Tips Menghilangkan Keputihan Secara Tradisional

Sekiranya anda seorang wanita dan masih runsing dengan masalah keputihan yang dihadapi, saya ada sesuatu yang mahu dikongsikan. Iaitu tips menghilangkan keputihan dengan menggunakan kerak nasi.

Jadi, sekiranya anda tak gemarkan kerak nasi, jangan dibuang dulu. Ada kegunaannya tau!


tips menghilangkan keputihan dengan kerak nasi
Imej - musafirlogpass.blog.com


Ya, anda tak tersalah baca. Ia merupakan salah satu petua yang ada di muka bumi ini bagi mengatasi keputihan wanita.


Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:


1. Panggang kerak nasi yang ada sampai hangus.

2. Kemudian, tumbukkan kerak nasi yang telah hangus tadi sehingga halus.

3. Sesudah itu, campurkan bahan di atas dengan sedikit air panas.

4. Kacau ia sampai sebati.

5. Minumlah air tersebut setiap hari sehinggalah anda bebas daripada sebarang masalah keputihan wanita.


Pun begitu, jika anda mahukan tips yang lebih terperinci berkaitan keputihan, sila layari laman web rawatkeputihan.com ataupun klik saja banner di bawah.



Sekian saja petua kali ini dan terima kasih atas perhatian anda. :)


Selamat Mencuba!

Panduan Menjaga Kesihatan Buat Ibu Mengandung?

Kehamilan adalah anugerah yang tidak terhingga buat pasangan yang sudah berumah tangga. Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang baru setahun jagung berkahwin. Bukan semua yang bernasib baik merasai pengalaman mengandung ni tau.


Gambar Wanita Tengah Sarat Mengandung

Sehubungan itu, tahap kesihatan serta keselamatan si ibu yang mengandung perlulah dijaga sebaiknya semasa proses kehamilan. Terutamanya bagi pasangan yang belum ada pengalaman langsung. Tentunya akan mengalami kesukaran ketika menempuh saat ini.

Justeru itu, apa yang perlu anda lakukan disini adalah mencari ilmu yang diyakini dahulu. Iaiti ilmu berkaitan kehamilan. Tanpa ilmu, anda pasti terpinga-pinga sambil tertanya-tanya apalah yang patut dilakukan jika menempuh situasi atau keadaan tertentu.

Takkanlah setiap kali berdepan dengan sesuatu situasi, anda akan menelefon ibu, ibu mertua ataupun sesiapa saja yang ada pengalaman. Memanglah tak salah. Tapi, adakah ia praktikal? Adakah anda pasti sempat untuk menelefon mereka setiap kali berdepan dengan masalah?


Uishhhh..... susahlah kalau macam gitu. :(


Oppsss... tak perlulah anda risau sangat. Kenapa pula?


Sebabnya ada satu panduan yang menerangkan hal ehwal berkaitan kehamilan. Panduan yang dimaksudkan tersebut adalah “Panduan Kesihatan Ibu Hamil”.




Panduan ini telah ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri termasuklah beberapa rujukan sejagat yang dilakukan berkaitan kehamilan dan pelbagai komplikasi kehamilan.

Jika anda mendapatkan panduan ini, janganlah terkejut dek kerana ia merangkumi segala aspek berkaitan kehamilan mahupun keguguran.

Menurut penulis panduan ini lagi, ramai pasangan yang tidak tahu menahu punca berlakunya keguguran. Uhh, bahaya ni...

Peliknya tapi benar, ada juga di antara mereka yang sengaja mendekatkan diri mereka kepada risiko berlakunya keguguran. Ini kes kekurangan ilmu la kot. Huhuhu....

Jadinya, panduan ini diharap dapat menambahkan ilmu serta memberi kesedaran kepada ibubapa agar lebih peka terhadap sebarang risiko yang boleh membawa kepada keguguran.


Okey, apa yang istimewa sangat tentang panduan ini?


Hahh, ia bukan sahaja menceritakan masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh si ibu, malah turut menerangkannya secara terperinci. Termasuklah menyertakan gambarajah berkaitan apa yang perlu dilakukan oleh wanita mengandung supaya senang untuk bersalin kelak.

Kesimpulannya, statistik telah menunjukkan saban tahun pasti ada saja kes di mana bayi mati disebabkan keguguran ataupun kelemasan, kelahiran bayi pra matang dan pelbagai sebab lain. Anda tentu enggan berhadapan dengan situasi sebegini, kan?

Untuk itu, lengkapkanlah diri anda dengan ILMU berkaitan kehamilan agar semua perkara yang tidak diingini boleh dijauhi serta dihindari.

Bagi melengkapkan diri anda dengan ilmu yang dimaksudkan, silalah layari laman web Panduan Kesihatan Ibu Hamil melalui link yang saya sertakan dibawah ini:

2 Petua Hilangkan Kelemumur

Adakah anda sedang berdepan dengan masalah kelemumur? Ataupun anda dah cuba pelbagai petua hilangkan kelemumur, namun masih tiada sebarang perubahan? Keciwa seh.... Justeru itu, saya akan kongsikan lagi 2 cara menghilangkan kelemumur yang patut anda cuba.

Apa yang pasti, ia menggunakan bahan semulajadi yang mudah anda perolehi. Harap anda sukalah yea. :)



Petua #1:


1. Ambil beberapa helai daun kesum.


Gambar Daun Kesum



2. Tumbuk kesemua daun kesum tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Kemudian, campurkan daun yang berlendir tadi dengan sedikit air.

4. Seterusnya, sapukanlah campuran tersebut ke seluruh kulit kepala anda.

5. Amalkan selalu sehinggalah anda bebas daripada kelemumur.



Petua #2:


1. Sediakan 25 ulas bawang putih dan cencang sampai hancur.


Gambar Bawang Putih



2. Kemudian, campurkan bawang putih yang telah hancur tadi dengan debu celak mata.

3. Letakkan campuran tadi ke dalam botol yang bertutup.

4. Seterusnya, jemurkan botol tersebut di bawah pancaran matahari kira-kira selama 12 jam.

5. Sehari kemudian, anda tapiskan bahan yang telah dijemur sebelum ini dan masukkan pula ia ke dalam sebuah bekas kedap udara.

6. Cara penggunaannya, anda cuma perlu gosokkan air tersebut ke seluruh kulit kepala sehinggalah tiada lagi kelemumur yang tertinggal.


Selamat Mencuba!

Jering Ubat Darah Tinggi?

Jering ataupun Pithecellobium Jiringa Prain merupakan sejenis ulam yang sering dijadikan pembangkit selera makan. Kalau orang Jawa, mereka menamakannya jengkol, kan? (sila betulkan jika saya silap yea...)

Walaupun mengeluarkan bau yang agak kuat, ia bukanlah masalah bagi penggemarnya. Kalau dah suka, bau sebegitu bukanlah halangan. Malah ada yang akan memeram jering ni lagi beberapa hari supaya baunya lebih menusuk kalbu. Pergghhhh.....


Jering atau Jengkol




Saya nak kongsikan dengan anda sedikit fakta mengenai kandungan jering. Menurut En. Zainal Abidin Jamaluddin (Kurator Muzium Negara), kandungan protein yang ada pada jengkol agak tinggi. Iaitu mencecah 10.5%.

Selain protein, berikut peratusan kandungan lain yang ada pada jengkol;

~ Karbohidrat - 84.1%
~ Air - 52%
~ Gentian - 3.6%
~ Abu - 1%
~ Lemak - 0.8%

Sehubungan dengan itu, En. Zainol mengatakan bahawa jering mampu mengurangkan tekanan darah tinggi. Begitulah khasiat yang selama ini kurang diketahui ramai. Walaupun mereka yang suka makan jering. Ohhh... ye ker?

Justeru itu, bagi anda yang mengalami masalah tekanan darah tinggi, boleh memasukkan jering dalam menu seharian. InsyaAllah ia mujarab sebagai ubat darah tinggi anda.

Sebelum mengakhiri artikel ini, teringat pula saya pada kata-kata Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.....

Anda buat, anda dapat :)

Banyak Makan Coklat Penyebab Tumbuh Jerawat?

Siapa yang tak suka makan coklat, kan? Boleh kata hampir semua gemarkan coklat. Mana taknya, coklat mampu menceriakan seseorang. Adakalanya bila tertekan, tekanan tersebut boleh reda setelah memakan coklat. Hebat betul penangan coklat ni.



Gambar Coklat

Namun, anda haruslah mengambil coklat secara berpada-pada. Usahlah diambil terlampau banyak. Ini kerana dalam satu kajian mendapati bahawa kandungan dalam coklat akan meransang pengeluaran kelenjar minyak.

Di mana ia menjurus kepada pertumbuhan jerawat dan menyebabkan noda-noda pada kulit wajah. Jadi, sekarang anda dah tahu salah satu punca ataupun penyebab tumbuhnya jerawat, kan?

Kesimpulannya, makanlahlah coklat pada kuantiti yang sederhana bagi mengelakkan tumbuhnya jerawat degil di muka anda. :D

7 Punca Lemah Daya Penglihatan dan Bagaimana Menguatkan Pandangan

Adakah tahap penglihatan anda semakin lama semakin lemah? Adakah anda tahu mengapa berlakunya perkara sedemikian? Cuba anda perhatikan perkara-perkara berikut;


MenajamkanPandangan



1. Sering bermuram dari pagi hinggalah ke petang.

2. Suka duduk dengan membelakangkan kiblat.

3. Melihat kepada huruf-huruf yang halus.

4. Terlalu banyak menangis.

5. Melihat tanda salib.

6. Melihat faraj wanita ataupun sekadar melihat bentuknya dari luar.

7. Melihat kepada benda-benda yang kotor.


Pernahkan anda melihat ataupun melakukan mana-mana perkara di atas? Jika anda sering berbuat demikian, kemungkinan besar itulah puncanya mengapa daya penglihatan anda semakin lama semakin lemah.....


Namun begitu, terdapat beberapa cara untuk menajamkan daya penglihatan atau menguatkan kembali pandangan anda. Antaranya;


1. Amalkan selalu duduk menghadap kiblat.

2. Pastikan tempat duduk anda sentiasa bersih atau pilihlah tempat duduk yang bersih.

3. Memakai celak sebelum masuk tidur.

4. Melihat kepada sesuatu yang berwarna hijau.


Diharap dengan perkongsian yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada anda. Sekiranya ingin menambah sebarang tips atau petua yang berkaitan, silalah berbuat demikian pada ruangan komen @ ulasan.

Sekian, terima kasih.

Petua Jika Rabun Ayam....

Rabun ayam ni maksudnya tahap penglihatan anda agak kabur atau kurang jelas pada waktu malam. Dalam kamus dewan, maksud lain rabun ayam ialah rabun senja. Selalunya, orang yang mengalami masalah ini tidak dapat memandu waktu malam, kan?


Illustrasi Rabun Ayam

Illustrasi Rabun Ayam - syiqin@flickr.com



Bagi mengatasinya, ada satu petua yang ingin saya kongsikan dengan anda. Begini kaedahnya:


1. Sebaik saja anda bangun pagi, teruslah menuju ke bilik mandi.

2. Kemudian, lucutkan satu-persatu pakaian anda.

3. Jiruskanlah kedua-dua belah kaki anda dengan air yang dingin atau sejuk.

4. Setelah kaki merasa sejuk, barulah anda menyiram seluruh anggota badan yang lain juga dengan air dingin.

5. Amalkan petua ini selama 2 bulan berturut-turut. Lakukannya secara konsisten ya.


Jika diizinkan-Nya, penglihatan anda akan kembali pulih. Selamat tinggal masalah rabun ayam. =]


Selamat Mencuba!

Belimbing Buluh Ubat Darah Tinggi?

Belimbing buluh (belimbing asam) ni kalau dimasak lemak udang memang sedap. Selain sedap, ia turut berkhasiat. Sebelum ini, saya pernah kongsikan kegunaannya dalam merawat kuku. Anda boleh rujuk artikel ini ~ "Inginkan Kuku Cantik Berkilat?" untuk mengetahui caranya.

Anda yang ada penyakit darah tinggi pun boleh memanfaatkan khasiat semulajadinya. Kaedahnya akan saya nyatakan satu-persatu sebentar saja lagi. Okey?


BelimbingBuluh atau BelimbingAsam
BelimbingBuluh @ BelimbingAsam - Wikipedia


1. Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar.

2. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.

3. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.

4. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.

5. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu lebah ataupun gula batu.


Oohhhh... sebelum terlupa, daun belimbing buluh pun ada kegunaannya. Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh cuba petua di bawah;


1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar.

2. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.

3. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih.

4. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.

5. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan.

6. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.


Buat sementara waktu ni, begitulah antara khasiat belimbing buluh yang dapat saya kongsikan dengan anda. Iaitu sebagai ubat darah tinggi juga ubat demam panas. Harap ianya dapat dipanjang-panjangkan ya.


Selamat Mencuba!