Merawat Bengkak, Salah Urat dan Terseliuh

Bagi anda yang sukakan gaya kehidupan aktif dan lasak; mengalami bengkak, salah urat dan terseliuh ni adalah lumrah, kan? Kesakitan yang dirasai selalunya tertumpu pada bahagian tangan ataupun kaki.

Tapi, anda sebenarnya boleh mengurangkan rasa sakit tu dengan cara tradisional. Petuanya adalah dengan menggunakan daun tembaga suasa. Biasanya daun ini tumbuh di tepi pantai dan pinggir hutan. Malah, ada juga sesetengah individu yang menjadikannya sebagai tanaman hiasan.


Daun Tembaga Suasa(Crinum Asiaticum)

Daun Tembaga Suasa(Crinum Asiaticum) - wikimedia.org




Cara merawatnya;


1. Ambil beberapa helai daun tembaga suasa.

2. Bersihkan daun tadi dan tumbuk sehingga lumat.

3. Kemudian, anda tampalkan pada bahagian yang bengkak, salah urat atau terseliuh tadi.

4. Selepas itu, balutkan bahagian yang telah ditampal dengan daun tadi.

Sebaiknya, anda balut juga menggunakan daun tembaga suasa. Jika khuatir ia lekas putus, layurkan dulu daun tersebut dengan api.

Itu saja. :)


Sebagai tambahan, petua ini pula khusus untuk anda merawat kawasan bengkak saja. Sekali lagi, khidmat daun tembaga suasa diperlukan.


Kaedahnya seperti berikut;

1. Ambil sehelai daun tembaga suasa dan bersihkannya.

2. Sapukan daun tadi dengan minyak kelapa.

3. Seterusnya, salai daun yang telah disapu dengan minyak kelapa di atas api.

4. Apabila daun itu kelihatan berminyak, anda boleh balutkannya pada kawasan yang bengkak.

5. Ulangi proses ini beberapa kali dengan daun yang baru sehinggalah hilang rasa sakit.


Selamat Mencuba!

32 ulasan:

  1. bagusnya!!!!!

    BalasPadam
  2. saya sakit terseliuh jari ,tapi kalau saya ade bengkaka /tersalah urat
    ITS,GOOD
    ;],;P,:>

    BalasPadam
  3. blh kah sy gna nei...sbb kaki sya lama sudah terseliuh?

    BalasPadam
  4. @ Tanpa Nama:

    - :)

    - Boleh cuba. Mudah-mudahan ia mujarab utk awak.

    BalasPadam
  5. my husband terkena bola kat dia punya zakar,so bengkak,cmne nk hlangkan ye

    BalasPadam
  6. @ Tanpa Nama: Buat masa ini, saya kurang pasti petua yang sesuai buat suami puan. Maaf ya.

    Tapi, saya doakan puan dan suami segera menemui penawarnya.

    BalasPadam
  7. sedang mencari daun ni.. tapi susah nye nak jumpe

    BalasPadam
  8. td petang sy main ragbi.pastu sy melompat.time nk landing,sy mungkin tsalah landing n lutut sy meletup.skrg ni bole gerakkan tp x bole nak lipat sgt.rasa spt urat kat bahagian depan lutut tu tsangkut.kaedah rawatan ni bole guna pakai jugak x utk lutut?

    BalasPadam
  9. @ Nor Azurah Suhadi: Mudah-mudahan Nor segera menjumpainya.

    @ Tanpa Nama: Saudara boleh mencubanya. Jika tiada perubahan positif, mungkin cuba pergi berurut ya.

    BalasPadam
  10. kaki sy bengkak kt blakang kt urat tu..dktr kate bgkak kt urat saraf..boleh ke sy cuba dgn cara ni?? sbb makin lame die membengkak ke hadapan kaki xboleh nk bengkok2kan.. nk jln pn sakit.. help me...

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama: Awak boleh mencubanya. Sekiranya tiada perubahan positif, cuba beralih ke alternatif lain spt berurut.

    BalasPadam
  12. Jangan pandang ringan dengan masalah sakit lenguh di seluruh badan kerana kebanyakan masalah berpunca daripada Masalah Urat...

    Terdapat banyak testimoni untuk Pil Urat Hjh Rokiah..terbaru Tan Sri Jins Syamsudin telah beransur pulih menggunakan Pil Urat Hjh Rokiah dengan Izin Allah...

    Lawati : http://herbamalays.blogspot.com

    BalasPadam
  13. @ Nazeef: Terima kasih di atas perkongsian Nazeef.

    BalasPadam
  14. Tangan saya bengkak sebab tahan bola kuat.bole ke guna cara nie sebb makin lame makin bengkak

    BalasPadam
  15. @ muttaqinnaeiman: InsyaAllah boleh. Cubalah dengan yakin.

    Moga awak lekas sembuh.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum..anak sy 9bln,mugkin terseliyuh kat bhgian tulang peha..xblh bergerak kaki,jari kaki je blh grak..adakah asbab daun ni blh di gunakan??

    BalasPadam
  17. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt. Boleh cuba gunakan daun ini.

    Saya doakan anaknya lekas sembuh. Amin.

    BalasPadam
  18. Nanti sy akn cri daun 2..tq kerana bg petua itu.

    BalasPadam
  19. @ Tanpa Nama: Baiklah. Moga urusan awak dipermudahkan-Nya.

    Terima kasih kembali.

    BalasPadam
  20. saya ni terpelecok kat dpn petronas, lepas tu saya pergilah jumpa doktor... katanya urat sudah putus.. boleh gunakah kaedah ini

    BalasPadam
  21. @ Tanpa Nama: Kalau urat dah terputus, ia mungkin berbeza. Wallahua'lam.

    Saya cadangkan tuan berubat tradisional. Terutamanya dengan mereka yang gunakan ayat Al-Quran. InsyaAllah pasti ada jalan penyelesaiannya.

    Saya doakan kesihatan dan kesejahteraan tuan. Aamiin.

    BalasPadam
  22. salam tapak kaki sy bengkak sbb kena paku..akibat selalu jalan jongkit2 urat jd tersalah...boleh ke cara ni nk surutkan bengkak kaki sy?

    BalasPadam
  23. tgn sye seliuh nie...tp kt cni xde daun lembga suasa...daun lain bleh x

    BalasPadam
  24. Kalau salah urat bahagian leher boleh x? Baby 10bln..

    BalasPadam
  25. Terima kasih dengan perkongsian ni, emak saya pun suruh pakai daun ni untuk tangan saya yang terseliuh dan bengkak.

    BalasPadam
  26. @ Mie Ann: Insya Allah. Puan boleh mencubanya. Moga leher anak puan lekas sembuh. Amiin.


    @ ikhtiarjaya: Sama-sama. Moga tangan saudara lekas sembuh ya. Amiin.

    BalasPadam
  27. asalamualaikum sy shril istri dh 2 bln lbih bngkak kt btis ngn bku lali ad x ptua yg mujarab n mngurangkn kesakitan 2 arap dpt brkongsi risaw aty sy nie dgn keadaan istri skit tlalu lme mcm2 dh g brubt ttp sme

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum kat blakang lutut sya bngkak dan sakit blh ke gna..

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum, saya mengalami kecelakaan beberapa bln yang lalu, dan mengalami patah tulang, kejadian nya sdh tiga bln yang lalu, dan kalau dibawa jln sekarang bengkak kaki saya, kalau kata org urat nya putus, bisa tdk ya diobati dgn tanaman itu sist?

    BalasPadam
  30. Baha sya terseliuh atau salah urat tetapi bahu sya masih boleh digerakkan seperti biasa tpi agak sakit adakkah kaedah ini boleh digunakkan untuk mengubat bahu sya?

    BalasPadam