Mahukan Anak yang Cantik, Cergas dan Pintar?

Andaikan anda seorang ibu yang tengah sarat mengandung. Dalam hati kecil ni, tentu berharap agar anak yang bakal lahir kelak cukup sifatnya. Cantik, sihat dan kalau boleh biarlah cerdik macam ibunya gaks. Pendek kata, sempurna sifatnya.

Sebagai seorang ibu yang berimpian sedemikian, anda haruslah berusaha sejak awal bagi merealisasikannya. Iaitu dengan mengamalkan beberapa petua berkaitan. Sesetengahnya memerlukan komitmen anda sejak bayi masih dalam awal kandungan lagi. Ada juga yang boleh dimulai selepas kandungan anda berusia 6 bulan ke atas.


anak yang cantik dan pintar
Gambar hiasan - Anak yang pintar



Amalan yang boleh anda buat untuk melahirkan bayi yang berkulit cantik adalah;

~ Memakan 3 hingga 5 biji epal merah setiap hari.

~ Mula amalkan sejak bayi masih di awal kandungan.


Katakanlah kandungan anda dah berusia 6 bulan atau lebih. Apakah yang boleh anda amalkan?

Hahh! Usah bimbang. Masih ada petua untuk anda. Ini dia;

~ Minumlah air kelapa muda seminggu sekali.

~ Namun, elakkan daripada terlalu kerap meminumnya. Ia bertujuan mengelakkan bayi lemah.


Kemudian, jika para ibu turut mahukan anaknya cergas dan pintar, bolehlah;

~ Memakan ikan laut setiap hari.

~ Contoh ikan laut yang baik ialah ikan salmon, tenggiri dan tuna.


Begitulah petua yang dapat saya coretkan buat para ibu sekalian. Jangan lupa amalkannya tau.



P.S: Khusus buat ibu yang mahukan maklumat tambahan supaya anak yang dilahirkan nanti pandai, boleh dapatkan panduan mendidik anak puan sampai pandai di sini.

16 ulasan:

  1. cantik or x smua anugrah tuhan yg mha kuasa......!!!!!!!11

    BalasPadam
  2. @ Tanpa Nama: Memang betul. Tetapi kita boleh memohon doa kepadaNya agar dikurniakan anak yg terbaik. :)

    BalasPadam
  3. semoga saya selamat melahirkan bayi dan menndapat bayiyang comel dan pintar dengan izin allah

    BalasPadam
  4. @ Tanpa Nama: Mudah-mudahan hajat puan dimakbulkan-Nya. Amin.

    BalasPadam
  5. hehe..alhamdulilah..masa mengandung pertama dulu,sy mmg ske mkn ikan..tu yg keluar anak cerdik sgt..bru nk masuk 3 thn x sabo nk p skola..hahaha..semoga atikah menjadi muslimah sejati amin..;)

    BalasPadam
  6. @ akin: Syukur Alhamdulillah...

    Saya pun doakan moga puteri puan akin, iaitu Atikah menjadi muslimah sejati. Amin.

    BalasPadam
  7. assalam, sy nak tambah skit ;-) makan kurma juga bagus untuk tumbesaran bayi dalam kandungan INSYALLAH bayi yg bakal lahir akan jadi cergas, pintar dan penyabar. INSYALLAH.

    BalasPadam
  8. @ Drop 2 shop: Waalaikumussalam wbt. Terima kasih atas info tersebut. Ya, kurma sememangnya berkhasiat dan baik untuk kita semua.

    BalasPadam
  9. petua utk 9bulan plak

    BalasPadam
  10. makan myk ikan yg mcm gel tu ada omega mmg tbukti, sya makan jenama elken. mmg anak sya cerdas dan cergas Alhamdulillah

    BalasPadam
  11. @ noy: Terima kasih atas perkongsian noy.

    BalasPadam
  12. mcm mana kalu ank yg dh besar tapi ingin wajah cantik,pandai dan cergas pula????

    BalasPadam
  13. Terima kasih atas perkongsian puan..:)

    BalasPadam
  14. nice info :-). terima kasih sharing

    BalasPadam
  15. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Petua Cepat Hamil

    BalasPadam
  16. @ Tanpa Nama: Puan boleh amalkan pemakanan yang baik, utamakan kebersihan sertakan perbanyakkan doa padaNya. InsyaAllah.

    @ bengkung moden: Sama-sama puan.

    @ Rika Oktavia: Terima kasih kembali ya Rika.

    @ Fatimah Bt Tony: Terima kasih kembali puan Fatimah.

    BalasPadam