Ubat Menurunkan Darah Tinggi

Bagi pesakit darah tinggi, ada satu lagi petua tradisional untuk anda. Petua ni dikatakan boleh menurunkan darah tinggi dengan segera. Sekiranya anda diserang darah tinggi, cuba lakukan dua langkah berikut.


periksa tekanan darah anda

Gambar hiasan - GoldBamboo.com




Langkah 1:

Buat solat hajat 2 rakaat dan mohonlah kepada-Nya tentang hajat anda.


Langkah 2:

a. Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya.

b. Kisar bawang putih tadi untuk dijadikan jus.

c. Kemudian, ambil 6 titik jus tadi dan campurkannya ke dalam segelas air kosong.

d. Minum air tersebut 3 kali sehari.


Sekali lagi, pastikan anda buat langkah-langkah di atas ketika diserang darah tinggi. Mudah-mudahan ia mampu dijadikan sebagai penawar atau ubat darah tinggi anda tu.


Selamat Mencuba!

20 ulasan:

  1. dalam paper ahad lepas..rencana pasal buah kiwi pun elok utk ubat darah tinggi

    BalasPadam
  2. @ sufian: terima kasih atas makluman mengenai buah kiwi. saya tak bace atau mungkin terlepas pandang artikel tu.

    BalasPadam
  3. belimbing bole jg ubat darah tinggi jgk...org bgtau saya ler...blt or tak tue kene check dlu ler

    BalasPadam
  4. @ rosnizam78: Ok, terima kasih atas makluman ni. InsyaAllah kalau ada petua menggunakan belimbing, saya akan kongsi kemudian.

    Untuk kemudahan saudara Rosnizam, berikut adalah link (pautan) berkaitan darah tinggi yang boleh dirujuk;

    1. Darah Tinggi

    2. Merawat Darah Tinggi

    3. Ubat Darah Tinggi

    Harap ia membantu saudara. :)

    BalasPadam
  5. saya amat suka makan ubat tersebut.

    BalasPadam
  6. @ Tanpa Nama: Mudah-mudahan ia dpt memperbaiki tahap kesihatan tuan/puan.

    BalasPadam
  7. saya akan cuba buat..hrap2 menjadi

    BalasPadam
  8. @ Tanpa Nama: Silakan. Saya doakan kejayaan awak. Amin.

    BalasPadam
  9. salam oktant... bila saya baca petua2 awak, apa jadi agaknya kalau saya campurkan limau nipis, belimbing, timun, pegaga, gula batu, epal hijau dan belimbing buloh sebagai jus.. Saya rasa sungguh terganggu bila dapat tahu darah saya naik tinggi ni.. Saya jaga mkn dan minum selama ini, tapi 'ia' menyapa saya juga...mcm mana nak buat ni...tolonggg....

    BalasPadam
  10. @ ieta: Waalaikumussalam wbt ieta.

    Saya syorkan ieta gunakan satu petua setiap kali rawatan. Usah campuradukkan kesemuanya sekali. Ia ibarat memaksa tubuh badan ieta & saya bimbang ia akan mendatangkan kemudaratan kelak.

    Berikan masa untuk tubuh badan ieta bertindakbalas dengan sesuatu rawatan.

    Moga ieta sentiasa berfikiran positif dengan petua yang diamalkan, banyakkan berdoa & berikan masa untuk proses rawatan tersebut menjalankan kerjanya.

    BalasPadam
  11. Cara terbaik adalah dgn berpuasa setiap hari atau selang sehari atau Isnin Khamis , Insyaallah . Kurangkan nafsu makan dan minum

    BalasPadam
  12. Bukan setakat penyakit darah tinggi sahaja, segala penyakit zahir maupun rohani akan terubat dgn puasa spt firman2 Nya di dlm Quran . Duit dan masa pn blh jimat hati pn sejuk. Hakikatnya sejauh mana kita redho pd ketentuanNya. Carilah hikmah kenapa dijadikan penyakit itu

    BalasPadam
  13. @ edino: Terima kasih di atas perkongsian saudara.

    BalasPadam
  14. Salam...penawar darah tinggi ialah peria katak.....blender peria tsebut tapis dan minum....cuba dlu smnggu 2 atau 3 kali..mmg pahit sbab penawarkan...insyallah sembuh la...cara minum ikut la yg saya beritahu tadi..jhn lebih takut jadi tekanan darah rendah pula...lihat la bgitu hebat kuasa Allah mcipta ubat dr buah2han dn tmbuh2han.....

    BalasPadam
  15. Salam...penawar darah tinggi ialah peria katak.....blender peria tsebut tapis dan minum....cuba dlu smnggu 2 atau 3 kali..mmg pahit sbab penawarkan...insyallah sembuh la...cara minum ikut la yg saya beritahu tadi..jhn lebih takut jadi tekanan darah rendah pula...lihat la bgitu hebat kuasa Allah mcipta ubat dr buah2han dn tmbuh2han.....

    BalasPadam
  16. @ syah saffusn: Waalaikumussalam wbt. Terima kasih di atas perkongsian tuan.

    BalasPadam
  17. petua darah tinggi,amalkan minum jus pekat sunquick sebanyak 2 sudu setiap pagi sebelum sarapan. insyallah berkesan. selamat mencuba.

    BalasPadam
  18. @ Tanpa Nama: Terima kasih banyak di atas perkongsian tuan/puan.

    BalasPadam
  19. As'salam..kalau kita kurang tido pun blh buat drh tinggi ke?

    BalasPadam
  20. Tq info nya. Minum air buah epal pun ok. Mak saya selalu amalkan.

    BalasPadam