10 Tips Ringkas Kuruskan Badan

Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

gambar tips kuruskan badan
Gambar hiasan


Salah satu kebaikannya dapat anda lihat melalui kulit. Kulit akan kekal sihat dan tetap tegang sama seperti sebelumnya.


Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor plak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tip kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal.


Selamat Mencuba!


p.s: Anda masih tak puas hati dengan cara menguruskan atau menurunkan berat badan di atas tadi?

p.p.s: Apakan daya, itulah saja yang termampu saya kongsikan di ruangan ini. Jika anda serius nak kuruskan badan, saya syorkan anda ikuti panduan kuruskan badan tanpa sebarang ubat-ubatan ni betul-betul yea.

Kulit Telur Untuk Kecantikan Muka?

Pernahkah anda menggunakan kulit telur untuk tujuan kecantikan kulit muka? Setahu saya, kulit telur ni digunakan untuk tujuan kraftangan dan meneutralkan minyak masak (hasil R&D saintis UniMAP).

gambar kulit telur

Gambar hiasan kulit telur



Baiklah, kalau anda belum pernah cuba petua ni, saya akan tunjukkan cara-caranya. Selain kulit telur, anda perlulah sediakan juga bahan sampingan lain iaitu bedak sejuk dan air suam.


1. Memula sekali, anda bersihkanlah dulu kulit telur tadi.

2. Kemudian, kisar kulit telur tu sehingga halus seperti debu. Kalau anda lebih suka nak tumbuk pun boleh gak.


kulit telur yang telah ditumbuk

Contoh kulit telur yang telah ditumbuk



3. Seterusnya, anda campurkan dan kacau debu tersebut dengan bedak sejuk dan air suam hingga sebati.

4. Sapukanlah campuran tersebut ke muka anda. Tapi, pastikan muka anda dah dibersihkan terlebih dulu, ok.

5. Sambil anda menyapu bedak sejuk tu, urutlah sekali kulit muka anda secara lembut dan perlahan-lahan.


Begitulah 5 langkah yang boleh anda lakukan untuk mencantikkan kulit muka dengan kulit telur. Lepas ini, anda bolehlah memanfaatkan kulit telur daripada terbuang begitu saja, kan?


Selamat Mencuba!

Bagaimanakah Caranya Mencegah Penyakit Batu Karang?

Batu karang ialah sejenis penyakit yang selalunya berpunca daripada kekurangan kadar sitrat di dalam tubuh badan anda. Ringkasnya, terdapat dua jenis penyakit batu karang yang biasa dihidapi. Pertamanya, batu karang kalsium oksalat dan keduanya batu karang asid urik.

Selain daripada dua yang biasa tu, anda juga mungkin pernah dengan akan batu karang kalsium fosfat.

Walau apapun jenis batu karang itu, persoalannya sekarang adalah bagaimanakah cara nak mencegah ataupun mengurangkan risiko batu karang ni?


Umumnya, anda disarankan agar banyakkan meminum air kosong terutamanya ketika waktu malam. Tak lupa juga, sila kurangkan pengambilan makanan laut, daging merah dan segala jenis makanan yang mengandungi asid urik, kalsium dan vitamin D.


Tapi ada satu lagi penemuan yang mendapati pengambilan jus lemon mampu mencegah penyakit batu karang. Ini kerana, meminum jus lemon dapat menggantikan potassium sitrat yang biasanya diberikan oleh doktor.


gambar hiasan jus lemon

Gambar hiasan jus lemon




Lemon dikatakan mengandungi kadar sitrat yang tinggi serta mampu mencegah pembentukan kristal. Pembentukan kristal ni pula terjadi disebabkan oleh pengikatan kalsium di dalam air kencing yang kemudiannya membentuk batu karang.

Tambahan pula, lemon mengandungi lima kali ganda sitrat berbanding oren. Jadi, dengan hanya setengah cawan jus lemon saja dah boleh menyamai kandungan sitrat yang selalu diberikan oleh doktor kepada pesakitnya.


Sebagai kesimpulan, jika anda merupakan pesakit batu karang, amalkanlah meminum lapan gelas jus lemon sehari. Selepas enam hari, kadar sitrat anda akan kembali ke paras normal.


Punca batu karang = kekurangan sitrat

Langkah pencegahan = minum 8 gelas jus lemon sehari


Selamat Mencuba!

Kulit Lebih Lembut, Parut Jerawat Pun Hilang

Setelah beberapa hari tak berkongsi "sesuatu" dengan anda, saya sambung kembali dengan siri petua berkaitan penjagaan kulit muka. Iaitu khusus untuk melembutkan kulit muka serta menghilangkan parut jerawat anda.


Bahan-bahan yang perlu anda sediakan dulu ialah buah jambu batu, sedikit kemenyan, sedikit air dan juga piring pasu.

Gambar jambu batu - Wikipedia.Org



Cara melakukannya pula seperti berikut:


1. Anda asahlah dulu jambu batu dan kemenyan tadi kat dalam piring pasu.


Contoh gambar kemenyan - DKImages.com


2. Campurkan bahan-bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan air asahan itu pekat tau. Supaya ia senang melekat kat muka anda nanti.

3. Apabila campuran itu dah sebati, sapukanlah ke seluruh kawasan muka anda.

4. Biarkannya selama 30 minit.

5. Kemudian, cucilah muka anda dengan air bersih.


Amalkan setiap hari petua ni. Jika diizinkan-Nya, kulit muka anda bukan saja lebih lembut malah parut jerawat pun boleh hilang.


Selamat Mencuba!

Cara Menghaluskan Kulit Muka Anda

Kulit muka yang bersih dan halus tentunya menjadi idaman anda semua. Begitu juga dengan masalah tompok hitam di muka. Pasti anda seboleh-boleh nak mengelakkannya daripada berlaku, kan?

Baiklah, di sini ada satu petua yang berfungsi untuk kedua-dua tujuan di atas. Iaitu menghaluskan kulit dan mengelakkan masalah tompok hitam pada wajah. Anda cuma sediakan sesudu susu pekat manis, sedikit air panas dan kapas.


Cara melakukannya;


1. Ambil satu sudu besar susu pekat manis.

gambar susu pekat manis

Gambar susu pekat manis ini diambil dari David Chin-Flickr



2. Campurkan susu tersebut dengan sedikit air panas.

3. Kacau campuran tu sehingga ia cair.

4. Kemudian, ambil kapas dan gunakannya untuk meratakan campuran susu dan air tadi ke seluruh muka anda.

gambar kapas muka

Gambar hiasan kapas muka



5. Biarkan ia kering selama beberapa minit.

6. Akhir sekali, bilaslah wajah anda dengan air bersih.

Amalkanlah 2 atau 3 kali seminggu agar hasrat anda untuk memiliki kulit muka yang cantik serta mengelakkan masalah tompok hitam tercapai.


Selamat Mencuba!


p.s: Beberapa petua lain untuk memelihara dan penjagaan kulit muka anda akan menyusul kemudian. Nantikannya yer. :)

Ubat Menghilangkan Jerawat

Masalah jerawat di bahagian muka agak sukar dibendung. Sekiranya kulit muka anda sensitif, maka penjagaan rutin yang lebih teliti perlu dilakukan. Beberapa cara untuk mengatasi jerawat ini pernah saya bincangkan di sini.

Namun, saya faham yang masalah ini tak pernah berakhir kerana setiap hari ada saja di antara kita yang mengalaminya. Walaupun dah pernah cuba pelbagai macam ubat jerawat, kan? Untuk itu, di akhir nanti saya akan berikan semula link berkaitan supaya mudah anda rujuk kembali.

Sementara itu, saya akan terangkan satu lagi cara menghilangkan jerawat di muka anda. Kali ini, anda perlukan sebungkus daun teh dan juga satu bekas berisi air panas yang sedang mendidih.



Gambar daun teh ini diedit dari laman Wikipedia



Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:


1. Masukkan sebungkus daun teh yang masih hijau ke dalam sebuah bekas berisi air panas yang sedang mendidih.

2. Kemudian, wapkan air teh tadi ke muka anda. Atau lebih tepat, wapkan air teh tersebut selama beberapa ketika ke kawasan yang berjerawat di muka anda.

3. Lakukan cara ini selalu sehinggalah jerawat di muka anda tu hilang.



Selamat Mencuba!


P.S: Seperti yang dijanjikan, berikut adalah link berkaitan petua lain untuk mengatasi jerawat anda - Klik di SINI dan anda pilih tajuk artikel yang dikehendaki.

6 Fakta Menarik Tentang Khasiat Mandi

Selama ini, saya ingatkan mandi hanyalah sekadar satu rutin harian biasa untuk membersihkan atau menyucikan diri dari kotoran. Kalau tak mandi, dah tentulah badan ni rasa tak selesa serta berbau bacin, kan? Rupa-rupanya, ada banyak lagi khasiat mandi ni. Malah ada beberapa kajian dibuat dan mendapati bahawa mandi membawa pengaruh besar terhadap aspek kesihatan anda.


gambar budak perempuan mandi

Sekadar gambar hiasan




Mari kita ketahui fakta tentang kelebihan mandi yang kurang diketahui umum;

1. Ia boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan (stress) serta membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.


2. Dengan merendamkan kaki anda ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu anda menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang menganggu kesihatan diri.

Antaranya seperti sakit kepala, selesema, hidung berdarah, sembelit dan imsonia.

3. Mandi air panas pada suhu sekitar 32 - 35 darjah Celsius pula akan membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot anda.


4. Menurut kajian para saintis dari Jepun pula, dengan berendam di dalam air panas selama 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung anda terutamanya golongan LELAKI.

5. Manakala satu kajian yang dilakukan oleh New England Journal of Medicine mendapati dengan berendam selama 30 minit dalam air suam amat baik untuk penghidap DIABETES.

Ini kerana, cara di atas dapat menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 13%.


6. Sementara itu, mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan.

Caranya ialah dengan menambahkan sedikit "sodium bicarbonate" ke dalam air mandian yang sejuk tadi. Ia akan bertindak sebagai antiseptik seterusnya mampu mengatasi masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan ruam.


Begitulah 6 fakta tentang kebaikan mandi untuk kesihatan anda. Jadi, rajin-rajinlah mandi lepas ni. Ahhah, tapi janganlah terlalu kerap pulak. Secara puratanya, cukuplah sekadar mandi 2 atau 3 kali sehari. :)