1 Cara Mudah Menyegarkan Wajah

Setelah sehari suntuk menjalani rutin harian, anda tentu letih. Bila badan letih, muka anda pun kelihatan kurang bermaya. Andainya anda ada temujanji di malam harinya, sama ada atas urusan perniagaan ataupun peribadi; tentu anda nak muka nampak segar, kan?

Begitu juga halnya jikalau anda seorang isteri. Tentu anda nak sentiasa kelihatan menawan di mata suami. Janganlah hanya cantik bila nak keluar rumah je. Tapi bila kat rumah, langsung tak dijaga. Kalau macam ni, jangan salahkan suami bila dia dah susah nak puji kecantikan anda tue.


Bagi mengatasi masalah ini, ada satu cara yang boleh anda gunapakai untuk menyegarkan wajah pada waktu malam. Iaitu dengan memakai masker wajah atau masker muka buatan sendiri.


Bahan-bahan untuk membuatnya pun agak mudah untuk dicari. Iaitu;


1. 1 biji telur ayam.

2. 1 sudu teh madu lebah.

3. Beberapa sudu makan susu.



Anda boleh gunakan sama ada susu pekat manis ataupun susu tepung. Oleh sebab saya takde susu tepung, jadi saya la pakai susu pekat sebagai ganti.


Sebelum - Ramuan Masker Wajah
Sebelum - Ramuan Masker Wajah



Cara membuat masker muka ni pula seperti berikut;


1. Anda campurkan kesemua bahan-bahan yang diperlukan dalam satu bekas.

Boleh rujuk gambar di atas. :)

2. Kemudian, kacau bahan-bahan tadi sampai sebati.


Selepas - Ramuan Masker Wajah
Selepas - Ramuan Masker Wajah



3. Bila dah rata atau sebati, anda sapukan saja ia pada seluruh bahagian muka dan leher.

4. Biarkan ia kering dan mengeras iaitu kira-kira dalam 30 minit.

Oleh kerana saya pakai susu pekat manis, ianya taklah begitu keras. Tapi jikalau ada di antara anda yang pakai susu tepung, harap boleh kongsikannya pada ruangan komen nanti ya. :)

5. Selepas 30 minit, bilaslah masker wajah anda ni dengan air suam.

6. Akhir sekali barulah anda cuci dengan air bersih yang biasa digunakan.


Selepas membuat rawatan muka di rumah ni, saya yakin kulit muka anda akan lebih segar berbanding sebelumnya.


Selamat Mencuba!

31 ulasan:

  1. @ hanaKir@ : Rasanya boleh. :)

    BalasPadam
  2. kimhassan-cara saya sikit berbeza,saya hanya menggunakan putih telor+susu tepung.hasilnya mmg sangat2 berkesan.kulit semankin cerah dan memudarkan kesan parut jerawat.=)

    BalasPadam
  3. masukkn skli ngn tlur kuning kew???x rasa n bau hanyir tlur kuning kew???x than den..hehe

    BalasPadam
  4. @ kimhassan: Terima kasih krn sudi kongsi petua. Mudah & yg penting baik utk kulit muka. ;)

    @ Tanpa Nama: Mmg berbau hanyir sikit. Tapi lepas cuci muka, hilanglah bau tu. ;D

    BalasPadam
  5. saya nak cuba lah

    BalasPadam
  6. @ Tanpa Nama: Silakan yea. Sy doakan ia menepati apa yg awak mahukan. Amin.

    BalasPadam
  7. betol ke ny.....klw xjdik cmne??

    BalasPadam
  8. Petua tradisional yg mgunakan bahan2 semula jadi lebih baik di amalkan drpd guna produk2 yg mengandungi bahan2 kimia. Mmg Tuhan ciptakan bahan2 semula jd ne utk mngubati sakit & sbgnya.. ada khasiatnya yg tertentu.. so kta try dlu dan lihat hasilnya kemudian. ^_^

    BalasPadam
  9. @ S.S: Setuju. Mmg tidak syak lagi. ;)

    BalasPadam
  10. pakai tiap2 hari boleh?

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama: Buat sebulan sekali saja. Elakkan memakainya terlalu kerap. Ia kurang baik utk kulit muka.

    BalasPadam
  12. bgus2x!! memang berkesan..

    BalasPadam
  13. @ Tanpa Nama: Syukur Alhamdulillah.

    Tahniah atas kejayaan awak & terima kasih di atas perkongsian. :)

    BalasPadam
  14. @ Rullah nak birue destro lapri bone: Terima kasih. :)

    BalasPadam
  15. sye dh cuba td.mmg btul2 segar..tp lupa nk bilas dgn air suam dulu.hehe..paper pun,terima kasih..

    BalasPadam
  16. kalau amalkan smggu skali bleh x??

    BalasPadam
  17. @ Tanpa Nama:

    - Syukur Alhamdulillah. Baguslah awak dah merasai keberkesannya. Sama-sama. :)

    - Saya syorkan awak amalkan sebulan sekali saja ya.

    BalasPadam
  18. sye td guna telur + susu tepung baby..he2 . . bleh ker kalau guna susu tepung baby?? sbb xde susu tepung lain la

    BalasPadam
  19. @ Tanpa Nama: Boleh juga. Janji halal. :)

    BalasPadam
  20. 1 sudu teh madu tu ape???......madu asli ker atau madu cmpur dengan teh???? maaf xpaham la huhuhuh....

    BalasPadam
  21. @ Tanpa Nama: Amaun madu yang digunakan tu kira-kira 1 camca @ 1 sudu kecil. :)

    BalasPadam
  22. larh sy xdw teh madu laa akak bgaimna nie akak..

    BalasPadam
  23. @ Tanpa Nama: Bukan teh madu dik. Tetapi madu lebah.

    Gunakan 1 sudu teh/sudu kecil/camca madu lebah. Adik boleh dapatkan madu di kedai/pasaraya/farmasi berhampiran.

    BalasPadam
  24. Boleh x kalau x guna telur?guna susu n madu jerr.

    BalasPadam
  25. @ Rissa: Kalau Rissa nak guna susu saja, boleh rujuk pada artikel bertajuk Cara Menghaluskan Kulit Muka Anda.

    Kalau hanya mahu gunakan madu, boleh saja sapukan madu tersebut ke muka Rissa. Setelah kering (dalam 20-30 minit), barulah cuci muka dengan air bersih.


    Harap ia membantu Rissa.

    BalasPadam
  26. saya cuma guna susu tepung omega n beberapa titis air.. alhamdulillah kawan-kawan kata makin putih..

    BalasPadam
  27. @ fie fiey: Syukur Alhamdulillah.

    Terima kasih banyak atas perkongsian cik fie fiey. :)

    BalasPadam
  28. Pakai disiang hari boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. @ Tanpa Nama: Boleh. Sebaik-baiknya dibuat pada awal pagi. :)

      Padam