Bagaimana Cara Melahirkan Anak Tanpa Rasa Sakit?

Sepanjang hidup ni, saya belum pernah lagi dengar dari mulut seorang ibu yang mengaku mereka tak rasa sakit pun ketika melahirkan anak. Mestilah sakit, kan? Selalunya mereka akan cakap hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya masa tu. Lebih-lebih lagi "time" melahirkan anak sulung. Pengalaman pertama lah katakan. Huhh... Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya sejak awal-awal lagi.


gambar ibu hamil
Gambar hiasan sahaja



Namun begitu, saya pernah terbaca mengenai petua tradisional yang dikatakan dapat membantu para ibu melahirkan anak tanpa berasa sakit. Ataupun mengurangkan rasa sakit.


Hah! Ada ker cara melahirkan anak tanpa rasa sakit. Gi mana tu?


Oh, begini bunyinya petua yang saya maksudkan tu;


1. Sewaktu kandungan anda berusia 6 bulan, mula amalkan meminum 1 sudu minyak kelapa. Minum sebanyak 3 kali dalam seminggu.

Kemudiannya...

2. Apabila kandungan anda mencecah 9 bulan, tukar kekerapan pengambilan minyak kelapa tadi. Dos nya tetap sama iaitu 1 sudu dan minumlah setiap hari sehingga tiba hari kelahiran anak anda.


Lagi satu, sebaik-baiknya anda buatlah minyak kelapa tu sendiri. Ia bertujuan memastikan anda benar-benar meminum minyak kelapa yang bersih dan selamat.

Di samping itu, janganlah anda lupa untuk selalu berdoa kepada-Nya agar segala urusan melahirkan anak berjalan lancar serta dijauhi daripada segala perkara yang tak diingini. Amin.


Selamat Mencuba!


p.s: Andainya anda tergolong dalam kategori wanita yang masih belum hamil, dituduh sebagai mandul, pernah keguguran atau dah lama berkahwin tetapi teringin sangat nak hamil, ada satu panduan yang boleh menyelesaikan masalah anda dengan izin Yang Maha Kuasa. [Sila klik untuk membacanya]

46 ulasan:

  1. boleh cuba petua lahirkan anak ni... wifesaya due bulan 11... :)

    BalasPadam
  2. @ samdaddycool:

    Aah... kalo cam tu boleh la try. :)

    Saya doakan wife sam senang dan selamat melahirkan anak nanti. Amin.

    BalasPadam
  3. klu gantikan minyak kelapa tu dengan minyak zaitun bleh ke?

    BalasPadam
  4. Mengenai penggunaan minyak zaitun tu, saya kurang pasti. Sebab setahu saya, hanya minyak kelapa yang biasa digunakan untuk memudahkan bersalin.

    Oleh itu, saya cadangkan awak minum saja satu sudu besar minyak kelapa. :)

    Sebagai tambahan petua di atas, kira-kira 1 minggu sebelum bersalin, para ibu juga digalakkan makan 1 biji telur ayam kampung yang mentah setiap pagi.

    BalasPadam
  5. bolehkah ganti minyak kelapa dengan minyak kelapa dara yg dijual di toko jamu?

    BalasPadam
  6. @ Nurul Iyzah: Oh, saya kurang pasti pula mengenai penggunaan minyak kelapa dara. Walaupun saya akui yang minyak kelapa dara ni mmg banyak kelebihannya.

    Ini kerana, menurut orang dulu2, mereka lebih galakkan buat minyak kelapa tu sendiri. Sebab kita dapat menjamin tahap kebersihannya sendiri.

    BalasPadam
  7. @Tyrah:saya rasa x pernah saya dgr malahirkan anak tanpa kesakitan.Selalunya yang boleh tahu rasa pedihnya melahirkan anak adalah Tuhan.Perlukah saya mangikuti toko jamu ini?
    ;)

    BalasPadam
  8. cara akak lak....
    bila dah mengandung je...
    makan butter.... biskit cc tu letak butter sikit... roti butter...tak tinggal butter...sampai nak melahirkan....
    pas tu masuk 9 bulan minum 100 plus...
    masuk ward je minum air selusuh yang mak beri dari surah mariyam... OK lak.... kita orang adik beradik...

    BalasPadam
  9. @ Tanpa Nama: Ok kak. Terima kasih atas kesudian berkongsi petua dan pengalaman keluarga yang sememangnya amat berharga ni. :)

    BalasPadam
  10. amalan memkan bendi ni pun boleh mbantu memudahkan proses bersalin. satu lagi pokok kemoyang. ia boleh di minum beberapa minggu sebelum bersalin. ambil pokok kemoyang tu dengan akarnya sekali. bersihkan. rebus dan minum airnya. amalan iniakan memudahkn ibu semasa proses bersalin. menurut encik tajuddin manap dari upm . para ibu ibu tak perlu terlalu untuk meneran semasa hendak bersalin. daunnya boleh digunakan untuk membalut tungku. daun muda boleh direbus campur dengan lada hitam n bawang putih yang ditumbuk dan dimakan bersama nasi semasa pantang. ia bertujuan untuk memulihkan luka pada rahim selepas bersalin dan memberi tenaga kepada ibu lepas bersalin..

    BalasPadam
  11. @ Nani. Terima kasih bebanyak sebab sudi kongsi info nie.

    Mudah-mudahan ia membantu para ibu semua yer. :)

    BalasPadam
  12. yup=) saya dah try..alhamdulillah..mudah sgt...
    tapi minyak kelapa 2 lebih elok kalu dibaca kan selawat sebyak 41kali sebelum minum...

    BalasPadam
  13. @ Tanpa Nama: Alhamdulillah, saya tumpang gembira atas kejayaan puan. Terima kasih juga atas tips tambahan yg diberikan. :)

    BalasPadam
  14. apa waktu mulas2 jg tdk terasa ?
    karena waktu saya dianjurkan dokter minum minyak kelapa yg bercampur daun mint rasa mulas2nya tetap terasa sakit sampai anak lahir.

    BalasPadam
  15. hari2 minum minyak kelapa or makan butter, takut nti pertambahan kolestrol dlm bdan..just nak share, kalau nak senang bersalin n x rsa sakit yang lama, bila dah ada tanda2 nak bersalin tu contohnya dah kuar darah ckit..pertama terus p mandi basahkan rambut.mandi mcm biasa syampo rambut..lepas 2 minum milo suam utk tenaga sewaktu meneran. bila smpai hospital nti, insyaAllah bayi akan cpt kuar dgn mudahnya.

    BalasPadam
  16. @ nuri: Terima kasih banyak di atas petua puan.

    BalasPadam
  17. Sal mandi bla da ada tanda 2 saya percya bole buat ibu segar dn brtnaga..minum milo tmbh tenaga dlman c ìbu.tp sakit brsalin ttp ada cuma antra cpt n lmanya proses klahran tu.sya prnah brsalin 1kali nrmal 1kali oprate.ambl la epidural gereti x sakit..

    BalasPadam
  18. kalau minum air kelapa dicampur sedikit minyak masak boleh tak?saya pernah terdengar petua ni.. #qaseh#

    BalasPadam
  19. @ Tanpa Nama: Terima kasih atas perkongsian puan.

    @ qaseh: Saya kurang pasti tentangnya. Maaf ya.

    BalasPadam
  20. apa udh ada yg mencobanya kira-kira mancur gak minyak kelapanya

    BalasPadam
  21. sy dah cuba petua ni alhamdulillah senang bersalin.sakit memang ada tp setengah jam je terus besalin,nasib sempat sampai hospital.minum 1 sudu teh je ms 9 bulan.

    BalasPadam
  22. @ Tanpa Nama: Syukur, Alhamdulillah...
    Terima kasih puan atas maklumbalas yg dikongsikan. :)

    BalasPadam
  23. macam mana nak dapat kan minyak kelapa @ nak buat minyak kelapa tu ek?

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah..ketiga2 anak syg semuanya mudah cara bersalin..Cara saya untuk memudahkan bersalin ialah hanya dengan bersama suami tercinta di kala malam menjelma tiba..Sebaik2nya kerap melakukan hubungan di tarikh duedate..hehe..InsyAllah,.disaat itu juga bayi di dlm kandungan akan bergerak spt bersenam dan otot2 rahim juga akan menjadi lebih mudah utk mengeluarkan bayi itu...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak bincut ke kepala baby. Bimbang jugak ni

      Padam
  25. @ Tanpa Nama: Woww! Terima kasih banyak atas perkongsian puan. Terbaik. :D

    BalasPadam
  26. salam.. saya sedang tunggu hari utk bersalin anak ke-4. petua minyak kelapa/ selusuh, bersama suami, mandi pas turun tanda, bacaan surah2 alquran.. semua diamalkan utk kandungan sblm ini dan kali ini juga.. diharap bersalin kali ni lebih dipermudahkan Allah.. amin.

    BalasPadam
  27. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam puan.
    Mudah-mudahan segala petua yg telah diamalkan membantu memudahkan proses kelahiran anak ke-4 puan. Insya-Allah. Amin.

    BalasPadam
  28. Mcmne cara nk wat sendiri minyak kelapa?

    BalasPadam
  29. Tq oktant sudi share .. Due sy 15 june ni.. Nk try la.. Mudah2an dipermudahkan segalanya..

    BalasPadam
  30. @ Tanpa Nama: Sama-sama puan. Saya doakan semuanya berjalan lancar, selamat serta dipermudahkan. Amin.

    BalasPadam
  31. makan kurma masa dekat2 nak bersalin pun ok jgk..ikut contoh maryam.. kurma bagus untuk beri tenaga..

    BalasPadam
  32. @ Tanpa Nama:

    - Saya sarankan puan sentiasalah berfikiran positif. Usah fikir yang bukan-bukan ya.

    Sebaliknya, banyakkanlah berdoa kepada-Nya agar puan & kandungan dlm keadaan selamat serta sempurna.

    - Terima kasih banyak di atas petua yg puan kongsikan.

    BalasPadam
  33. Selepas berbuka puasa saye akn minum 1biji air kelape mude tapi skrg ni saye sakit perut.kandungan saye br mencecah 30minggu.

    BalasPadam
  34. @ roym as: Selain minum air kelapa, amalan memakan kurma setiap pagi, petang dan malam juga amat baik bagi ibu mengandung.

    BalasPadam
  35. kpd semua...amalan petua ini sgt mujarab.inilah amalan org jawi zaman dahulu.amalan ini disertai doa2.insyaallah...biiznillah. lahirkanlah umat nabi muhammad dgn cara fitrah.selamat mencuba

    BalasPadam
  36. @ Tanpa Nama: Terima kasih banyak atas perkongsian puan.

    BalasPadam
  37. Ada satu petua,insyaAllah..ini pengalaman 2 org kakak sy yg melahirkan anak.sakitnya,seolah2 sakit memulas perut yg ingin buang air besar..kakak sy mengamalkan petua,sentiasa memohon maaf kepada suami,seandainya di rasakan ada bt silap dan jg seTiap kali hendak Tidur.wajib mtk maaf.di amalkan jg surah mariam n zikir.redha Allah dtgnya dari redha suami.sakit,senang,suka duka,semua tu kan datang dari dia.jadi,sama2 lah kita taat kepada suami.

    BalasPadam
  38. salam...saya sudah mencuba petua ini...sangat berkesan..saya mengamalkan minum semasa sudah 9 bulan(selawat dahulu 3 kali)...dan saya banyakkan exercise dgn berjalan kaki di dalam rumah..juga mengamalkan surah2 tertentu... sempat saya membuat solat hajat masa tiba tanda sakit melahirkan dan meminta maaf kepada suami (suami sy mengajar di sarawak)...alhamdulillah..x sampai 1/2 jam masuk labour room terus bersalin...terima kasih di atas petua berguna ini :)

    BalasPadam
  39. @ Tanpa Nama:

    - Terima kasih di atas panduan yang awak kongsikan. InsyaAllah ia pasti bermanfaat buat kaum ibu sekalian.

    - Waalaikumussalam wbt puan.

    Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kembali di atas maklumbalas dan panduan yang puan berikan. Saya amat menghargainya.

    Saya doakan anak-anak puan menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.

    BalasPadam
  40. bacakan kata belut 'kata2 ohang yang tedahulu ( tumbang tumbaling tempurung bulu-bulu jangn terhalang jngn terpaling tujuakan 'lubang berbulu) ,,,berkat,lailaha.....

    BalasPadam
  41. Tak ada petua lain ke,selain minyak kelapa? Mana la tahu,kalau2 ada ibu2 yang mengandung tu alah pada minyak kelapa.

    BalasPadam
  42. kLu mNuM AIr kElapA jA BLe kEw??????

    BalasPadam
  43. Terima kasih bebanyak sebab sudi kongsi info nie.Mudah-mudahan ia membantu pada yang bakal menjadi ibu semua yer. :)

    BalasPadam
  44. Wife saya pun baru start minum minyak kelapa dara bila kandungan 30 minggu. Harap-harap mudahlah bersalin normal untuk 1st baby kami.

    BalasPadam
  45. @ : butik bengkung moden: Sama-sama puan. Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Amiin.

    @ MAT NOR: In Shaa Allah tuan Mat Nor. Moga semua urusan dipermudahkanNya. Amiin.

    BalasPadam