Mengurangkan Panas Badan Dengan Pucuk Teh

Memandangkan cuaca sekarang agak panas, mungkin petua kali ini dapat membantu anda. Iaitu berkaitan dengan cara mengurangkan panas badan dan mengatasi demam. Caranya ialah dengan meminum air rebusan pucuk daun teh.


gambar daun teh

Gambar Daun Teh - www.time.com




1. Memula, anda ambil beberapa pucuk daun teh dan bersihkan.

2. Kemudian, anda keringkan pucuk teh tadi.

3. Setelah ia kering, anda kisarkannya pula.

4. Selepas itu, anda rendamkanlah ia ke dalam air panas selama beberapa minit.

5. Akhir sekali, anda minumlah air tersebut perlahan-lahan.


Anda boleh meminum air pucuk daun teh ni sekerap yang mungkin sekiranya mengalami panas badan dan demam. Namun begitu, jika dah sembuh, anda tak digalakkan meminumnya selalu kerana ia lebih sesuai untuk merawat penyakit.


Lagi satu, selain untuk panas badan dan demam; air rebusan pucuk daun teh ni juga berfungsi membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.


WOW! Nampaknya memang banyak betul khasiat pucuk daun teh ni, kan? Sebenarnya banyak lagi keistimewaan teh yang telah dijumpai melalui kajian yang telah dilakukan oleh beberapa pihak tertentu.

Nanti saya akan senaraikannya secara ringkas dalam tulisan yang akan datang. :)


Selamat Mencuba!

4 Khasiat Pucuk Betik

Sebelum ini, saya pernah menyatakan yang buah betik mampu menghancurkan lemak pada tubuh jika anda memakannya setiap hari. Jika anda sudah terlupa, boleh rujuk semula di SINI. Untuk makluman anda, amalan memakan buah betik juga dapat mengekalkan kehalusan kulit serta membantu wajah anda sentiasa kelihatan awet muda.


buah betik



Baiklah, itu cerita mengenai buah betik. Kini, saya nak beralih kepada pucuk betik pula. Khasiat pucuk betik pun tak kurang hebatnya. Ia dikatakan mampu;

- Mengatasi sakit migrain.

- Merendahkan tahap kolestrol dalam darah.

- Menurunkan tekanan darah tinggi.

- Melangsingkan badan.



Terdapat 2 cara untuk anda memanfaatkan khasiat pucuk betik:


1. Memakan pucuk betik atau daunnya yang masih muda yang telah direbus.


ATAUPUN


2. Anda minum air rebusan pucuk betik dan daun muda tadi sebanyak 1 atau 2 gelas sehari.


Namun begitu, memang diakui yang daun betik ni rasanya agak pahit. Tapi saya harap anda dapat menahan kepahitannya jika benar-benar mahu menikmati khasiatnya.


Moga anda dapat memanfaatkan pucuk betik sebaik mungkin yea!


p.s: Oh, ya. Sebelum telupa, saya pernah menulis tentang cara menghilangkan rasa pahit daun betik. Anda boleh rujuk semula di SINI.

Khasiat Sebenar Si Tongkat Ali

Tongkat Ali atau nama saintifiknya "Eurycoma Longifolia" acap kali dikaitkan dengan menguatkan tenaga batin. Terutamanya buat kaum Adam. Jadi, memang tak hairanlah jika pelbagai produk berasaskan Tongkat Ali ni berlambak di pasaran. Semuanya adalah kerana permintaan yang terlalu tinggi terhadapnya.



Pokok Tongkat Ali - Wikipedia.org


Menurut pengamal perubatan tradisional, khasiat Tongkat Ali amat sesuai untuk;

i. Menghilangkan rasa letih setelah melakukan aktiviti lasak atau kerja berat.

ii. Melancarkan peredaran darah dalam badan.


Namun begitu, pengambilan herba Tongkat Ali ni sebenarnya hanyalah bila perlu saja. Maknanya, anda patut mengambilnya sama ada sebelum ataupun selepas melakukan aktiviti lasak. Bukannya dijadikan sebagai amalan harian tau!


Cara-cara penggunaan herba Tongkat Ali:


1. Ambil akar tongkat ali.

2. Kemudian, bersihkan akarnya dahulu dan keringkan.

3. Setelah kering, racik akar Tongkat Ali tu halus-halus.

4. Seterusnya, anda ambillah sedikit saja akar yang telah diracik halus tadi.

5. Masukkannya dalam gelas yang berisi air panas dan biarkannya terendam.

6. Setelah air rendaman itu suam, tapiskannya ke dalam gelas lain.

Proses penapisan ini bertujuan mengasingkan serbuk akar Tongkat Ali yang ada di dalamnya. Ini kerana serbuk tersebut memang tak sesuai untuk diminum.

Sebabnya, serbuk tersebut sifatnya tak mudah hadam walaupun ia nampak halus. Ia juga dikhuatiri boleh mencalarkan saluran darah dan ada kalanya akan mendap dalam buah pinggang anda.

7. Setelah menapis air tersebut, barulah anda boleh meminumnya secara perlahan-lahan.


Sebelum mengundur diri, sekali lagi saya tegaskan yang petua ini hanya patut anda amalkan sekiranya perlu saja. Iaitu sewaktu anda melakukan aktiviti lasak atau kerja-kerja berat. Ingat ya!


Selamat Mencuba!

Daun Setawar Ubat Demam Panas?

Adakah anda sedang tercari-cari petua mengatasi gejala demam panas? Kalau ya, apa kata anda cuba kaedah tradisional pula. Iaitu dengan menggunakan daun setawar. Selain pokoknya yang sering dijadikan hiasan, daunnya memang diakui boleh mengurangkan rasa panas badan.

Daun Setawar - filipinoherbshealingwonders.filipinovegetarianrecipe.com



Cara-caranya:


1. Anda dapatkan beberapa helai daun setawar yang masih segar.

Daun Setawar 2 - Jeremy-G @ flickr.com



2. Seterusnya, ramaskan kesemua daun tersebut.

3. Lepas tu, ambil pula sehelai tuala bersih dan basahkannya dengan air bersih.

4. Kemudian, anda letakkanlah daun setawar yang telah diramas tadi ke atas tuala basah tadi.

5. Akhir sekali, letakkan pula tuala tersebut di kepala anda sehinggalah rasa panas badan tu berkurangan.

Anda juga boleh mengulangi proses di atas sehinggalah ia benar-benar reda. Semoga ubat tradisional ni mampu menyembuhkan demam panas anda ya.


Selamat Mencuba!

7 Khasiat Daun Kaduk Untuk Anda

Pokok kaduk (Piper Sarmentosum) lazimnya dijadikan sebagai tanaman hiasan di halaman rumah oleh kebanyakan daripada masyarakat kita. Mungkin juga ada di antara anda tahu sebenarnya pokok kaduk ni fungsinya bukan setakat hiasan semata-mata. Lebih-lebih lagi daunnya, kan?

Pokok Kaduk



Selain pucuknya yang sering dibuat ulam dan daunnya sebagai penyedap masak lemak, khasiat lain yang boleh anda manfaatkan terhadapnya adalah merawat;

- sembelit

- sakit gigi

- demam malaria

- lemah dan sakit dalam tulang



Langkah-langkah merawatnya:

1. Ambil sebatang pokok kaduk termasuklah bahagian akarnya.

2. Bersihkan keseluruhan pokok kaduk tadi.

3. Rebuslah pokok kaduk sehingga mendidih.

4. Bila dah mendidih, biarkan air rebusan tadi hingga suam.

5. Tuangkan air rebusan yang telah suam ke dalam gelas dan minumlah perlahan-lahan.


Selain daripada 4 penyakit di atas, masalah cacing dalam perut, batuk dan panau pun boleh dirawati. Cuma caranya yang berbeza sikit. Sebab kali ini anda hanya perlukan daun kaduk saja. Langkah-langkah untuk 3 masalah yang terkemudian ni akan saya nyatakan satu-persatu di bawah.


Cacing Dalam Perut

1. Ambil beberapa helai daun kaduk yang masih segar.

Daun Kaduk



2. Ramas-ramaskan daun tersebut.

3. Kemudian, campurkan kesemua daun kaduk yang telah diramas dengan kira-kira sebaldi air.

4. Akhir sekali, siramkan air tersebut ke seluruh badan anda.


Batuk

1. Ambil beberapa helai daun kaduk dan bersihkannya.

2. Kisar daun kaduk tadi hingga halus dengan mencampurkan sedikit air.

3. Akhir sekali, sapukanlah pada bahagian leher anda.


Panau

1. Ambil beberapa helai daun kaduk.

2. Tumbukkan ia sampai lumat.

3. Kemudian, sapukanlah pada kawasan tubuh badan anda yang mengalami panau.


Selamat Mencuba!


Imej: toptropicals.com

p.s: Sila klik imej jika mahukan paparan yang lebih jelas.

6 Perkara Menjejaskan Kesihatan Tubuh Badan

Ketika sibuk menjalani rutin seharian, kekadang anda mungkin terlepas pandang soal penjagaan kesihatan. Sama ada dari segi pemakanan mahupun aktiviti riadah. Mungkin faktor masa yang sering menjadi kekangan, tak gitu?




Namun begitu, terdapat enam perkara tambahan yang dikatakan boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan anda iaitu;


1. Sering membiarkan diri anda dalam keadaan terlalu lapar.

2. Terus mandi sejurus selepas bersarapan, makan tengahari atau makan malam.

3. Selalu berada dalam keadaan sedih, berdukacita ataupun keluh kesah.

4. Memperisterikan perempuan yang terlalu tua dan berjimak dengannya.

5. Melakukan jimak ketika perut anda berada dalam keadaan terlalu lapar ataupun terlalu kenyang.

6. Suka berjaga malam kecuali jika tujuan anda adalah untuk berqiamullail.


Mungkin salah satu daripada perkara-perkara di atas sering atau pernah anda buat, kan? Jadi saya berharap sekiranya anda kurang bersenam ataupun jarang mengamalkan pemakanan seimbang, elakkan daripada melakukan mana-mana perkara di atas.

Ini bagi memastikan tubuh anda berada dalam keadaan baik. Mulakanlah dulu dengan perkara-perkara yang mudah untuk dilakukan ataupun dielakkan. Selepas itu, barulah anda beralih pula kepada perkara-perkara yang lebih memerlukan komitmen yang tinggi seperti amalkan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu.

Di mana setiap sesi senaman tu, anda peruntukkanlah masa sekurang-kurangnya 30 minit. Sebagai contoh, anda boleh mulakan dengan senaman angkat berat (ikut kemampuan diri anda) dan diikuti dengan latihan kardiovaskular seperti berjoging.


Sayangi dan Peliharalah Kesihatan Tubuh Anda!

Anda Ada Penyakit Buah Pinggang?

Khusus buat anda yang ada penyakit buah pinggang, saya nak kongsi dua kaedah mengubatinya. Pertama, dengan menggunakan daun misai kucing. Keduanya ialah menggunakan daun pegaga.

Cara-caranya akan saya nyatakan sebentar lagi. Sebelum itu, saya sertakan dulu imej pokok misai kucing untuk rujukan anda (Sila klik kat gambar untuk paparan yang lebih jelas). Nama saintifik misai kucing ni pula adalah Orthosiphon Stamineus.

Pokok Misai Kucing - SmALl CloUd ...@Flickr



Kaedah Pertama

1. Ambil beberapa helai daun misai kucing dan bersihkannya.

2. Rebuskan daun tersebut sampai mendidih.

3. Setelah mendidih, biarkannya suam.

4. Kemudian, anda minumlah air rebusan daun misai kucing ni 2 kali sehari.

5. Amalkannya setiap hari selama seminggu.


Kaedah Kedua

1. Ambil beberapa helai daun pegaga beserta akarnya sekali.

Daun pegaga



2. Bersihkannya terlebih dahulu.

3. Kemudian, anda tumbuk daun pegaga tadi dan perahkan airnya.

4. Perahkanlah air pegaga tu ke dalam cawan dan campurkannya dengan sebiji telur itik. Tapi anda hanya perlukan bahagian putih telur.

5. Kemudian, kacaukan campuran tersebut dan minumlah sekali sehari.

6. Amalkan petua ini setiap hari selama seminggu.


Selamat Mencuba!