Petua Mengubati Sakit Gigi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Gigi anda sakit? Terdapat pelbagai sebab yang boleh dikaitkan dengan sakit gigi ni. Salah satu daripadanya sebab gusi tu bengkak.

Macamner boleh bengkak? Mungkin kerana anda lambat mendapatkan rawatan ketika gigi berlubang ataupun berbau busuk.

Apabila gusi anda tu bengkak, ia mungkin mengandungi nanah. Kesannya, susahlah anda nak makan nanti. Sebab rasa sakit yang amat dan berdenyut-denyut dibuatnya.

Salah satu petua mengubati sakit gigi yang disebabkan oleh gusi bengkak adalah menggunakan umbut nanas.


Buah Nanas (www.mdsubis.sarawak.gov.my)




Macamner caranya tu?


Mari saya tunjukkan langkah-langkah mengubati gusi bengkak anda tu;


1. Ambil umbut nanas dan hancurkannya.

2. Campurkan umbut nanas tadi dengan sedikit garam halus.

3. Tampalkannya kat pipi anda yang ada kesan bengkak tu.

4. Biarkannya sampai kering.

5. Amalkan petua ni sampai bengkak kat gusi anda tu sembuh yer. :)


Selamat Mencuba!

23 ulasan:

  1. skit nyaa gigi syaa!!! ada ptua lain x ?? addoooiii !!!!!!!!!!!!!11

    BalasPadam
  2. sakit gigi sungguh hebat serangannya, hanya org yg pernah kena boleh faham apa dia sakit gigi. Gigi yg dah terkeluar dari barisan/condong, tak boleh berubat lagi kena cabut.
    Jika gigi yg sakit tu masih dalam barisan dia-boleh coba cara saya ni.-Letak terusi sebesar biji jagong atas sudu kemudian panaskan ke api sampai terusi berubah jadi putih, pas tu biar sejuk picit jadi debu dan sumbat/letak kat gigi yg sakit tu, sebelum tu bersihkan/berus dulu gigi tu supaya mudah terusi tu kena/kontek kat situ. Anda harus menahan dari banyak meludah kerana air lior entah dari mana datangnya banyak sangat keluar sebaik-baik kena tampal terusi. Seketika sakit gigi hilang lenyap sungguh ajaib dengan izin Allah/if God will

    BalasPadam
  3. @ Tanpa Nama:

    - Cuba awak lihat senarai kat SINI

    - Terima kasih atas perkongsian tuan.

    BalasPadam
  4. umbut nanas tu ape ek? part mana?

    BalasPadam
  5. macam mana rupa umbut nenas tu???
    leh bgtau x??gusi sakit nih...

    BalasPadam
  6. GIGI GERAHAM YG TRLETAK DI HUJONG NI DAH BERLUBANG DAN SAKIT..ADOII..MKNPUN X SELERA..TDO PON X NYENYAK...........

    BalasPadam
  7. kalau sakit gigi cepat2 cari jumpa doktor gigi.
    time sakit gigi dah lupa segala petua daa.

    BalasPadam
  8. kalu sakit gigi,p ja famasi..ambik ubat tahan sakit yg kuat punya..mst sembuh nya..jgn jmpa dokyor gigi sbb doktor gigi hanya akan bg ubat tahan skit yg biasa punya..mna nk sembuh..

    BalasPadam
  9. @ Tanpa Nama: Terima kasih atas saranan awak. :)

    BalasPadam
  10. salam . hay . bgus petua niy . tp saia slalu mkn ubat tahan sakit je . mkn yg 500mg punye 2 bijik bru jalan . :D tak hilang sume sakit nye tp ok lha cume kebas-kebas je rse nye . hee~ kdg bile ta hilang sakit nye saia kumur dgn air garam . ok lha buat mati kuman . :) now gusi bengkak . gg bungsu punye pasal . adey . .

    BalasPadam
  11. Gigi sakit yang amat. Makan ubat tak jalan, letak bunga cengkih pun tak jlan, gosok gigi gune garam pun same je. Seksa betul :'(

    BalasPadam
  12. @ salwaismail: Cengkih tu perlu diletak & digigit sikit.
    Kalau letak sekali tak jalan, tukarkan dgn cengkih baru.
    Ulangi proses ini beberapa kali.

    Insya-Allah sakit gigi Salwa akan berkurangan. :)

    BalasPadam
  13. Gigi aku ni terlampau sakit x terperi..rasa nk pengsn pn ada..

    BalasPadam
  14. @ Tanpa Nama: Gigi bahagian mana tu?

    BalasPadam
  15. sy skg sdg sakit gg ni...xx thn sngt owwwww....i pasti akan cuba petua terusi tu.thanksss

    BalasPadam
  16. @ Tanpa Nama: Sama-sama. Saya doakan awak lekas sembuh ya.

    BalasPadam
  17. saya tengah sakit gigi.ada petua lain tak...doakan saya cepat sembuh

    BalasPadam
  18. @ Tanpa Nama: Cuba awak letakkan cengkih pada gigi yang sakit dan gigit cengkih tersebut.

    Ulangi petua ini beberapa kali hingga sakit gigi awak berkurangan.

    Moga sakit gigi awak lekas sembuh. Amin.

    BalasPadam
  19. saya nak tanya,camana nk merawat gigi geraham....sebenarnya geraham saya bhg atasnya masih elok cuma bhg yang paling rapat dgn gusi semuanya terhakis.tinggal terasnya sahaja.jd ngilunya di situ.dah seminggu asyik berdenyut,ngilu tak menentu.tak kira ketika minum panas atau sejuk.tolonglah petua kan saya apa yang patut...terima kasih.

    BalasPadam
  20. hai nk ngorat bole?

    BalasPadam
  21. sakitnye tuhan je yg tahu

    BalasPadam
  22. @ Tanpa Nama: Iya. Betul tu.

    BalasPadam
  23. Duii..sktnya nya ggi graham..cm ner ni?gusi pn dh bngkak..

    BalasPadam