Khasiat Buah Strawberi untuk Anda

Di Malaysia ni, salah satu tempat untuk mendapatkan buah strawberi segar adalah di Cameron Highlands. Bukan sekadar buah strawberi, malah segala macam jenis cenderahati berbentuk buah strawberi boleh ditemui. Baik rantai kunci, bantal, selipar mahupun belon semuanya ada.


Bagi yang menggemari buah strawberi, anda memang tak rugi. Ianya memang banyak khasiat. Kalau sebelum ini, saya pernah paparkan cara memutihkan gigi dengan buah strawberi; sebenarnya ia lebih daripada itu.



Buah Strawberi



Buah strawberi ni kaya dengan kanduangan fenol seperti antosianin dan elagitanin. Di mana warna merah yang ada padanya kaya dengan antosianin.


Fungsi antosianin ialah sebagai antioksidan. Antara tujuannya adalah;


# Melindungi struktur sel dalam tubuh

# Mengurangkan kerosakan sel yang berpunca daripada radikal bebas*

* - Radikal bebas yang berperanan membentuk pelbagai jenis sel kanser

# Mencegah kerosakan oksidan pada organ tubuh anda



Manakala elagitanin pula dikatakan berupaya mengurangkan jumlah kematian akibat kanser.



Khasiat lain buah strawberi pula ialah;


# Mengurangkan peradangan yang disebabkan oleh asma, osteoarthritis dan rematik

# Mengubati kulit terbakar dengan cara menyapukan buah ini pada anggota tubuh yang terlibat



Malah, akar dan daun buah strawberi turut berkhasiat menyembuhkan penyakit sendi.


Begitulah serba sedikit mengenai khasiat buah strawberi yang sempat saya kongsi dengan anda semua. Jadi, gunakanlah buah ini untuk kebaikan tubuh anda ya.

2 Cara Melebatkan dan Memanjangkan Bulu Mata?

Memiliki sepasang bulu mata yang cantik merupakan satu anugerah. Bukan semua orang dikurniakan bulu mata yang lebat dan panjang, kan? Kekadang, ada yang terpaksa memakai bulu mata palsu untuk tampil lebih menarik.


Gambar hiasan



Namun, jika anda sukakan sesuatu yang asli, lebih baik kalau dapat memanjangkan atau melebatkan bulu mata secara semulajadi, kan?

Di sini, saya akan kongsi 2 petua berkaitan. Harap anda bersedia mencubanya ya.



Cara 1:


1. Ambil beberapa biji kurma kering (tamar).

Gambar hiasan - wikipedia.org


2. Bakar tamar tu sampai hangus.

3. Kemudian, tumbuk ia sampai hancur.

4. Akhir sekali, jadikannya sebagai celak.

[*UPDATE*] Saya sertakan maksud celak menurut Kamus Dewan edisi ke-4 sebagai rujukan anda semua.

celak = habuk hitam (biru) utk mewarnai kening (bulu mata, keliling mata)

Oleh itu, sapukan kurma yang telah dihancurkan itu pada bulu mata anda.

Harap ia dapat memberikan lebih penjelasan kepada anda yang keliru dengan cara di atas. 



Cara 2:


1. Ambil sebiji bawang besar dan bunga tahi ayam.

Bawang Besar


2. Tumbukkan kedua-duanya sekali.

3. Kemudian, ambil airnya dan sapu pada kedua-dua bulu mata anda.



Sekiranya anda dah mencubanya, harap dapat kongsikan hasilnya dengan rakan-rakan lain kat sini ya. ;D

Alternatif Lemah Tenaga Batin 3

Khusus buat para suami yang bermasalah, bolehlah mencuba satu lagi petua mengatasi lemah tenaga batin. Sebelum saya kongsi petuanya, anda sediakanlah bahan-bahan berikut dulu:


- 1 biji kuning telur ayam kampung.

Telur Ayam Kampung


- 5 biji lada hitam.

Lada Hitam


- 2 sudu besar madu lebah.


Cara membuatnya pula:


1. Tumbuk kelima-lima biji lada hitam sampai halus.

2. Campur dan gaulkannya bersama dengan kuning telur dan madu lebah.

3. Kemudian, anda minumlah ramuan di atas setiap pagi sebelum bersarapan.


Jika diizinkan-Nya, aksi anda akan lebih bertenaga ketika melakukan hubungan intim suami isteri.




Selamat Mencuba!

Apa Ubat Telinga Bernanah?

Telinga ni bernanah pulak. Ada tak ubat untuk menyembuhkannya? Bila sakit, tentu anda tercari-cari cara nak sembuhkannya.

Jadi, petua kali ini dikhaskan untuk anda yang telinganya bernanah. Anda boleh mengubatinya dengan menggunakan daun lembiaga. Kalu anda nak tahu nama saintifik lembiaga, jawapannya adalah Calotropis Gigantea.


Cuba anda lihat imej di bawah untuk lebih jelas mengenainya. :)


Pokok Lembiaga - Wikipedia




Berikut adalah proses merawat telinga bernanah menerusi penggunaan daun lembiaga:


1. Ambil sehelai daun lembiaga.

2. Layurkan ia di atas api.

3. Apabila permukaan daun tadi agak basah, perahkan daunnya.

4. Air perahan itu hendaklah dititiskan ke dalam telinga yang bernanah.


Itu saja prosesnya. Selamat Mencuba!

3 Khasiat Pokok Mata Ayam

Pucuk pokok Mata Ayam atau Mata Pelanduk ni sering dijadikan ulam-ulaman. Rasanya agak lemak gitu. Ada yang kata kalau nak lagi sedap, anda boleh cecah dengan sambal belacan. Bagi orang pantai timur, tentu budu yang menjadi pilihan, kan?

Di sebalik keenakannya sebagai ulam, pokok Mata Ayam atau nama saintifiknya Ardisia Crispa turut mempunyai khasiat tertentu. Antaranya boleh hilangkan kelemumur, menyembuhkan demam dan melegakan sakit perut akibat cirit-birit.


Pokok Mata Ayam - Wikipedia




Bagi menghilangkan kelemumur, anda ikuti langkah berikut:


1. Ambil seluruh pokok Mata Ayam termasuk akarnya sekali.

2. Kemudian, tumbuk ia sampai hancur.

3. Seterusnya, campurkannya dengan air bersih.

4. Bilaskan pada kulit kepala dan seluruh rambut anda yang berkelemumur.


Cuba amalkan petua ini beberapa kali sehingga anda bebas daripada kelemumur. :)



Sebaliknya, untuk menyembuhkan demam atau sakit perut;


1. Ambil hanya bahagian akar pokok Mata Ayam ni dalam segenggam.

2. Bersihkannya dan tumbuk akar tadi sampai hancur.

3. Kemudian, campurkannya dengan sedikit air dan kisarkannya hingga lumat.

4. Akhir sekali, tapiskan airnya dalam gelas dan minumnya sekali sehari.


Sekiranya masih belum sembuh atau lega, anda minumlah lagi segelas pada keesokan harinya.


Selamat Mencuba!

Alternatif Jika Lemah Tenaga Batin 2

Terlebih dahulu, saya mohon maaf bebanyak sebab dah lama tak berkongsi petua mengatasi masalah berkaitan lemah tenaga batin. Sepatutnya, saya khaskan segmen ni setiap hari Khamis, kan? Namun, atas sebab tertentu kebelakangan ini, saya pun dah jarang mengemaskini blog ini. Sekali lagi maaf dipinta ya.


Baiklah, tanpa membuang masa anda, berikut adalah petua bagaimana hubungan intim suami isteri anda boleh berlangsung dengan lebih ghairah dan mengasyikkan.


1. Memula sekali, anda perlukan beberapa biji bawang merah dan madu lebah.



Bawang Merah dan Madu Lebah


2. Kemudian, anda kisarkan bawang merah sehingga halus.

3. Tapiskan bawang merah yang telah dikisar tadi untuk mendapatkan airnya.

4. Campurkan sesudu besar madu lebah dengan air bawang.

5. Akhir sekali, kacaukan keduanya agar sebati dan minum sebelum bersama isteri anda.


Jika diizinkan-Nya, hubungan kelamin anda pasti bertambah hebat dan berkualiti. In Sha Allah. Aamiin.


Selamat Mengamalkannya!

Kaedah Semulajadi Halau Serangga Perosak

Kehadiran serangga perosak seperti lalat, lipas, nyamuk atau tikus di kediaman anda memang tidak diundang, betul? Walau dah dihalau berkali-kali, makhluk ini tetap tak serik-serik. Bukannya tak sudi, tapi kedatangan serangga perosak ini membuatkan anda dilabel sebagai seseorang yang kurang mementingkan kebersihan.

Lebih menyedihkan lagi, serangga ini turut membawa penyakit seperti demam denggi dan kencing tikus.

Sebagai langkah pencegahan daripada didatangi penyakit berkaitan, anda boleh cuba menghalau serangga perosak tersebut dengan menggunakan daun nilam. Imej di bawah ni mungkin dapat membantu anda mengenalinya. :)


Daun Nilam - mike3k@flickr.com



Bau daun nilam nilam dikatakan memang tak digemari oleh serangga perosak tersebut. Sebab ia harum mewangi dan secara tak langsung bersifat anti serangga.

Serangga perosak ni mana suka persekitaran yang harum. Ia lebih suka tempat yang kotor dan berbau busuk. Di situ, ia akan lebih cepat untuk membiak.


Kesimpulannya, anda tanamlah pokok nilam ataupun letakkan daunnya pada tempat-tempat yang difikirkan sesuai di kawasan kediaman anda bagi menghalau serta mengelakkan pembiakan makhluk perosak yang berkaitan.


Selamat Mencuba!

2 Cara Keluarkan Duri Dalam Kulit

Anda tahu tak apa yang patut dibuat sekiranya mana-mana anggota badan tertusuk duri? Bila tak tau apa yang patut dibuat, memang panik la gamaknya. Nak main keluarkan aje, rasa macam tak beranilah pulak. Huhu...


Bila berdepan situasi sebegini, mungkin anda patut cuba petua tradisional yang bakal saya kongsikan di bawah ini. Cuma saya harap anda tak berasa was-was. Cubalah dengan penuh yakin ya. :)


1. Petua Pertama


~ Ambil seulas bawang merah.

~ Kemudian, lumurkan bawang tadi dengan minyak kelapa atau minyak masak.

~ Lepas tu, bakar bawang itu sampai hangus.

~ Seterusnya, tampal atau tekapkan bawang yang hangus pada bahagian yang tertusuk duri.

Jika tiada aral, duri itu akan keluar secara perlahan-lahan.


DAN


2. Petua Kedua


~ Ambil getah betik dan sapukannya pada bahagian yang tertusuk duri.

~ Jika tiada aral, keesokan harinya duri tersebut akan keluar sendiri.


Sekian saja petua untuk anda pada kali ini. Selamat Mencuba tau!

Mencegah dan Mengubati Sakit Kepala

Anda diserang sakit kepala ataupun berasa pening kepala mungkin disebabkan oleh faktor tertekan, migrain mahupun darah tinggi. Kebiasaannya jika pening kepala, anda mesti telan panadol (paracetamol), kan?

Tapi saya pernah terbaca(tak ingat pula di mana sumbernya) bahawa amalan memakan panadol tidak digalakkan. Ia dikatakan boleh memberikan kesan buruk dalam jangkamasa panjang. Ini kerana terdapat satu bahan yang akan kekal dalam tubuh anda kira-kira selama 5 tahun.

p.s: Saya harap jika anda yang mengetahui fakta sebenar dan terperinci mengenai hal ini, dapat berkongsi di ruangan komen@ulasan ya. Harap maklum.


Justeru itu, saya ingin berkongsi satu alternatif tradisional bagi mencegah dan menghilangkan sakit kepala. Paling tidak pun, ia akan mengurangkan rasa pening kepala itu sendiri.


Bahan yang anda perlukan ialah daun sambung nyawa. Ataupun jika ada, anda boleh gunakan bahagian pucuknya. Kesannya lebih baik terutamanya untuk pesakit migrain. Sambung nyawa ni juga dikenali sebagai Gynura Procumbens. Anda boleh rujuk gambar di bawah;


Daun Sambung Nyawa - besitai@flickr



Anda cuma perlu memakan 1 atau 2 helai daun sambung nyawa ni setiap hari. Boleh jadikan ia ulam ataupun dimakan begitu saja.

Selain pening kepala, amalan memakan daun ini boleh mengurangkan tekanan darah. Kiranya anda boleh jadikannya sebagai penawar darah tinggi juga. Secara tak langsung, ia bertindak mengatasi komplikasi sakit kepala itu sendiri.

Begitu juga halnya jika anda diserang migrain, amalan memakan bahagian pucuk sambung nyawa ni adalah lebih baik. Boleh diamalkan setiap hari. InsyaAllah anda akan merasai kesan positifnya.


Kesimpulannya, daun dan pucuk sambung nyawa ni bukan sekadar ubat untuk melegakan pening kepala, malah ia turut berfungsi mengubati komplikasi yang menyebabkan pening kepala itu sendiri seperti darah tinggi dan migrain.


Selamat Mencuba!