Inginkan Wajah Berseri?

Muka atau wajah berseri sepanjang masa memang diidamkan oleh setiap insan. Tentunya pelbagai petua atau rawatan muka yang akan dilakukan sekiranya anda menitikberatkan penjagaan muka. Kalau nak cantik, mestilah berusaha skit, kan?


Gambar-budiey.com



Tapi macamner plak kalau wajah anda pucat dan tak bermaya? Pasti masalah ini amat memeningkan kepala. Tahap keyakinan diri pun makin menurun. Kalau begitu gayanya, apakata anda cuba satu petua tradisional ni.

1. Memula, ambil segenggam daun inai.

2. Tumbuk daun inai tu sehingga halus.

3. Kemudian, gentel daun inai tersebut. Setiap satu saiznya lebih kurang sebesar kepala mancis.

4. Bila dah siap, sejukkannya ke dalam peti sejuk.

5. Amalkan memakannya sebiji sehari selepas sarapan pagi sehinggalah anda berpuashati dengan kulit muka masing-masing.


Selamat Mencuba!

17 ulasan:

  1. ollaah... daun inai ni tak akan bw kesan sampingan ke kalau kita buat banyak2 n simpan lama kat dalam peti sejuk???? nak tanye ye kaedah ni ada ke yang berkesan dgn sesiapa da??? biasanya kalau petua ni jika di amalkan kesan dia boleh nampak dalam berapa lama ek???

    BalasPadam
  2. @ eylis: Saya nasihatkan usahlah awak simpan terlalu lama. Mungkin awak boleh buat stok baru setiap selang seminggu.

    BalasPadam
  3. ape rase daun inai?pahit ke?

    BalasPadam
  4. b0leh ke gtu...? xder efek pape ke dr sudut lain nyer?

    BalasPadam
  5. klo inai dah siap nye bley x.maksud sya inai yg sedia ad di pasaran??huh...!

    BalasPadam
  6. @ Tanpa Nama:

    - Maaf, petua ni saya masih belum pernah cuba. Sekadar berkongsi dgn anda yg mudah mendapatkan daun inai.

    - Ini petua tradisional. Setakat yg saya tahu, InsyaAllah tiada kesan sampingan.

    - Lebih baik guna daun inai yg segar. Tiada sebarang campuran bahan lain.

    BalasPadam
  7. kalo xsilap jamu ni bidan saya gunakan time berpantang aritu..

    BalasPadam
  8. @ shelliey: Kalau begitu, macam mana hasilnya puan. Ok ke tak?

    BalasPadam
  9. kepala mancis? kecik je la ekk? mcm mana nk tahu muka berseri ke tak? i mean, tetibe bercahaya ke segar bugar ke shining shining ke? hoho00~

    BalasPadam
  10. macam mana kalau ibu mengandung boleh ke makan mcm tu

    BalasPadam
  11. kalau x yakin xpyh la guna sbb tkt lain pula jadinya..

    BalasPadam
  12. Syew dah try cara nie dlm 3 Bln!!Its really work!Korng kena amalkn 2 biji 3 kali sehari okay!Then aku ada amalkn minum air inai..Blend daut inai tu.tpi mesti basuh dulu tau..bsuh dngan air asam jawa..then blend daun inai tu bersama dengan air asam jawa yg bersih jgn guna yg anda basuh tdi tu..yg tu buang okay..then minum lah 1 kali sehari everyday!

    BalasPadam
  13. @ aqif1996: Wow, tahniah saya ucapkan.

    Terima kasih tak terhingga juga di atas perkongsian aqif.

    Moga wajah aqif terus berseri-seri. :)

    BalasPadam
  14. ble tak tnjukkn gmbr daun inai 2 mcmna ...
    nk tau jer ...
    sori kalo myusahkn ....

    BalasPadam
  15. mta maaf...
    ble tak tnjukkn gmbr daun inai 2..

    BalasPadam