Penyakit kulit seperti panau, kurap dan kudis buta merupakan perkara yang semestinya ingin anda jauhi, kan? Dijangkiti penyakit kulit tersebut membuatkan anda tak selesa dek kerana beberapa sebab. Antaranya kerana bau yang kurang menyenangkan, gatal-gatal serta malu jika diketahui orang lain.
Bagi mengubati panau, kurap serta kudis buta, anda bolehlah menggunakan khasiat yang dimiliki daun gelenggang. Anda boleh juga mengenalinya melalui nama saintifik iaitu Cassia Alata atau Senna Alata. Sila rujuk gambar di bawah yer. :)
Daun Gelenggang - Wikipedia
Kalau anda masih ingat, saya pernah menulis artikel berkenaan Petua Menghilangkan Panau. Ianya juga berkaitan penggunaan daun gelenggang. Tapi caranya agak berbeza sikit dengan kaedah yang bakal dinyatakan di bawah.
Apa dia yang berbeza sikit tu? Kalau nak tahu, anda bacalah dulu artikel di atas dan bandingkannya dengan langkah-langkah di bawah ini;
1. Ambil beberapa helai daun gelenggang dan bersihkannya.
2. Tumbuk daun gelenggang tadi hingga lumat. Pada masa yang sama, tambahkan sikit minyak tanah.
3. Sapukan daun yang telah lumat ke bahagian yang dijangkiti penyakit kulit.
Ulangi 3 langkah yang dinyatakan sehinggalah penyakit panau, kurap atau kudis buta anda sembuh. Mudah-mudahan anda sentiasa sabar sebelum menikmati hasilnya.
Selamat Mencuba!
nanged ya post... and clicked ya ads... ^^
BalasPadamKennee: Okay and thank ya. :)
BalasPadamsaya nak tanya boleh ke daun ini hilangkan jerawat di muke??????
BalasPadamsaya ada trjmpe produk sabn daun gelenggang ni,tpi die + gmat.boleh x sabn ni sya jdikn sbgai pencuci muke tok hlgkn jerawat...nme produk ni SAANEN
BalasPadam@ Tanpa Nama: Saya kurang pasti sama ada ia boleh hilangkan jerawat atau tak.
BalasPadamSebaik-baiknya, sebelum awak membeli sesuatu produk, baca atau tanya tentang fungsi produk tersebut daripada jurujual.
Sebab saya tak pernah dengar atau guna produk jenama tersebut. Harap maaf ya.
blh sya thu herba lain tuk mghlagkn panau
BalasPadamSaya nak beli daun gelenggang dengan batang sekali dengan harga RM1/kg. Kita nak daun ini secara besar besaran, lebih kurang 1 ton hingga 2 ton satu bulan.
BalasPadamBoleh hubungi saya dengan nombor ini 012 2389319.
Terima Kasih.
xtau nk cari kt mane la daun ni...
BalasPadamcaik je kat tepi2 longkang2...
BalasPadamsaya xpernah menggunakan daun gelenggang sebelum ini. tp saya byk kali buat rawatan doktor serperti makan dan sapu ubat dan krim.. hasilnya ia tetap bersama saya kurap yg sudah sekian lama dgn saya. ia mmg mengatalkan saya sudah tawar hati atau maati akal untuk cari itiar yg lain. sblm pernah juga menggunakan sapu bawang putih, garam,krim farmasi... ia tetap kearah jalan buntu.
BalasPadamagak kecewa...dan masih tidak temui kaeedah yg berkesan..
saya perlukan bantuan 999! help!!
Paling baik belut sungai..Makan belut...kepala belut tu goreng pakai minyak sampai hancur..ambik myk, sapu kt kurap..slmt mencuba...
Padamanak sy ada ekzema kat muka,mula kena ms umo 3 bulan jenuh gak berubt...mcm2 ubat dah try..daun gelenggang pun try gak ada la nampak kurng tp sian gak tgk dia mcm pedih je...anyway skng dah ok alhamdulilah...last kai krim betnovate doktor kasi...
BalasPadam@ Tanpa Nama: Terima kasih buat semua yg sudi kongsi pengalaman & tips.
BalasPadam@ Tanpa Nama: Untuk mengubati kurap, cuba petua ni;
BalasPadam1. 4 Khasiat Daun Belimbing Besi.
Harap membantu.
daun gelenggang,,,ari tu saya dapat dah daun tu,,tapi tak taw nak guna mcm mn,,so saya buang la...saya guan ubat farmasi ja..hmpir 4 bulan saya ngidap sakt kulit ni..sekarang saya dah taw mcm mana nak guan daun,,daun ni lak xda..susah giler ni carinya...tension!!!!!!!!
BalasPadamdekat dagu saya ada kurap macam nk sembuh
BalasPadambleh x daun gelenggng nie dcmpur ngn kapur....atau seeloknye mngunkn mnyk tanah...tlng ye bntu sy sgera...
BalasPadam@ Tanpa Nama:
BalasPadam- Sayangnya awak dah buang daun tu.
- Untuk hilangkan kurap, ce ikuti petua kat 4 Khasiat Daun Belimbing Besi. ;)
- Seelok-eloknya gunakan minyak tanah spt yg dinyatakan di atas.
Harap ia dpt menyelesaikan mslh awak segera.
saya baru nak try sabun daun gelenggang + gamat ni.harap ia dapat menyembuhkan penyakit kulit saya yang kian merebak.kulit saya berjerawat di belakang badan dan berbintik-bintik di bahagian lengan sehingga ke paras siku.sudah bertahun tahun saya menghidapinya,dah banyak Dr saya jumpa,farmasi saya pegi,dah pelbagai ubat saya beli,dan pelbagai kaedah rawatan saya cuba.harap lepas menggunakan sabun ini penyakit saya akan hilang,amin
BalasPadam@ Tanpa Nama: Mudah2an pnykt awak lekas sembuh. Amin.
BalasPadampernah jugak guna daun gelenggang ni maser remaja.sebab ader kurap kat tangan.rajin sangat basuh longkang uma nenek...oke jugak..dalam 2-3 kali pakai..ingat mcm tak pcaya kmujaraban yer..yerla, nak tumbuk daun tuh satu hal+malas lg+nenek pun da bising(rimas tgk cucu tgaruk2)..tp at last ilang jugak kurap tuh..alhamdulillah
BalasPadam@ saujana82: Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas perkongsian awak. :)
BalasPadamterima kasih infonya. tapi ditempat saya sulit menemukan gelenggang
BalasPadam@ foredi: Sama-sama.
BalasPadamtenkiu..
BalasPadam@ Tanpa Nama: Sama-sama. :)
BalasPadamsalam semua sy ade jual daun gelenggang kering & basah..berminat blh watsap sy..018-5744257
BalasPadamDaun gelenggang blh ubati jerawat..dh cuba..mmg bkesan..
BalasPadam@ nazilah ramli: Waalaikumussalam wbt cik puan. Terima kasih atas info tersebut.
BalasPadam@ Tanpa Nama: Terima kasih banyak sebab sudi kongsi pengalaman. :)
Saya doakan moga kulit awak bertambah cantik. Aamiin.
Oktant : alhamdulillah..sy pnh mngalami mslh jerawat yg sgt teruk dsbbkn kulit sy yg smkin menipis.sllu radang mbengkak& trus allergic pd mknn laut dsbbkn penggunaan krim kcantikn..
BalasPadamsebab trauma & xpcaya sudah dgn krim yg ada d psrn..sy cuba krim daun gelenggang bl pkcik yg jual2 sapu kt mata dia ckp slmt xda bhn kimia..
Alhamdulilah..bukn sj jerawat,parut semakin beransur2 hilg..tp kulit cm licin bsinar smulajadi tnpa perlu krim2 yg mahal..
I2 hebatnya kekuatan alam dan penciptanya
Trima kasih utk doa2..aamin..
_ siti ainsyah
Susah nk cari pokok nie.balik kmpung suami baru jumpe. Pkse die suh ambil. Nak ubatkan kurap yang dah lebih 15 hinggap kt kulit. Tempat sulit pulak tu. Malu time nak bersama ngn suami n time nk beranak.baru sekali mencuba n memang pedih rasenye... Harap2 boleh sembuh penyakit sy nie...
BalasPadam@ Siti Ainsyah: Syukur Alhamdulillah.
BalasPadamSaya tumpang gembira dan turut doakan agar kesihatan kulit cikpuan Siti Ainsyah sentiasa dalam keadaan yang baik. Aamiin.
@ Puan Rose: Mudah-mudahan lekas sembuh yea.
Saya doakan penyakit kulit dan yang dialami Puan Rose dan kesan/bekasnya lekas sembuh serta bertambah baik dari semasa ke semasa. Aamiin.
Semasa kecil, anak saya telah dijangkiti penyakit gatal yang berair pada lehernya. Arwah bapa mentua saya telah memetik daun ini dan meminta saya menumbuknya sehingga lumat kemudian menyapunya pada bahagian yang terkena jangkitan.Sapuan itu menunjukkan kesan yang positif. Selepas seminggu kulit anak saya bersih seperti sedia kala.
BalasPadam@ Tanpa Nama: Terima kasih atas perkongsian puan. :)
BalasPadamPunyalah tak tau selama ni daun gelenggang ni ada je kt kg sy..puas amik td utk buat ubt suami yg kena gatal²...harap menjadilah..inshaallah
BalasPadam@ Tanpa Nama: Mudah-mudahan suami puan lekas sembuh daripada penyakit yang menyebabkan gatal-gatal tu ya.
BalasPadamIn Sha Allah. Aaminn.
Assalammualaikum..saya ingin bertanya tentang kegunaan krim daun gelengang ni..betol ke dia bekesan untuk hilangkan kurap dan panau..
BalasPadamMana nak dapatkan nii...saya dri jb
Saya punya muka baru jadi tahun ni..tanya org dia kata kalau xgatal panau.kalau gatal ruam..jadi betollah saya ad panau..humm..sbb kejadian sy ni berniaga..siang malam..smpaikn penjagaan muka pon xterurus..dgn ank nya lagi..hummm...blik malam je da ngntok..terus tdo.xsmpat nk cuci..
Harap bole bantu saya..saya xsuka la panau ad kat muka saya..baru kawin ank 1 kot..hummm
Assalammualaikum..saya ingin bertanya tentang kegunaan krim daun gelengang ni..betol ke dia bekesan untuk hilangkan kurap dan panau..
BalasPadamMana nak dapatkan nii...saya dri jb
Saya punya muka baru jadi tahun ni..tanya org dia kata kalau xgatal panau.kalau gatal ruam..jadi betollah saya ad panau..humm..sbb kejadian sy ni berniaga..siang malam..smpaikn penjagaan muka pon xterurus..dgn ank nya lagi..hummm...blik malam je da ngntok..terus tdo.xsmpat nk cuci..
Harap bole bantu saya..saya xsuka la panau ad kat muka saya..baru kawin ank 1 kot..hummm
Daun gelengang...memang mujarab...saya pernah cuba. Nak lagi mujarab...buat macam kertas pasir..sagat kurap atau panau. Memang pedih sikit..tapi cepat sembuh.
BalasPadamBuat mcm mana tu?mksdnya tak pyh tumbuk ke?
Padamwaww thnks fr this post ..dh lma sy cari ni barang .tp jmpa jg dsini hehe..sy pun mngalami panau teruk dtangan sama dleher..huh malu jg depan org awam haha..tp mw tnya d mna ni pokok slalu tumbuh arh??
BalasPadamSiapa nak daun ni? Saya boleh pos.. Whatsapps 011-2543 4735
BalasPadam