Petua Merawat Cirit-Birit dan Gatal-gatal Badan

Bagi yang mengalami cirit-birit ataupun gatal-gatal badan, ada petua tradisional untuk anda. Sebelum saya kongsikan kaedah rawatannya, bahan yang anda perlukan ialah Pokok Serai Kayu. Nama saintifik pokok ini ialah "Eugenia Polyantha".

Pokok Serai Kayu - kayteeze.wordpress.com



Sekiranya anda kena cirit-birit, daun serai kayu lah yang perlu dicari. Melalui pencarian yang saya lakukan, ada juga yang menamakannya sebagai daun salam.


Daun Serai Kayu - bayuputra.com



Manakala yang mengalami gatal-gatal badan pula, gunakan bahagian batang pokok yang masih kecil. Cara-caranya ada diterangkan di bawah;



A. Cirit-birit


1. Ambil beberapa helai daun serai kayu (daun salam) yang masih segar.

2. Bersihkannya dan rebus sampai mendidih.

3. Bila dah mendidih, tapis air rebusan tadi ke dalam gelas.

4. Tunggu hingga ia suam.

5. Minum ia secara perlahan-lahan.



B. Gatal-gatal badan


1. Dapatkan beberapa batang pokok serai kayu yang masih kecil.

2. Tumbuk kesemuanya sampai lumat.

3. Kemudian, campurkannya dengan sedikit kapur makan (kapur sirih) dan juga sedikit beras.

4. Sapukan ramuan ini pada bahagian badan yang gatal.

5. Anda boleh biarkannya selama beberapa minit atau semalaman.


Ulangi proses ini sehinggalah badan anda tak terasa gatal lagi.


Selamat Mencuba!

6 ulasan:

  1. Herba memang mujarab. tq

    tapi kalo nak mudah pergi jer kedai mamk beli air jemuju. insyallah perut kembung serta sembelit hilang dgn cepat.

    BalasPadam
  2. @ Busanashafika: Dah ada tambahan satu lg petua... :D

    BalasPadam
  3. kalo time cirit..mak soh kami minum teh o kelat..wat teh o mcm biasa tp jgn bubuh gula..ok jer...

    BalasPadam
  4. @ lovely.fishy: Terima kasih atas petua yg saudari berikan. Memang petua ni mujarab. Saya pernah cuba dulu. :D

    BalasPadam
  5. info yang sangat bermanfaat banget,,
    infonya tentang pengobatannya juga sangat alami banget,

    makasihnya atas semuanya sehingga saya tau caranya kalu terkena gatal-gatal,
    lain kali mainnya ke website saya,salam kenal..

    BalasPadam
  6. @ xamthoneplus.info: Terima kasih kembali ya. Oke. Salam kenal ya. :)

    BalasPadam