4 Rawatan Mengurangkan Sakit Belakang

Apabila mengalami sakit belakang, bahagian belakang badan (terutamanya bahagian bawah) akan terasa sakit dan tak selesa. Antara punca sakit belakang ni ialah kerana otot tergeliat, atau letih, postur badan yang tidak betul dan juga akibat tekanan.


Sakit belakang

Sakit belakang - loscuatroojos.com



Kesannya nanti, pergerakan harian anda menjadi lebih terbatas. Ini kerana anda mungkin akan terasa kebas di bahagian punggung, peha dan kaki. Otot-otot kaki akan lemah dan berkemungkinan boleh lumpuh sepenuhnya.


Sehubungan itu, dah tentu anda nak sangat kurangkan rasa sakit belakang ni, kan? Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu pun dah kira baik. :)


Antara rawatan sakit belakang yang boleh anda lakukan;


1. Rehatkan diri secukupnya di atas tilam yang empuk lembut dan selesa.

2. Sapukan ubat penahan sakit atau gunakan ubat anti inflamasi tanpa steroid.

3. Urut bahagian yang sakit secara perlahan-lahan dan lembut.

Anda boleh gunakan minyak urut ataupun minyak gamat.

4. Lakukan senaman asas untuk melegakan bahagian badan yang sakit di samping dapat menguatkan otot yang menyokong tulang belakang.


Contoh senaman yang boleh anda lakukan seperti di bawah:


Senaman sakit belakang

Senaman sakit belakang - www.jordanmeadows.com


Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlulah mengamalkan postur yang betul setiap kali duduk, berdiri dan ketika mengangkat bebanan; kekalkan berat badan yang ideal; berehat seketika untuk meregangkan badan serta ambil kalsium dan nutrisi lain pada kadar mencukupi bagi mengelakkan osteoporosis.


Selamat Mencuba!

18 ulasan:

  1. uieh. salah satu punca sakit belakang jugak adalah duduk telalu lama. utk lebih afdal, bagun pagi2 wat senaman ringkas cam nih. bagus entri nih

    BalasPadam
  2. @ redriben: Oh, terima kasih atas tip tambahan tu yer. :)

    BalasPadam
  3. Aduh na..teruknya sy rasa...sy bru ja kna sakit blkng ni pas pndh rmh...x leh ddk tlmpau lma owh...rsa x dpt bngun...

    BalasPadam
  4. bahagian yg sakit perlu diberi rehat secukupnya bg mengelakkan kecederaan yg serius pd bhagian yg mengalami kesakitan, jika sakit berlanjutan kemungkinan otot mengalami kekejangan atau juga kekurangan oksigen akibat keletihan, individu yg lewat pulih dari sakit seperti ini haruslah tidak melakukan kerja yg berat bg mengelakkan kecederaan atau otot anda berehat utk tempoh yg lama (lumpuh)
    tq.

    BalasPadam
  5. @ Dr,azrin: Terima kasih atas penerangan yg diberikan. =)

    BalasPadam
  6. aduiiii... bah. blakang saya dah nak msk sthn stgh dah p tak juga baik2.... da petua ln lg tak?? tolong............

    BalasPadam
  7. Saya selalu sakit belakang dan boleh kata tiap2 hari saya mengalaminya..Tetapi saya tidak rasa sakit dibahagian bawah..Saya berasa sakit cuma dibahagian atas kiri dan kanan,diantara tulang tengah setiap kali saya tarik nafas.. Mengapa ya?? Bole sesiapa terangkan kepada saya??

    BalasPadam
  8. saya msa nie, susah nak duduk, bediri dari pembaringan. tiba-tiba jer saya jadi mcm nie, lepas bgun tido.. dr. bagi saya cuti 3 hari.. mmg rasa mcm dah suku paralyzed... emm.. ada tak cara yg cpt utk sembuh? y jadi mcm nie?

    BalasPadam
  9. bagus nya artikel ni...dapat juga menambahkan lagi maklumat yg sedia ada di blog sy..tq..good info

    BalasPadam
  10. entry ni sesuai utk kite skrg ni, hehhee.. neway thx... nti kte try cari tiger balm tu

    BalasPadam
  11. @ LuVidA^^: Sama-sama. Moga cepat sembuh yea. ;)

    BalasPadam
  12. sakit giler
    rasa macm kene belasah banyak kali je

    BalasPadam
  13. Sakit jgn ckp mcm nk tumbuk je badan ni

    BalasPadam
  14. Tq atas tips yg sgt membantu ini

    BalasPadam
  15. Aduhh....dari umur saya darjah 5 sakit belakang ngan pinggang ni!nk buat mcm mana lgi pi urut tak baik2 pon ade tips lain x...?

    BalasPadam
  16. Bila duduk sakit belakang sampai saya tak boleh tahan...bila saya berdiri atau jalan2 pun sakit...bila jumpa doctor..doc cakap sakit urat...dah bermacam ubat tahan sakit dan sakit urat saya makan...tak elok jugak...

    BalasPadam
  17. sy bru je skt blkg...sy akan cuba petua ni..doa kn sy cepat sembuh tq..




    BalasPadam
  18. @ Tanpa Nama: Ya, saya turut simpati.

    Harap awak cuba mana-mana rawatan di atas bagi mengurangkan rasa sakit tersebut.

    @ Murni Mimi: Ya, saya faham.

    Tapi, saya harap Murni dapat bertahan dan tidak buat sesuatu yang boleh menambahkan kesakitan sedia ada.

    @ Nad: Sama-sama Nad. :)

    @ danial Jr: Maaf. Belum ada lagi buat masa ini.

    @ Reyna Zu: Dugaan.

    Cuma buat danial dan Reyna, mungkin boleh amalkan senaman seperti rukuk. Iaitu memula, berdiri tegak.

    Kemudian, lenturkan badan ke hadapan dan pastikan belakang badan anda benar-benar lurus.

    Lenturkan badan ke hadapan sehinggalah anda rasa belakang badan dah tak lurus lagi.

    Kemudian, ulang semula senaman ini lagi beberapa kali.

    Ataupun semasa solat, pastikan kita rukuk dalam keadaan atau postur yang betul. Perbaiki cara rukuk semasa solat. Itu saja.

    Mudah-mudahan ia membantu anda berdua.


    @ tiny ady: Ya, InshaAllah. Saya doakan tiny ady lekas sembuh. Aamiin

    BalasPadam