Petua Mencegah Resdung

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Mencegah lebih baik daripada merawat. Lebih kurang macam itulah kata-kata yang selalu saya dengar. Untuk itu, saya nak kongsi petua mencegah resdung.

Mula-mula, ada baiknya anda mengetahui dulu apa itu resdung??

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


Apa dia punca resdung ni??

Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.

Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan.

Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu...

Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.

Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. :)


Baiklah, saya teruskan dengan petua mencegah resdung;


1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.


2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.


3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.


4. Kalau anda nak mengemas rumas, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer. :)


5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.


6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.


7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu. :)

Ok, sekarang anda dah tahu apa itu resdung dan puncanya, kan? Kalau anda ada ahli keluarga anda atau kenalan yang mengalami masalah resdung ni, bolehlah anda share dengan diorang petua ni. :)


Selamat Mencuba!

25 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Terima kasih sangat berkongsi tentang penyakit resdung ni. Insya Allah nak cuba petua yang diberikan ini.

    BalasPadam
  2. @ Motivasi Kerja : Waalaikumussalam wbt. Sama-sama. Silalah cuba. Saya doakan agar percubaan awak tu nanti membuahkan hasil.

    BalasPadam
  3. Salam,
    Bagus juga petua-petua ni semua.
    Kat sini nak gitau, rokok resdung sekarang dah ada orang jual.
    Bukan senang nak dapat tau sebab xda org yang betul2 serius nak jual.

    Sekarang dah ada. Murah pun murah, besar pun besar!

    hah, masuk lah laman ni http://ersante.com/rokok-resdung

    BalasPadam
  4. salam..orang kata resdung pun boleh menyebabkan jerawat yg teruk..so,ada tak apa2 tips yg boleh dikongsi utk hilangkan jerawat yg disebabkan oleh resdung..??sebab jerawat dah makin teruk ni,malu nak keluar rumah.. :(

    BalasPadam
  5. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam. Saya cadangkan awak ubati masalah resdung dulu. Boleh cuba petua yang ada di artikel bertajuk Penawar Mengubati Resdung

    Harap ia dpt membantu awak ya. :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum, Oktant.
    Rajin menjawab komen para pelawat nmpk?...(bagus le...) Saya cuma nak selitkan sedikit info. Harap2 dpt le membantu para pesakit sebaik mungkin. Bagi mereka yg susah hati dgn resdung ni, boleh le cuba dapatkan jln penyelesaian di:

    Petua Mencegah dan Menghilangkan Resdung

    Semoga sukses! Tq.

    BalasPadam
  7. terseksa rasanyer kene resdung ni...
    bersin tak sudah, kene kawal permakanan...emmm resdung ni boleh hilang terus ker....

    BalasPadam
  8. adakah dgn brsenam(mgeluarkan peluh) dpt mncegah resdong dan megurangkan resdong??????




    FROM: miEZ

    BalasPadam
  9. apa rawatan yang tradisional la....Yg kita sndri boleh buat?

    BalasPadam
  10. @ Tanpa Nama:

    InsyaAllah boleh pulih sepenuhnya. Kalau nak cuba produk resdung dr HPA, boleh gunakan teh herba (hydrocotyle asiatica) dan coscinium plus.

    Untuk menikmati harga yg lebih jimat, awak boleh daftar dan jadi ahli di HPA Online.

    Yurannya ialah RM30. Lepas dlm beberapa minggu, kad ahli akan dihantar ke rumah.

    Mengenai pertanyaan bersenam dpt mencegah/mengurangkn resdung, sy kurang pasti. Harap maaf ye.

    Kaedah lain yang boleh awak bertiga cuba bagi mengatasi resdung boleh dirujuk pada artikel - "Penawar Mengubati Resdung".

    Harap membantu.



    p.s: InsyaAllah saya akan tambah petua tradisional berkaitan resdung ni. :)

    BalasPadam
  11. nasib baek ada blog nie...resdung sye brtmbh baeklaa agknye nnti..insyaAllah

    BalasPadam
  12. terima kasih ya..saya akan ikut petua ini..hrap2 dpat sembuh..amin

    BalasPadam
  13. @ Tanpa Nama:

    - Mudah-mudahan ia bertambah baik & seterusnya sembuh sepenuhnya. Amin.

    - Sesama. Silakan. Mudah-mudahan ia juga sembuh sepenuhnya. Amin.

    BalasPadam
  14. salam.....sy da ad penyakit rsdung pon...kalau nk dkgsikan dgn pnyakit ni..truk jgak la skitnya..he2..pnyakit ni dtg ikut time2..mmg bersin je kje,smpai skt hdung ni,hehe,n ia akn mrebak kt mata,smpai merah,n kdg2 mata jd gtal..n lastly..i jmpa doktor..DR ckp law resdung smpaikn ad rasa skit tekak..blh membwa pd pnyakt asma plak..ni memeng da skt tkak..tp xasma la..oktant:ad petua tradisional x??tq

    BalasPadam
  15. @ Tanpa Nama: Waalaikumussalam.

    Petua tradisional utk sakit tekak ke?


    p.s: Maaf bertanya semula sbb sy kurang jelas.

    BalasPadam
  16. amalkan mkn gula gula Halls..sgt effective

    BalasPadam
  17. @ Tanpa Nama: Terima kasih atas petua yg dikongsikan.

    BalasPadam
  18. macam mane nk hilangkan resdung???

    BalasPadam
  19. @ Tanpa Nama: Cuba petua yang saya kongsikan di Penawar Mujarab Mengubati Resdung.

    Harap ia membantu awak menghilangkan resdung.

    BalasPadam
  20. resdung bisa mengkibat kan ke bandulan tak?

    BalasPadam
  21. salam ..saya yana, saya pun ada masalah resdung dimuka saya ..sya alami benda ni sejaktahun lepas..sehingga kini sya masih tercari2 produk yg sesuai kat muka saya ni..jerawat dimuka saya ni x pandai2 hilang..

    BalasPadam
  22. @ Tanpa Nama:

    - Saya kurang jelas akan maksud kebandulan. Maaf ya.

    - Waalaikumussalam wbt yana.

    Sebenarnya masalah jerawat dan resdung itu adalah dua masalah yang berbeza.

    Saya harap yana cuba dulu petua-petua yang pernah dikongsikan dalam blog ini. Selain itu, luangkan masa untuk membaca komen rakan-rakan lain.

    Sebab ada di antara komen mereka yang boleh dijadikan panduan.

    Moga ia membantu yana ya.

    BalasPadam
  23. salam..sudah lebih 1tahun saya menghidap pnyakit resdung.nafas berbau busuk.malu utk brbual dgn ssiapa.bermacam jenis ubat di makan tp tidak hilang juga.apa yg perlu di lakukan?brjumpa dktor atau berubat tradisional?

    BalasPadam
  24. resdung kalau tidak di bendung mungkin akan jadi kanser hidung..
    http://www.chatchantek.blogspot.com/

    BalasPadam