ye muka sy gatal sgt2 mase tunggu kering?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmang.... mkin alahan kot.... sbb pnah buat, tp dimuke... mkin naik ruam halus...

      Padam
  27. @ Tanpa Nama: Awak sapu kat muka ke? Bukan ke sepatutnya dekat belakang badan?

    Ok, rasa gatal tu adalah proses tindakbalas yg biasa berlaku. Lepas dah cuci, biasanya ia akan hilang.

    Jika tidak, kulit anda mungkin alah dengannya.

    BalasPadam
  28. x bahaya ke kalo pakey kacang hijau...

    BalasPadam
  29. @ Tanpa Nama: Boleh saya tahu, bahaya yg bagaimana saudara/i maksudkan?

    BalasPadam
  30. Tok kasi petua ni dah cuba ms remaja hingga sekrng......dh bt kulit jd halus,lembut,jrwt kt blkng bdn blh hilang......bhn2 ni sng dpt.

    1)Daun cermai 4 tangkai byk pun blh...
    2)Kunyit hidup 2 inci....
    3)Beras ( perlu remdam semlmam)
    4)Ltk air sedikit semasa mengisar
    - kisar bhn2 tersebut

    - Masukkan dlm bekas dan simpan didlm peti sejuk...nk guna br ambil
    -Tahan lama dan jimat duit
    -Jadikn sebagai lulur badan.....Selamat Mencuba

    BalasPadam
  31. @ Tanpa Nama: Terima kasih Tok atas petua di atas. Insya-Allah sy pun akan cuba.

    BalasPadam
  32. sya da try gna kcang hjau npa x hlang lg????

    BalasPadam
  33. klu guna petua kacang hijau,brpe lama masa yg akan diambil utk hilangkan parut jerawat blkg bdn?

    BalasPadam
  34. salamm 1 malaysia.. cam mane nak hilangkan jerawat kat belakang badan.. naik sampai ke bahu depan .. ade petua? tolong bantu..time kaseh.

    BalasPadam
  35. sy da try gune kiwi..mmg brkesan tp memakan masa n perlu bersabar...papepun selawat dlu sblm mncuba...mmg akan gatal2 sbb itu adalah tndakbalas trhdap kulit....slmt mncuba

    BalasPadam
  36. @ Tanpa Nama:

    - Wallahu'alam. Bukan saya yg tentukannya. Maaf bebanyak ya.

    - Jika parut jerawat, saya cadangkan awak sapukan dengan lendir lidah buaya. Amalkan setiap hari. Ataupun sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

    - Waalaikumussalam wbt.

    Awak boleh cuba & amalkan salah satu petua di atas. Paling penting, awak perlu berhati-hati dengan penjagaan kebersihan.

    Maksud saya, sekiranya awak balik drpd kelas/pejabat/beriadah atau mana-mana saja, elakkan terus baring.

    Pastikan awak bersihkan badan dulu yea.

    Sama-sama.


    - Alhamdulillah. Kesabaran mmg salah satu kunci kejayaan. Terima kasih sudi berkongsi pengalaman.

    Saya doakan moga kulit awak semakin sihat & cantik. Amin.

    BalasPadam
  37. sy pkai yg kacang hijau,semakin banyal la tumbuh jerawat

    BalasPadam
  38. @ mira mie: Mungkin ia tak sesuai dgn mira.

    Saya syorkan mira hentikan penggunaannya bagi mengelakkan ia bertambah teruk.

    BalasPadam
  39. Jerawat punggung bleh hilang tk?...:')

    BalasPadam
  40. @ Aziz Gilerz: Boleh cuba petua di atas.

    Tapi, boleh juga kalau nak cuba sapu dengan minyak gamat. :)

    BalasPadam
  41. wah, bagus petua nie. nak cuba la nanti. harap berkesanlah. terima kasih. :D

    BalasPadam
  42. @ cik mek molek: Terima kasih ya. Saya doakan moga percubaan awak membuahkan hasil kelak. Amin.

    BalasPadam
  43. klau gne minyak gamat b'kesan ke ?

    BalasPadam
  44. @ Tanpa Nama: Maaf ya, saya kurang pasti pula. Tapi awak boleh mencubanya.

    BalasPadam
  45. scrub buah2han 2 kalau pakai buah durian boleh x???

    BalasPadam
  46. kacang ijau toe ble gna tuk mka tak????

    BalasPadam
  47. @ Tanpa Nama: Untuk muka, saya cadangkan awak gunakan petua yang dirumus khas untuk muka.

    Contohnya awak gunakan minyak gamat, lendir lidah buaya ataupun bedak sejuk.

    Harap awak faham ya.

    BalasPadam
  48. @ Tanpa Nama: Boleh saya tahu bahan apa yang awak gunakan sampai naik ruam halus tu?

    BalasPadam
  49. Sy bru coba...gatal2 msa tgu kering.....

    BalasPadam
  50. @ Tanpa Nama: Syabas kerana mencuba. Pada peringkat awal, biasanya memang akan rasa begitu kerana kulit sedang bertindakbalas.

    Saya doakan moga usaha awak berjaya. Aamiin.

    BalasPadam
  51. saya akan cuba

    BalasPadam
  52. @ Tanpa Nama: Silakan. Saya doakan awak berjaya. Aamiin.

    BalasPadam