3 Petua Hilangkan Kulit Kering

Seperti yang pernah dinyatakan dulu, ciri kulit kering adalah pori-porinya kecil. Kalau ada yang tanya pori-pori tu apa? Ia adalah saluran minyak kulit di permukaan kulit. Di mana ia juga menunjukkan jenis kulit seseorang. Sama ada normal, berminyak ataupun kering.

Sebelum ini, saya pernah kongsi beberapa rawatan berkaitan masalah kulit kering. Sekarang, saya akan tambah lagi 3 cara untuk melembabkan kulit yang kering. Amacam, suka tak?



Cara #1


1. Ambil isi 1 biji buah avokado.


Buah Avokado - en.wikipedia.org


2. Tumbuk lumat isi buah avokado hingga keadaannya menjadi seakan bubur.

3. Sapukannya secara nipis pada seluruh muka anda dan biarkan hingga kering.

4. Setelah kering, cuci muka anda dengan air suam.

5. Kemudian cuci pula seluruh kulit muka anda dengan ais (air batu).

6. Akhir sekali, lap muka anda dengan tuala @ kain lembut yang bersih secara perlahan-lahan.



Cara #2


1. Ambil isi 1 biji buah mangga.

2. Tumbuk lumat atau lenyek isi buah mangga hingga keadaannya menjadi seperti bubur.

3. Sapukannya secara nipis pada seluruh muka anda dan biarkan hingga kering.

4. Setelah kering, cuci muka anda dengan air suam.

5. Kemudian cuci pula seluruh kulit muka anda dengan air batu (ais).

6. Akhir sekali, lap muka anda dengan tuala @ kain lembut yang bersih secara perlahan-lahan.



Cara #3


1. Ambil sedikit susu lembu penuh krim.

2. Sapukan susu tersebut ke seluruh muka anda.

3. Biarkan hingga ia kering atau lebih kurang dalam 20 - 30 minit.

4. Kemudian, cuci muka anda dengan air suam dan diikuti dengan beberapa ketul air batu (ais).


Sekarang anda dah tahu 3 cara melembabkan kulit kering, kan? Pastikan anda yang memiliki kulit kering tu cuba salah satu daripadanya tau.


Moga Berjaya!

14 ulasan:

  1. @ Ct R Miena: Terima kasih kembali yea. ;D

    BalasPadam
  2. does ice really works? I thought ii makes your skin more dry???

    BalasPadam
  3. @ Nath: Mula-mula kita gunakan air suam utk membuka liang pori-pori.

    Kemudian, kita gunakan ais atau air sejuk utk menutup liang pori-pori yg terbuka tadi.

    BalasPadam
  4. Jika anda menghadapi masalah kulit kering,parut,selulit dapatkan minyak DABUS aromaterapi. Sapu 3-5 kali sehari selepas 2-3 hari anda boleh lihat perbezaan.

    BalasPadam
  5. @ Tanpa Nama: Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  6. bisa g alvokat untuk kasi sama tngannn

    BalasPadam
  7. good info..jom lawati blog sy ttg kolagen di www.esihat.com

    BalasPadam
  8. good info..jom lawati blog sy ttg kolagen di www.esihat.com

    BalasPadam
  9. @ ctee aton: Terima kasih. InsyaAllah saya akan datang ke sana.

    BalasPadam
  10. Meh la lawat blog saya http://liyanasonestop.blogspot.com happy sharing:)

    BalasPadam
  11. @ Siti Liyana: Alhamdulillah, saya dah singgah.

    Tapi kalau klik pada nama Siti Liyana di atas, akan tertera "Blog not found". Sebab tertinggal huruf "a". :)

    BalasPadam