Petua Keluarkan Semut Dalam Telinga

Pernah tak mengalami masalah serangga masuk kat dalam telinga? Kekadang serangga kecil seperti semut ni main masuk jer kat dalam telinga tanpa disedari. Nak tak nak, anda kenalah keluarkan semut tu. :)


Tapi camner nak buat erk???


Katakan telinga kiri anda yang dimasuki semut. Ada beberapa langkah yang perlu anda buat untuk keluarkan semut dalam telinga tu iaitu;


1. Tutup lubang telinga kanan dengan jari kanan, pekap hidung dengan tangan kiri dan tutup mulut anda.

Boleh bayangkan tak?

2. Semasa anda menutup 3 pancaindera di atas (telinga, hidung & mulut), tarik dan tahan nafas sepanjang yang boleh.

3. Ulangi langkah 1 & 2 beberapa kali sehingga anda berjaya keluarkan serangga tersebut.

4. Melalui teknik nie, serangga seperti semut akan tertolak keluar disebabkan oleh desakan angin pernafasan melalui lubang telinga tersebut.


Lepas nie, kalau ader sesiapa yang mengalami masalah serupa, bolehlah cuba petua di atas yer. : )

Selamat Mencuba!

14 ulasan:

  1. bodohnya nih sara, macam mn pula

    BalasPadam
  2. petua keluarkan air dlm telinga mcm mana?

    BalasPadam
  3. pernah kne mcm toh . semot msk dlm telinge . abes melalak-lalak ta tntu pasal . haha . sgt seksa

    BalasPadam
  4. korang pegi jela klinik pakar..Klinik Otorinolaringologi (ORL) @ nm lama ENT (Ear,Nose,Throat).. kt situ klau ada kes kcemasan mcmni,diorang akan ambik trus..

    BalasPadam
  5. kalo semut masuk dalam mulut plak mcm mane?

    BalasPadam
  6. Telinga baru lepas masuk semut.. Trus google n jmpa petua ni.. Thankz a lot. Berjaya.sakit macam tulang telinga patah je..

    BalasPadam
  7. @ Tanpa Nama: Alhamdulillah... sama-sama. Terima kasih gak atas maklumbalas awak. ;)

    BalasPadam
  8. petua untuk anda kalau air masuk dalam telinga kanan...anda hanya perlu masukan air sekali lagi dalam telinga kanan yg di masuki air tadi.Kemudian gelengkan kepala sekuat -kuat nya mengikut arah telinga kana yang di masuki air itu.Begitulah sebaliknya....perkara spt ini selalu terjadi keatas diri saya sendiri Alhamdullilah berjaya .....
    selamat mencuba.

    BalasPadam
  9. @ Tanpa Nama: Terima kasih banyak atas petua yg dikongsikan. :)

    BalasPadam
  10. Kenapa la k0men2 tanpa nama tu..
    Btw, tq kasi tips ini.

    BalasPadam
  11. @ sha my heart: Sama-sama sha. :)

    Saya sekadar berkongsi. Mudah-mudahan ia membantu rakan-rakan jika mereka mengalami masalah ni.

    BalasPadam
  12. Salam, Telinga saya ni, Bila sy tutop mulut , hembus nafas tutop idung , angin tak keluar kt telinga . mcm tsekat . dah lame dah mcm ni , ape masalahnya ek.. :(

    BalasPadam
  13. Mcm mana nk buat pulak utk anak kecil.

    BalasPadam
  14. @ Tanpa Nama:

    - Maaf ya. Saya kurang pasti dengan masalah yg awak hadapi. Tapi saya harap awak dpt menemui jalan penyelesaiannya secepat mungkin.

    - Buat masa ini, belum ada petua utk anak kecil. Mohon jutaan kemaafaan ya.

    BalasPadam