Akar Terung Pipit Ubat Darah Tinggi

Terung Pipit amat baik jika dijadikan sebagai ulam-ulaman. Lebih-lebih lagi buahnya yang masih muda serta berwarna hijau tu. Manakala buah yang dah masak (berwarna kuning), selalunya ia akan dicampurkan dalam masakan tertentu.

Buah Terung Pipit (Solanum Torvum)

Buah Terung Pipit (Solanum Torvum)-EthnoFlora@Flickr.com



Pokoknya pula agak mudah tumbuh di kawasan yang baru dibuka serta terdedah kepada cahaya matahari. Contohnya seperti di tepi-tepi jalan ataupun belukar.

Pokok Terung Pipit

Pokok Terung Pipit-Wikipedia.org



Sungguhpun begitu, tahukah anda yang bahagian akar terung pipit ni boleh dijadikan ubat untuk merawat darah tinggi dan pitam?


Caranya tidaklah serumit mana. Anda pun boleh lakukannya sendiri (D.I.Y) seperti berikut:


1. Ambil akar terung pipit dan bersihkan ia terlebih dulu.

2. Kemudian, rebuskan akarnya sampai mendidih.

3. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu seketika.

4. Setelah agak suam, tapis dan tuangkannya ke dalam gelas.

5. Akhir sekali, minumlah ia secara perlahan-lahan.


Anda boleh amalkannya sehinggalah masalah darah tinggi atau pitam berkurangan dan beransur pulih.


Tapi, tunggu dulu!


Selain untuk mengatasi darah tinggi dan merawat pitam, akarnya juga boleh merawat masalah retak kulit kaki atau tumit pecah.

Caranya adalah dengan menumbuk akar terung pipit. Kemudian jadikan ia sebagai "demah" dan mendemah(menuam) ia pada bahagian tumit yang pecah-pecah.


Selamat Mencuba!


# Menurut Kamus Dewan ke-4, demah bermaksud benda (seperti pasir, air, dll yang dipanaskan) untuk menuam bahagian badan yang sakit. :)

Sumber imej: wikipedia.org

8 ulasan:

  1. dapat satu tips kesihatan yang berguna

    BalasPadam
  2. @ nebular: Terima kasih. Harap awak dapat manfaatkannya buat diri sendiri, keluarga, sahabat handai ataupun berkongsikan dengan sesiapa saja yang dikenali. :)

    BalasPadam
  3. @ smallkucing: Terima kasih. :)

    BalasPadam
  4. saya baru baca petua ni..kalu ibu mengandung yg ade darah tinggi leh minum ke air akar ni??

    BalasPadam
  5. @ Tanpa Nama: Terima kasih sudi baca petua di atas. Setahu saya, tiada masalah untuk ibu mengandung meminumnya.

    Namun, sekiranya ada sebarang info terkini yg berkaitan, saya akan "update". InsyaAllah.


    p.s: Jika masih ragu-ragu, saya nasihatkan dapatkan dahulu nasihat doktor yg bertauliah ya.

    Sekian, terima kasih.

    BalasPadam
  6. tips yang sangat berguna..cuma saya nak tanya, jika pada masa yang sama pesakit darah tinggi juga ada sakit jantung,tips ni boleh diaplikasikan juga ke? sebab ayah saya ada kedua2 penyakit tersebut.

    BalasPadam
  7. Bahagian mana yg digunakan sebagai antikanser

    BalasPadam