3 Cara Mengubati Demam Campak Secara Tradisional

Posted by Unknown at Rabu, September 14, 2011
Ramai ke yang kena demam campak? Saya pun kurang pasti. Tapi ramai rakan-rakan kita yang mencari cara tradisional untuk mengubati demam campak. Tak kurang juga yang nak hilangkan bintik-bintik merah akibat campak

Kalau kita tak pasti sama ada mengalami demam campak atau tak, berikut adalah tanda-tandanya; 

~ demam dan selesema

~ suhu badan meningkat secara berterusan

~ sakit tekak

~ mata agak kemerahan dan berair

~ bagi kanak-kanak, mereka hilang selera makan dan minum (kesiann...) 

Bila dah benar-benar pasti kena demam campak, kita perlulah elakkan daripada;

~ mandi

~ kena air hujan

~ menghidu minyak yang ditumis

~ memakai baju ketika cuaca panas

~ bergaul dengan kanak-kanak lain kerana ia akan berjangkit


Ini dia 3 cara tradisional menghilangkan demam campak yang boleh kita cuba;


Cara #1 

Minum air kelapa muda dan makan makanan yang berebus ketika anda mengalaminya hinggalah sembuh. 


Kelapa Muda Ubat Demam Campak
Kelapa muda -rajakelapa.com


Cara #2

i. Ambil beberapa helai daun gemilang.

ii. Kisarkan daun gemilang dengan sedikit air.

iii. Tapiskan jus daun gemilang ke dalam gelas.

iv. Minumlah jus tersebut.

v. Manakala lebihan jus yang ada di dalam tapis tadi dicampurkan dengan bedak sejuk. 

vi. Kemudian, sapukannya pada bintik-bintik campak.

Amalkan selama 3 hari berturut-turut dan demam serta bintik-bintik campak akan hilang dengan diizin-Nya. 

*** Saya tak dapat sertakan daun gemilang kerana tak menjumpai sebarang imej berkaitan. Harap maklum. 


Cara #3 

i. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan tumbuk lumat.

ii. Campurkan dengan bedak sejuk jenis cecair.

iii. Jikalau gunakan bedak sejuk yang ketul, tumbuk sekali kedua-duanya sampai lumat. 

iv. Sapukan pada bintik-bintik campak.

v. Ulangi langkah di atas setiap hari.

vi. Apabila bintik bintik merah hampir tidak kelihatan, barulah mandi dengan air yang mengandungi beberapa helai daun jambu yang telah diramas. 

Begitulah 3 cara tradisional menghilangkan demam campak serta bintik-bintik merah yang boleh kita cuba. Mudah-mudahan ia lekas pulih dan kulit pun tidak berbintik-bintik lagi. 

28 komen on "3 Cara Mengubati Demam Campak Secara Tradisional"

Noor Azman Aminudin on Oktober 14, 2011 11:16 PTG berkata...

Assalamualaikum,
Tahniah kerana menguruskan sebuah blog yg menarik dan bermanafaat.

Sila hubungi saya di cheguman@gmail.com atau terus 0194402211 kerana syarikat kami berminat untuk menaja blog ini.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALIKUM ................... ADAKAH KT KNE BUAT KETIGA -TIGA PETUA ATAU PILIH SATU SHJ ?

oktant on Jun 08, 2012 10:09 PTG berkata...

@ Noor Azman Aminudin: Waalaikumussalam wbt tuan.

Terima kasih di atas kesudian tuan utk menaja blog ini.

Insya-Allah saya akan menghubungi tuan kelak.

p.s: Mohon maaf bebanyak sebab saya terlepas pandang komen tuan.


@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt.

Awak boleh pilih dan amalkan hanya satu petua saja.

Tanpa Nama berkata...

maklumat yg diberikan sgt bguna utk sy....

Tanpa Nama berkata...

x leh mandi kew...hadoi...abih la satu badan bau ashemmm....

oktant on Jun 29, 2012 11:52 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Syukurlah jika ia berguna utk awak. Mudah-mudahan ia berkesan utk awak. :)


- Iya. Terpaksalah tahan sikit bau tu dlm beberapa hari.

Tanpa Nama berkata...

saya rasa betul ke tak boleh mandi ketika demam campak

oktant on Julai 09, 2012 9:08 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Selagi belum sembuh, jangan mandi.

su berkata...

yang lain-lain boleh cuba, tapi kena mandi.... kerana mandi adalah satu cara utk kurangkan panas...., mandi dengan air yg diramas dengan daun mambu amat sesuai untu sejukan badan....

Tanpa Nama berkata...

saya sudah kena demam campak pada bulan 2 tahun ini. akibat tidak menjaga dengan baik, parut tidak hilang.. adakah peta hilang kaqn parut demam campak selepas lama kena?? saya menjadi binggung kerana selurh badanmeninggalkan kesan hitam...

oktant on September 13, 2012 7:21 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya cadangkan awak cuba saja.

Saya juga doakan kesan/parut hitam tersebut dapat dihilangkan. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Assallam, cheguman rupa duan gemilang tu macam mana boleh tak emailkan gambar daun tersebut pada email ini : mizu_r49@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

salam terima kasih kerana sudi berkongsi dgn kami semua.

oktant on Oktober 14, 2012 10:47 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam wbt. Sama-sama. :)

Unknown on Oktober 23, 2012 8:03 PG berkata...

Trime kseh kerana tlh beri petua ini..tp jika tdk blh slh 1 blh buwad yg Len kn?

Unknown on Oktober 23, 2012 8:04 PG berkata...

Sbb sy Tgh dmm cmpk trok ni...

oktant on Oktober 23, 2012 5:30 PTG berkata...

@ yasmien alesya: Sama-sama. Betul apa yg adik katakan.

Jangan lupa minum air kelapa ya.

Saya doakan adik lekas sembuh. Aamiin.

Tanpa Nama berkata...

adk sye kne dmam cmpak . dan sgt memedihkan . shgga die xbley nk dduk dgn slesa . slruh bdan die ad campak dan mengandungi air . bley brksan ke dgn ptua ney smue ? tQ .

oktant on Disember 19, 2012 1:22 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Cuba bagi adik awak minum air kelapa muda setiap hari sampai sembuh. InsyaAllah.

Saya doakan adik awak lekas sembuh. Aamiin.

Tanpa Nama berkata...

sy nk tau kalau dma mcm biji2 ruam tu mcmmn?anak sy kna mcm tu.mulanya sy sgka ruam je sbb cuaca pns sjk akhir2 ni.tp bila dia minum air kelapa makin bnyk n kdg2 gatal.mcmmn tu?

Tanpa Nama berkata...

Baby 6 bulan ++ blh ke minum air klape?xmemudaratkn ke

Tanpa Nama berkata...

Oh my fwend thanq sngat2 cbb kngsi ngan kmy smua.g00d luck.

Tanpa Nama berkata...

Setau saya bby bole minum air kelapa dlm 1 ml aje.. Kalo campak mesti kuar.. Dulu muka sya ngan badan habis tompok hitam.. Ade org india ajar minum air fresh orange sampai elok.. Memang berkesan sgt kulit sya dh bersih...

ringgohex on September 19, 2013 4:23 PTG berkata...

Terima kasih atas petua ini.. Isteri saya demam campak dan dlm Masa yg sama dia mengandung 7bulan.. Saya Cuma Bagi di minum air kelapa Muda dan sapukan kisaran daun semambu berserta bedak Sejuk di seluruh badan.. Adakah baik utk isteri saya??

ringgohex on September 19, 2013 4:26 PTG berkata...

Terima kasih atas petua ini.. Skrg isteri saya mengalaminya dan dalam Masa yg sama dia sedang mengandung 7bulan.. Ape yg saya amalkan ialah minum air kelapa Muda dan menyapu keseluruh badan dgn kisaran daun semambu bersertakan bedak Sejuk.. adakah baik utk isteri saya??

Tanpa Nama berkata...

Sy skg kena demam campak..ingatkan kanak2 jer yg kena demam ni. Memang betul antara tanda2nya sakit tekak. Sampai nak telan air liur pun sakit. Mula2 makan ubat klinik tapi bila bintik merah mula keluar terus cari air kelapa muda..

Tanpa Nama berkata...

Salam.. anak buah sy baru nampak ruam batuk.. baru nk bg air kelapa.. jika nk kurang kn gatal boleh tak bg kena aircond?

Unknown on Oktober 22, 2015 2:46 PTG berkata...

as salam...ank sy usia 7 bln bru kna dmam cmpak hrini...mna cra yg paling pantas @ paling mujarab utk atasi cmpak...klau guna skali dgn ubat klinik rsa2 bkesan tak...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez