4 Petua Memasak Daging Agar Sedap

Raya Haji dahpun berlalu lebih 1 minggu. Tapi tengok dalam "freezer" tu, masih ada lagi daging qurban. Bilalah nak memasaknya. Ataupun mungkin tengah fikirkan menu apa yang paling sesuai.

Nah... sementara itu, ketahuilah dulu petua memasak daging berikut supaya ia lebih sedap dan menyelerakan nanti. Barulah ada ummpphhh...


Daging Black Pepper Special


1. Elakkan daripada terus memasak daging yang baru saja dikeluarkan dari tempat sejuk beku @ freezer.

Sekiranya kita degil terus memasaknya juga, pasti ada sesetengah bahagian daging yang tidak masak sepenuhnya.

Sebaik-baiknya, keluarkan ia lebih awal sekiranya kita dah ada pelan nak memasaknya. Rancanglah dengan sebaik mungkin yea.

Kalau terlupa, apa salahnya minta bantuan salah seorang ahli keluarga keluarkannya. Ataupun sekurang-kurangnya dia boleh tolong ingatkan.


2. Sebelum memasak, gaulkan setiap pelusuk bahagian daging dengan serbuk perasa (campuran bawang merah, cili kering & halia yang telah dikisar, garam, kunyit dll ikut resepi anda) hingga sebati.

Kemudian, perapkan daging tersebut dalam 30 minit @ 1/2 jam. Kalau nak sedap, peraplah semalaman. Ia pasti lebih "mesra".


3. Selepas memasak ataupun menggoreng sebarang jenis resipi daging, biarkannya tanpa dipotong sekitar 3 - 5 minit.

Tujuannya agar rasa dan nutrien daging tersebut benar-benar sebati.


4. Selepas daging tersebut siap dimasak, eloklah ditoskan dulu minyaknya. Elak daripada pakai suratkhabar sebagai alat atau tempat mengetos. Kandungan karbon yang ada padanya tu hanya akan membahayakan kesihatan kita.

Tujuan "toskan" daging adalah supaya minyak berlebihan tidak "turut serta" join sekali semasa ia dihidangkan. Ini kerana minyak yang berlebihan itu memang tak elok untuk kesihatan. ;-(


4 petua masakan di atas hanyalah petua yang kebanyakan anda dahpun sedia maklum. Terutamanya bagi yang dah berpengalaman ataupun yang memang rajin ke dapur.

Jadi, kalau ada sebarang petua lain yang ingin dikongsi, saya amatlah mengalu-alukannya. Anda boleh kongsikannya pada bahagian "ulasan" @ komen yea. ;)

Saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Pandan Tikus Ubat Demam Malam

Istilah demam malam agak asing buat sesetengah kita. Ia mungkin juga lebih dibimbangi kerana menjangkiti pesakit pada waktu malam. Namun daripada sumber yang saya perolehi, demam malam mahupun siang tiada bezanya. Kedua-nya berlaku disebabkan oleh tindakbalas tubuh kita terhadap jangkitan bakteria ataupun virus.

Alang-alang dah sentuh pasal demam malam, elok juga saya kongsikan petua tradisional mengubatinya.

Pertamanya, kita perlukan daun pandan tikus. Nama saintifiknya "Mapania Sp". Rupabentuknya lebih kurang macam daun pandan wangi.

Perbezaannya adalah dari segi susunan dedaunnya yang berbentuk segi tiga. Satu lagi, ada duri halus di bahagian tepinya. 

Nak cari kat mana daun nie?? Biasanya kita boleh jumpa di hutan pamah dan lereng bukit.



Daun Pandan Tikus - RimbunDahan.org


1. Bagi tujuan perubatan, kita perlukan hanya daun pandan tikus yang muda dan segar beserta akarnya.

2. Sebelum terlupa, ambil daun tu dalam bilangan ganjil tau.

3. Kemudian, bersihkan daun dan akar pandan tikus tadi terlebih dahulu.

4. Rebuskannya dengan 3 gelas air bersih.

5. Biarkan sehingga air rebusan tadi tinggal kira-kira 1 gelas.

6. Akhir sekali, tapis air rebusan tu dan minumlah perlahan-lahan setelah ia suam.

Amalkan minum air rebusan ini setiap malam sebelum tidur. Teruskan sampailah anda benar-benar  sembuh. 


Opss... sebelum saya terlupa, mungkin ramai di antara kita yang ada rancangan nak masak lauk daging. Maklumlah, mesti dapat banyak daging qurban, kan? 

Kalau nak melembutkan daging, boleh guna akar dan daun pandan tikus ni. Rebuskan saja akar dan daun pandan tikus ni sekali dengan daging tu.

Hahh... selain mengubati demam malam, kita dah tahu satu lagi cara melembutkan daging, kan?


Selamat Mencuba!

5 Perkara Kita Mesti Tahu Tentang Sikat Rambut

Selama ini, pernahkah anda terfikir cara menyikat rambut yang berbeza akan memberikan kesan yang berlainan? Mesti tak, kan? Saya pun macam tu gak. Selama ini, tak pernah ambil berat pun soal cara menyikat rambut. Main sikat aje. Kadang-kadang sikat sambil duduk dan kekadang sikat sambil berdirilah.


cara sikat rambut
Gambar hiasan - ehow.com


Sehinggalah beberapa minggu lepas, barulah saya tahu apa kesannya bersikat sambil duduk mahupun berdiri.

Sekiranya kita sikat rambut sambil duduk, ia bakal menguatkan otot jantung.

Sebaliknya jika sikat rambut sambil berdiri, ia akan melemahkan jantung.

Selain melemahkan jantung, bersikat secara berdiri akan menyebabkan kita terjebak dalam masalah hutang. Huhu...

Di samping itu, sekiranya kita menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak @ silver ataupun sekadar bersadurkan perak, hukumnya adalah MAKRUH.


Seperkara lagi, Nabi S.A.W juga melarang kita sikat rambut dalam bilik mandi atau bilik air.


Tapi, kenapa???


Sebab ia hanya akan melemahkan umbi rambut.


Sekian saja perkongsian saya dengan anda untuk kali ini. Di harap kita dapat mengubah tabiat sikat rambut selepas ini yea.