8 Khasiat Timun

Jika sebelum ini, saya tidak begitu gemar makan timun. Orang kata timun ni sejuk. Jadi ia kurang baik kalau dimakan selalu. Lebih-lebih lagi golongan lelaki. Namun, akhir-akhir ni saya dapati timun ni sebenarnya banyak pula khasiat. Jadi, lepas ni saya akan mengubah persepsi tentang timun ni.


timun jepun
Timun Jepun




Antara khasiat timun yang mesti anda tahu adalah:


1. Amalkan memakan timun setiap hari bagi mengelakkan sembelit.

2. Jus timun amat baik untuk anda yang mengalami gastrik.

3. Seandainya anda campurkan jus timun dengan perahan lobak merah serta daun saderi boleh mengatasi masalah artritis, gout dan reumatik.

4. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, amalkan memakan timun sama ada secara mentah ataupun yang telah dimasak. Jika minum jus timun setiap hari pun boleh menurunkan berat anda.

5. Timun juga mampu mengubati penyakit disentri (keluar darah semasa buang air besar).

6. Campuran perahan timun, jus lobak serta salad mujarab untuk mengubati kudis.

7. Bagi anda yang masih buntu dengan masalah jerawat, cuba parutkan timun dan campurkan dengan kuning telur.

Kacau bahan tersebut hingga sebati. Kemudian, sapu pada seluruh muka anda. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali agar jerawat lekas kering.


Jika ada, ambil biji timun dan campurkan dengan sedikit garam. Berkumurlah dengan bahan tersebut beberapa kali sehari.

Insya-Allah, amalan ini akan menyelesaikan masalah anda tu. 


Banyakkan khasiat timun ni? Oleh itu, manfaatkanlah ia sebaik mungkin ya.

7 Khasiat Pokok Cili Padi

Siapa suka makan pedas? Tentu sekali cili padi tidak asing bagi anda, kan? Selain cili padi, ia dikenali juga sebagai cili api dan cabai burung. Ramai di antara hanya tahu ia hanya penambah selera dalam masakan. Barulah "kick"!


cili padi atau cili api
Cili Padi - LC Yee's @flickr.com


Namun begitu, rupa-rupanya daun serta akar pokok cili padi ni turut memiliki khasiat tersendiri. Antaranya boleh menyembuhkan bisul, luka, sakit sendi, sengal-sengal otot, bengkak, mengurangkan tekanan darah tinggi serta merawat cirit-birit.



Daun Pokok Cili Padi


Bagi tujuan menyembuhkan bisul dan mengubati luka, anda ambil beberapa helai daun dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, tampalkan daun tersebut pada tempat bisul atau luka.

Sekiranya ada yang rasa sengal-sengal otot, sakit sendi ataupun mengalami bengkak; layurkan daun pokok cili padi dan tampal pada tempat yang sakit.

Ulangi langkah tersebut sehingga ia beransur pulih ya.



Akar Pokok Cili Padi


Akarnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta menghilangkan cirit-birit.

Petuanya - anda ambil dan bersihkan akar pokok cili padi. Kemudian, rebuskan akar tersebut hingga mendidih. Seterusnya, tapiskan air rebusan ke dalam cawan atau gelas. Tunggu ia suam dan minum.


Begitulah sebahagian khasiat pokok cili padi yang sempat saya kongsi dengan anda. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda sekeluarga.


Selamat Mencuba!

10 Buah Untuk Anda Nikmati Setiap Hari

Buah-buahan memang diketahui umum amat baik dan berkhasiat. Ia membekalkan sumber gizi yang diperlukan tubuh. Namun, anda perlu tahu jenis buah-buahan yang selamat diambil. Sekiranya tidak menghidap sebarang penyakit, anda bebas menikmati sebarang buah-buahan yang disukai. :D

Menurut Dr. Samuel Oetoro (pakar pemakanan), antara buah yang selamat dimakan setiap hari oleh sesiapa saja ialah:

~ Anggur

~ Betik

~ Epal

~ Jambu

~ Limau

~ Markisa

Buah Markisa
Buah Markisa - ms.wikipedia.org

~ Pear

~ Pisang raja

~ Tembikai

~ Tomato

Menurut Dr. Samuel Oetoro lagi, kadar pengambilan yang disyorkan pula seperti berikut;

~ Epal = 1 biji

~ Anggur = 5 butir

~ Betik dan tembikai = sepotong

untuk setiap kali makan.


Sekiranya anda penghidap sakit buah pinggang, cuba kurangkan memakan buah belimbing.


Manakala anda yang menghidap diabetes pula, elakkan pengambilan;

~ Durian oppsss... sekarang ni tengah musim durian la pulok

~ Nanas

~ Nangka

~ Pisang

kerana kandungan glukosanya yang tinggi. Huhh...


Lain pula halnya jika anda ada gastrik. Elakkan memakan pisang embun. Kalau anda memang suka pisang gak, makanlah selain pisang embun.


Sekian, terima kasih.

Penawar Jika Terkena Sengatan Kala Jengking

Andainya anda disengat kala jengking atau terkena gigitan binatang berbisa lain, petua ini mungkin boleh membantu. Ianya cukup mudah dan ringkas. Tetapi khas buat mereka yang beragama Islam saja.

Ini kerana ia melibatkan ayat Al-Quran. Ada 3 surah yang perlu dibaca sebagai pelengkap kepada petua ini. Harap maklum yea.


Baiklah, bahan-bahan yang diperlukan cuma;

~ Air

~ Sedikit garam


Langkah-langkahnya:


1. Tadahkan air ke dalam satu bekas dan campurkan dengan sedikit garam. 


garam aka salt
Garam - medimanage.com


2. Kemudian, celupkan anggota badan yang terkena sengatan tadi ke dalam bekas yang berisi air garam.

3. Ini diikuti dengan bacaan 3 surah lazim iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah Al-Naas sebanyak satu kali untuk setiap surah.


Itu saja petuanya. Mudah-mudahan ia dapat menyembuhkan si pesakit. In Shaa Allah.


Selamat Mencuba!

Petua Penjagaan Kulit Berminyak

Antara ciri kulit muka berminyak ialah berminyak dan mudah ditumbuhi jerawat serta bintik hitam. Juga terdapat kilatan pada zon T muka anda. Zon T ini meliputi bahagian dahi, hidung dan dagu anda. Pori-pori biasanya kelihatan melebar.


zon t muka anda


Justeru, bagi mengatasi masalah kulit berminyak secara beransur-ansur, anda boleh menggunakan masker (topeng muka). Antara jenis masker yang baik adalah lumpur.

Tetapi jika agak sukar untuk anda dapatkannya, boleh gunakan masker buatan sendiri dengan menggunakan 1 biji putih telur dan setengah biji jus lemon.


jus lemon segar



Cara-cara membuat masker:


1. Masukkan putih telur ke dalam sebuah bekas.

2. Campurkan perahan jus lemon ke dalam bekas yang sama.

3. Kacau kedua-dua ramuan  di atas hingga sebati.

4. Sapukan ia pada keseluruhan muka anda.

5. Biarkannya lebih kurang sekitar 20 minit.

6. Selepas itu, cuci muka anda sebersih-bersihnya.


Petua ini boleh diamalkan sebulan sekali. Tak lupa juga, pastikan anda memakai pelembap muka setiap kali selepas memakai masker tadi. Tujuannya bagi mengelakkan kulit muka anda menjadi kering.


Selamat Mencuba!

Kulit Muka Kelihatan Muda dan Segar

Vitamin A dan E adalah gabungan yang baik bagi memelihara kulit muka anda agar halus, kenyal dan tegang. Ia sekaligus membantu memperlambatkan proses kedutan pada kulit muka anda. Ataupun bahasa mudahnya ~ awet muda lah!. :D

Bagi merealisasikannya, sejenis buah yang berupaya membekalkan vitamin A dan E ialah avokado. Dengan mencampurkan avokado bersama-sama madu, susu tepung dan telur, impian anda untuk kelihatan lebih muda bukanlah mustahil.


Anda boleh jadikannya sebagai topeng (masker) muka dan amalkan petua penjagaan muka ini sebagai rutin mingguan ataupun bulanan.


Tetapi, sebelum anda bergegas untuk mendapatkan buah avokado, ketahuilah dulu berapa sukatan yang diperlukannya serta 3 bahan lain...


buah avokado
Buah Avokado - akten.com.pl


~ 2 sudu teh buah avokado

~ 1 sudu teh susu tepung

~ 1 biji telur

~ Sedikit madu lebah asli


Cara-caranya:


1. Tumbuk isi buah avokado hingga lumat dan letakkan ia ke dalam satu bekas.

2. Masukkan madu, susu tepung dan telur ke dalam bekas yang sama.

3. Kacau kesemua bahan hingga sebati.

4. Sapukan bahan tadi ke seluruh muka anda.

5. Biarkan hingga 20 minit.

6. Cuci muka anda dengan air suam.


Moga wajah anda kelihatan lebih segar sepanjang hari!