Petua Tradisional Mencegah Kanser

Posted by Unknown at Jumaat, Mac 02, 2012
Sedar atau tidak, kita sebenarnya terdedah kepada risiko penyakit kanser (barah) setiap hari. Walau kita sehabis baik amalkan gaya hidup sihat, tapi adakah orang di sekeliling pun sama? Saya tak rasa begitu.

Begini, contoh yang paling senang ialah perokok. Saya yakin kebanyakan rakan-rakan kita merokok, kaaannnn? Jadi, secara tak langsung kita pasti hidu asap rokok tiap-tiap hari. Akibatnya, kita pun kena tempiasnya. Iaitu berisiko dapat kanser tekak dan paru-paru. Huhuhu...

Tapi, kita sebenarnya boleh mencegah atau mengelak daripada dijangkiti kanser. Saya ingatkan sekali lagi, mencegah kanser. Bukan mengubat, merawat, menyembuh mahupun penawar kanser tau.

Ini kerana, kanser di peringkat awal masih boleh dikawal. Peluang untuk sembuh pun ada. Sebaliknya kalau dah teruk, ia boleh menyebabkan kematian. Moga kita semua peka dengan perkara ini ya.


Baiklah, cara tradisional untuk mencegah kanser ialah dengan memakan daun Pokok Tujuh Bilah setiap hari. Rupa pokoknya seperti di bawah ini.


Pokok Jarum Tujuh Bilah - Wikipedia


Cara memakannya;


1. Ambil sehelai dua daun pokok tujuh bilah yang telah dibersihkan dan makan secara mentah sahaja.

Ataupun

2. Kalau tak gemar makan begitu saja, buatlah ulam untuk dimakan bersama nasi setiap hari. Kalau nak cicah sambal, budu ataupun cencaluk pun boleh.

Seperkara lagi, daun ini sebenarnya akan mengeluarkan lendir. Rasanya agak tawar. Jika anda kurang selesa dengan lendir tersebut, ambil saja bahagian pucuk mudanya. Kurang sikit lendirnya.

Amalan ini sebaik-baiknya diamalkan setiap hari. Bukannya berselang-seli ataupun sekejap makan, lama sekejap tak makan. Kita pun sedia maklum bahawa setiap hari kita terdedah dengan risikonya, kaannn?

Akhir sekali, anda juga boleh merujuk artikel Petua Kesihatan: Mencegah Kanser sebagai tip tambahan menjauhi kanser.


p.s: Oh, ya! Sebelum terlupa, amalan ini turut berguna mengelakkan sakit kepala (pening kepala), mengurangkan rasa lenguh-lenguh serta boleh menyegarkan badan anda.

8 komen on "Petua Tradisional Mencegah Kanser"

madammondoq on Mac 06, 2012 2:01 PTG berkata...

pokok jarum???? pes time dengorr...

oktant on Mac 06, 2012 5:32 PTG berkata...

@ madammondoq: Ya, jarum tujuh bilah. Sebab pada batang pokok ni ada tujuh duri. :)

shoutvoc on Mac 07, 2012 3:28 PTG berkata...

wow boleh dicuba ni..yela kita mane nak tau penyakit nak dtg bile.senang ke nak dpt daun ni??

oktant on Mac 07, 2012 5:56 PTG berkata...

@ shoutvoc: Sudah tentu boleh. Sekarang ni mgkn agak sukar sikit nak cari.

Tapi kalau ada jiran berbangsa Cina, mgkn boleh tanya mereka. Biasanya mereka panggil pokok ni dgn nama pokok 1001 khasiat.

Unknown on Mac 17, 2012 3:41 PTG berkata...

wow..bagus ni ..haha

oktant on Mac 17, 2012 5:36 PTG berkata...

@ Spudin: =)

Tanpa Nama berkata...

habislah daun dia 365 helai setahun. nak jaga supply berapa batang pokok perlu ditanam?

jusinfiniti on September 16, 2017 2:23 PG berkata...

Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser .herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez