Cara Mengurangkan Kolesterol dengan Halia?

Saluran darah yang sempit akibat pemendakan kolesterol merupakan salah satu punca sakit jantung. Begini ceritanya, kolesterol akan mengakibatkan lemak terkumpul pada pembuluh darah anda. Apabila pembuluh darah anda sempit, ia pastinya menganggu pengaliran darah. Gangguan terhadap pengaliran darah inilah yang menjadi salah satu punca sakit jantung.

Jadi, anda tentu dah tahu serba sikit akan kepentingan mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam darah ni, kan? Seterusnya, kita beralih pula kepada kaedah yang boleh anda buat bagi mencapai tujuan tersebut.


1. Ambil beberapa ulas ubi halia.


Halia - eforum1.cari.com.my



2. Rebuskan semua halia tadi hingga pekat. Atau dalam anggaran sampai pati rebusan halia tadi tinggal kira-kira dalam secawan dua.

Ini kerana anda memerlukan pati halia di sini. :)

3. Kemudian, anda ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tadi. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati ya.


Anda minumlah ramuan di atas sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian. Mudah-mudahan kandungan kolesterol dalam darah anda dapat dikawal serta dikurangkan. :)


p.s: Oh, ya! Ramuan ni juga boleh digunakan untuk melegakan batuk serta membuang angin dalam badan. Cuba tau.


Selamat Mencuba!

24 ulasan:

  1. Thanks for the tips, will give it a try :)

    BalasPadam
  2. @ Thristhan: You're welcome. Please. :)

    @ Tanpa Nama: Sesama. ;)

    BalasPadam
  3. trima kasih banyak

    BalasPadam
  4. mesti dgn gula batu ke??gula biasa boleh x??

    BalasPadam
  5. x tau bubuh nama apeJanuari 04, 2011 1:05 PTG

    minum gitu xleh ke?

    BalasPadam
  6. saya akan cuba sbb kolesterol saya tinggi gak

    BalasPadam
  7. @ Tanpa Nama: Jika diikutkan petuanya, begitulah. :)

    @ x tau bubuh nama ape: Maksudnya? Maaf kurang jelas.

    @ yanyantie: Silakan. Mudah-mudahan ia boleh menurunkan kolestrol saudari. :)

    BalasPadam
  8. ASLKM TUAN RUMAH. GULA BATU MACAM MANA BENTUKNYA?

    BalasPadam
  9. @ Blog Tuan Hamba: Waalaikumussalam. Cuba tuan hamba rujuk pada artikel Tips Menjaga Suara Anda.

    Harap membantu.

    BalasPadam
  10. saya akan mencuba petua minum air halia kerana saya sering mengalami kembung perut dan ingin mengurangkan kolesterol.

    BalasPadam
  11. @ Tanpa Nama: Silakan. Mudah-mudahan ia mujarab utk awak.

    BalasPadam
  12. tak rebus pun tak apa, hiris halia tu nipis2 dan rendam dalam gelas, buat macam teh dan campurkan madu sesudu dua, minum setiap pagi, insyallah kolesterol akan turun...saya dah cuba dan memang berkesan!

    BalasPadam
  13. @ Tanpa Nama: Terima kasih atas penerangan lanjut yg dikongsikan. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kpd kita semua.

    BalasPadam
  14. terima kasih sebab saya amat memerlukannya petua ini sekarang....jasamu amat kukenang
    sama2lah kita jaga kesihatan untuk kebahagiaan hidup

    BalasPadam
  15. @ Tanpa Nama: Sama-sama. Saya tumpang gembira jika kesihatan awak bertambah baik.

    BalasPadam
  16. Saya akan cuba sekadar untuk mengurangkan kolestrol dalam badan

    BalasPadam
  17. @ Tanpa Nama: Baiklah. Silakan.

    Saya doakan awak berjaya kurangkan kolesterol dlm badan ya.

    BalasPadam
  18. mifdhal thaqif
    t.ksh d'atas petua2 kalian.. nk try
    insyaallah smga bjaya...tq

    BalasPadam
  19. @ mifdhal thaqif: Sama-sama. Silakan mencuba dan saya doakan moga berjaya. Amin.

    BalasPadam
  20. Terima kasih banyak di atas petua di atas...semoga penyedia blog ini akan terus dirahmati dan sihat hendaknya dengan izain Allah ...amin

    BalasPadam
  21. @ Tanpa Nama: Sama-sama dan terima kasih di atas doa anda. Aamiin.

    BalasPadam