Senarai Makanan Anti Kolesterol 2

Seperti yang dijanjikan, saya mahu berkongsi beberapa jenis makanan anti kolesterol sebelum tibanya 1 Syawal. Justeru itu, berikut adalah sebahagian jenis makanan yang tak sempat saya sertakan hari tu.



F. Kacang Tanah


Kacang tanah yang masih berkulit dan kemudiannya dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E.


Kacang Tanah


Seterusnya, ia mampu menghalang radikal bebas supaya tak merosakkan kolesterol baik . Malah, ia membantu anda mengelakkan diri daripada terkena serangan jantung.



G. Kismis


Ia mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol.

Buktinya, jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia dikatakan boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%. Woww, banyak tu!



H. Kuaci


Selain mengurangkan kolesterol, anda boleh ambil kuaci tawar sama ada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi.

Kaitannya di sini adalah pola pemakanan yang rendah zat besi akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol lemak baik.

Jadi, saya harap anda dah nampaklah akan kebaikan kuaci ni. :)



I. Buah Mangga


Kandungan vitamin C yang dimiliki buah mangga berperanan mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.



J. Oat


Oat juga berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larutnya boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.



Sekian dan selamat mengamalkan diet yang sihat!

6 ulasan:

  1. ini yang penting bagi saya yang suka mengunyah.pasni tak risau lagi..

    BalasPadam
  2. Assalam.sya berumur 47 tahun.baru2 ini sya amat terkejut kolestrol LDL sya bacaan 7.5. Berat badan sya 55kg.
    Sya harap diruangan ini dapat membantu sya utk menyelesaikan masalah sya.kini sya disaran oleh doktor mengambil ubat Crestor Rosuvastatin 10mg.

    BalasPadam
  3. Thanks for da info. keep ur gud jobs

    BalasPadam
  4. @ Tanpa Nama:

    - Waalaikumussalam. Cuba tuan/puan amalkan pengambilan makanan anti kolestrol sbg salah satu langkah mengatasi masalah yg dihadapi.

    - You're welcome. :)

    BalasPadam