Petua Awet Madu Asli

Madu asli ni dah diketahui umum memang mengandungi pelbagai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai penyakit. Cuma bau madu asli ni, sesetengahnya agak tengik. Terutamanya yang baru diambil dari sarangnya. Ditambah lagi kalau ia dah disimpan berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun lamanya, kan?

Tapi usah bimbang. Khasiatnya tetap sama. Ahha..... Madu asli memang tiada tarikh luput. :)




Tapi anda tak perlulah khuatir sangat. Ada satu petua untuk mengatasi masalah madu yang berbau tengik ni. Agar madu tu awet dan segar, sila ikut langkah-langkah berikut yer.


1. Pertama skali, tuangkan madu tersebut kat dalam periuk. Saiz periuk tu agak-agak bersesuaian dengan kuantiti madu yang anda ada.

2. Panaskan madu tersebut sampailah mendidih.

3. Kemudian, dinginkan madu tadi.

4. Lepas tu, simpan madu tersebut dalam botol dan tutup rapat-rapat.

5. Simpan kat tempat yang dingin dan elakkan daripada terkena cahaya matahari.




Jika tiada aral melintang, madu ini akan tahan berbulan-bulan lamanya dan baunya pun tak tengik lagi. :)


Kepada anda yang amalkan makan madu, cubalah petua ini ya!


Sumber gambar: malay.cri.cn

3 ulasan:

  1. Salam...
    Terima kasih untuk petua ini. Rasanya mudah untuk dilakukan.
    Jumpa lagi.

    BalasPadam
  2. @ lunaticg:

    w'salam. sama-sama.

    kalau ada madu kat rumah tu, bolehlah ikut petua ni. :)

    BalasPadam
  3. salam.adakah Madu mempunyai tempoh
    hayat tertentu didalam mengekalkan khasiat didalam madu tersebut?

    BalasPadam