Bagaimana Nak Mengelakkan Tumit Kaki Pecah

Walaupun kaki anda terletak di bahagian bawah, ia tak sepatutnya diabaikan begitu saja. Terutamanya tumit kaki. Ini kerana antara masalah yang sering dihadapi umum adalah tumit pecah, kan?

gambar hiasan tumit kaki

Gambar hiasan tumit kaki - ehow.com



Bagi anda yang sedang mengalaminya, sila rujuk artikel terdahulu bertajuk Petua Hilangkan Tumit Pecah. Kini, saya nak kongsikan pula bagaimana cara untuk anda mengelakkan tumit pecah.

1. Anda sediakan sebiji kelapa tua.

2. Kemudian belah dua kelapa tua tadi.

imej kelapa tua

Imej kelapa tua - www.shesimmers.com



3. Colek lendir yang terdapat pada bahagian isi kelapa tersebut.

4. Sapukanlah lendir itu ke seluruh bahagian tapak kaki dan tumit anda.

5. Seterusnya, panaskan tapak kaki anda di atas atau berdekatan bara api selama beberapa minit. Jarakkanlah kaki anda dan bara api tu mengikut keselesaan masing-masing.


Anda boleh mengulangi petua di atas sebanyak 3 kali dalam seminggu. Jika tiada aral, tapak kaki anda akan licin dan cantik.


Selamat Mencuba!

9 ulasan:

  1. eh betul ke nie? cara lain xada ke

    BalasPadam
  2. Amalkan berus kaki selalu waktu mandi terutama pada bahagian tumit yang pecah. Insyallah akan nampak perbezaannya dalam masa seminggu.

    **Saya dah cuba...memang berbaloi...tak yah keluar modal...modalnya rajin jer...

    BalasPadam
  3. Satu cara yg mudah gak nie. Terima kasih kerana sudi berkongsi petua dengan kawan2 kat sini. :)

    BalasPadam
  4. nk berus kaki pakai apa ?

    BalasPadam
  5. cara nak besarkan payudara ada?

    BalasPadam
  6. Berus kaki pakai berus gigi. Taruk colgate sikit.

    BalasPadam
  7. @ Tanpa Nama:

    - Kalau ada, nanti saya buat satu artikel mengenainya.

    - Terima kasih di atas perkongsian awak.

    BalasPadam
  8. Mak saya cakap mase mandi tu,gosok2 tumit kaki kat lantai yg bukan bersimen...kira bermozek la...

    BalasPadam
  9. @ mira yana: Orait. Terima kasih puan mira.

    BalasPadam