Penawar Mengubati Resdung

Posted by Unknown at Selasa, Ogos 10, 2010
Resdung yang anda alami mungkin berpunca daripada hama dan kotoran yang disedut melalui pernafasan. Akibatnya, hidung akan gatal dan anda mudah bersin. Sebelum ini pun, saya pernah berkongsi petua mencegah resdung di sini.


Kali ini, saya nak kongsikan pula petua mengubati resdung. Caranya begini;


1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut.

2. Lepas tu, picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat.

3. Buatlah langkah di atas untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali.

4. Seterusnya ia diikuti dengan membasuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya ya.


Amalkan langkah ini setiap hari sehinggalah penyakit resdung anda beransur pulih. :)



Mungkin cara di atas ni anda dah pernah dengar atau baca. Jadi, saya nak kongsi lagi satu cara mengubati resdung sebagai alternatif;


1. Anda perlukan dua biji buah pinang yang sudah masak.

Buah Pinang Masak

Buah Pinang Masak- sungaibatuderelong.blogspot.com



2. Kemudian, ambil bahagian kulitnya saja ya.

3. Potong dan hiris kulit buah pinang tadi hingga keadaan bentuknya kelihatan seperti tembakau.

4. Seterusnya, campurkan hirisan kulit pinang dengan sedikit serbuk kunyit.

5. Akhir sekali, anda bakarkan campuran tadi dan sedut asapnya.

Anda mungkin akan berasa pedih, tetapi cara ini dikatakan amat berkesan untuk mengubati penyakit resdung anda. Mudah-mudahan rasa pedih itulah yang menjadi penawar resdung anda.


Selamat Mencuba ya!

50 komen on "Penawar Mengubati Resdung"

Tanpa Nama berkata...

mcm ane kte nk tau kte ad resedug k x?

Tanpa Nama berkata...

kenape susah nk ilangkn resdng...??

Tanpa Nama berkata...

ada petua lain selain yang ini????
da puas mencuba tapi still xberkurangan jerawat di muka ni yg mnyebabkan resdung :(

Tanpa Nama berkata...

senang ja nk ilangkan gune minyak petrol n bakar ilang la resdung to..hahaha,,,sja nk kogsi...selamat mencuba dan beramal....

Tanpa Nama berkata...

takkan lah nak ilangkan resdung pakai minyak petrol... bodoh lah kau ni...

Tanpa Nama berkata...

Admin: caraubati resdung guna buah pinang nie menjadi kew tak..maksud saya sembuh ke tak...

oktant on Ogos 16, 2011 10:41 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Masalah jerawat & resdung adalah 2 perkara yg berbeza. Harap maklum.

- Saya harap awak dapat mencubanya sendiri. Saya hanya berkongsi petua. Berkesan atau sebaliknya adalah di luar kemampuan saya.

Ini kerana ada yang buat & Alhamdulillah penyakitnya sembuh. Begitu jugalah sebaliknya.

Harap anda faham yea. Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

saya belum pernah mencubanyer lagie... Insya Allah,,, selepas mencbe petua nih,,, akn sembuh...

Tanpa Nama berkata...

Setiap kali ambil wudhu buat la camtu , InsyaAllah akan hilang resung

Tanpa Nama berkata...

seret muke kt jlan tar..

Tanpa Nama berkata...

ada lagi ke cara perubatan yg lbih mudah dan senang untuk disediakn..

Tanpa Nama berkata...

amalkan je sunnah sunnah rasul..,sbb dalam sunnah ada kejayaan..,insyaalah..,

Tanpa Nama berkata...

susa

oktant on Februari 23, 2012 10:03 PG berkata...

lagi satu amik garam ,daun sirih dan lada hitam rebus dalam 30min...agak2 dah suam masukan dalam mangkok dan biarkan wap ia mengenai muka anda selama beberapa minit....insyalah bkesan.....amalkan setiap hari...

@ Tanpa Nama: Kepada saudara/i yg kongsikan petua di atas, sy ucapkan ribuan terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

seksa nya ngan penyakit resdung ni..sekejap ada sekejap hilang.bila musim dia tiba,,hidung jadi sumbat,berair.tanpa henti.rasa.seksa sangat.
bermacam ubat dah di cuba. tapi ia bertindak sementara saja..lepas 2.3 minggu ia datang balik.
saya nak ubat yang boleh buat dia kekal,,baik

Tanpa Nama berkata...

kta hny usaha, ALLAH S.W.T. yg tntukan...
insyllah...

Tanpa Nama berkata...

tak berkesan pun..........

Tanpa Nama berkata...

Saya salah satu terkena resdung..payahnya nak jalankan kehidupan kalau resdung begini mengganggu bahagian muka,kepala sakit,hidung,muka gatal,padahal saya tak merokok pun,tapi mcmna sya boleh trkena resdung ni. mcm nak mati jer rasanya. saya dengki melihat orang lain sihat menjalani kehidupan. :( apakah lagi cara2 yg lbih baik untuk sembuhkan resdung saya sepenuhnya ?

oktant on April 04, 2012 6:04 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Awak tak perlulah dengki dgn orang lain. Sebaliknya, mestilah bersyukur kerana banyak nikmat lain lagi yg telah diberikan-Nya kpd awak berbanding orang lain.

Okay, sekarang saya berikan awak pautan lain berkaitan resdung:

-> Petua Resdung [Klik]

Buat masa ini hanya ada 4 pautan termasuklah petua di atas.

Harap awak segera mencubanya ya. Saya doakan mudah-mudahan resdung awak lekas sembuh. Amin.

Tanpa Nama berkata...

memang susah nak hilangkan resdung ni.. dah bermcm2 cara saya cuba.hasilnya cuma seketika.silap sikit akan kena semula. kalau la ada cara yg betul2 boleh pulihkan resdung ni, alangkah bahagianya saya. bkn saya sj, anak2 pun dah mula kena..

Tanpa Nama berkata...

Tension sangat dengan masalh jerawat

oktant on April 24, 2012 8:16 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Saya harap awak cuba cara perubatan Islam di artikel bertajuk Penawar Mujarab Mengubati Resdung.


- Tak perlu tertekan. Nanti jerawat makin banyak yg tumbuh.

Jerawat dan resdung adalah dua penyakit yg berbeza. Harap awak tak salah faham ya.

ROJAK on Mei 21, 2012 7:30 PG berkata...

ini cuma usaha sahaja sebab Allah sahaja yang menentukan sembuh ke tidak penyakit tu. Admin dah cuba bagi petua sebagai ikhtiar atau usaha mengubati resdung so kalau tak berjaya cara ni kene cuba cara lain pulak.

oktant on Mei 23, 2012 2:51 PTG berkata...

@ ROJAK: Terima kasih di atas penerangan awak.

Saya hanya mampu kongsikan petua. Sama ada ia berkesan menyembuhkan atau tidak, ia di luar kemampuan saya yang lemah ini.

khemre on Jun 09, 2012 2:00 PTG berkata...

sekadar berkongsi maklumat

http://sinusitissne.blogspot.com

oktant on Jun 09, 2012 3:07 PTG berkata...

@ khemre: Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

lagi satu amalkan terapi lintah

oktant on Ogos 01, 2012 5:15 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih di atas perkongsian awak.

Jika tak keberatan, boleh tak awak kongsikan serba sedikit bagaimana kaedah melakukannya?

Sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

thx :D
nak try la nnti...

oktant on Ogos 28, 2012 5:22 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sama-sama. Silakan. Saya doakan awak berjaya tau. :D

Tanpa Nama berkata...

Saya pun selalu kena resdung. Resdung saya jenis keluar air jernih meleleh ikut hidung, pastu bersin tak henti-henti. Daripada orang tua-tua yang pernah saya dengar, resdung ialah sejenis penyakit yang tidak akan hilang buat selama-lamanya walaupaun kita amalkan petua terhebat dan makan ubat paling mahal. Ia boleh lega, tapi tak lama, paling kuat 2 bulan bertahan pastu resdung tu akan datang balik pada kita bila-bila masa saja setelah kesan ubat yang kita ambil tu hilang dari tubuh badan kita.

Kita cuma boleh ikhtiar ubatinya, biarpun lega sekejap, jadilah.. Asalkan boleh bernafas lancar macam orang lain untuk 2-3 hari pun dah kira syukur sangat-sangat.. Begitulah perasaan orang-orang yang ada penyakit ni..

Di sini, saya nak beritahu kawan-kawan semua tentang satu ubat resdung yang saya anggap sebagai ubat resdung yang terbaik di dunia. Saya berani gerenti, ia merupakan ubat resdung terbaik yang pernah saya jumpa dalam pasaran. Kalah ubat sinus yang dijual kat farmasi tu. Saya dah rasa dan pernah syor pada ramai kawan-kawan saya di KL dan Selangor ni, diorang pun kata ia sangat mujarab!

Kalau sedara-sedari pergi ke Alor Setar, singgahlah di Pekan Rabu. Dalam Pekan Rabu tu ada dua buah kedai jamu. Hanya ada 2 buah saja kedai jamu dalam Pekan Rabu tu dan Pekan Rabu tak besar mana pun, so tak susah nak cari kedai tu.
Tanya awek yang jaga kedai tu, "Ada tak ubat Resdong Pendang?"
Ubat tu bentuknya kapsul warnanya merah, sebotol harganya RM15 (harga 2012), ada 30 biji dalam satu botol. Saya sarankan kepada sedara sedari yang duduk luar dari Kedah, belilah 5-6 botol sekaligus. Bukan mahal pun, RM15 saja. Saya pernah tanya awek kedai tu, ubat ni ada jual kat Sungai Petani tak sebab jauh la nak "tekan minyak" sampai Alor Setar semata-mata nak beli ubat ni. Dia kata tak ada, Ubat Resdong Pendang ni tak ada jual kat tempat lain, hanya dijual di Pekan Rabu saja, iaitu kat 2 buah kedai jamu itu lah..

Saya bukan nak promote ke apa ke, orang yang buat ubat tu bukan adik beradik saya pun. Tapi pengalaman saya makan ubat tu masa tahun 2004, saya beli ubat tu sebotol kemudian saya balik semula berkerja di KL. Saya bawa ubat tu bersama. Bila bekalan ubat saya tu habis, saya stop makan ubat tu, tapi yang bestnya walaupun saya dah stop makan ubat tu, resdung saya hilang selama 5 bulan. Lepas 5 bulan tu barulah beransur-ansur redung saya datang balik. Cuba bayangkan, tu baru makan sebotol. Cuba bayangkan kesannya kalau kita amalkan tanpa henti.

Kalau sedara-sedara rasa Kedah tu jauh, pesan lah kepada kawan-kawan orang Alor Setar, kalau time diorang balik kampung, minta diorang tolong belikan.

Kelebihan ubat ni ialah: Kita amalkan makan ubat ni lepas sarapan pagi, masuk hari ketiga resdung kita mula beransur hilang. Kena hujan pun kita tak akan selsema, seolah-olah antibody kita dah kuat. Makan lah bapak ketam ke, udang lipan ke, lobster ke, sambal belacan ke, otak udang ke.. memang tak ada apa-apa.. Memang kebal gila.. Masa tu anda akan rasa hidup anda bahagia sangat-sangat.. :)

Try la, kita hanya berusaha.. Allah yang izinkan..

oktant on September 05, 2012 5:34 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Syukur Alhamdulillah kerana awak sudi berkongsi pengalaman dan info.

Saya amat menghargainya dan moga ia membantu rakan-rakan kita yang mengalami resdung.

Tanpa Nama berkata...

BETUL KE

Tanpa Nama berkata...

Banyaklah kau punya kebal,amalkan masuk air dlm lubang hidung waktu pagi(terutamanya waktu wudhu nak solat subuh tu) insyaallah,lebih dari bahagia kau dpt.kebal x der nye der.

Unknown on Oktober 05, 2012 12:22 PTG berkata...

Saya sarankan walaupn kite mkn ubt tuk rawatan resdung jgn mkn
Udang pepelh yg bt kite brtmbh gatal kerna bile kite stop mkn ubt resdung,resdung kite mkin brtmbh.. Ubt ni hnye mncegah.seperti yg anda ketahui resdung memg xkn hlg.. Tp kite berharap dpt mencegah,sya pn slh satu yg mghidap resdung smpai naek jerawat,jujur sya ckp sya skng mgamalkn suppplement dan skg jerawat semakin kurang..resdung semakin kurang ckt klu dl kt muka terasa mcm merayap jer hidung gatal.tp bile mgamalkn supplement xsmpai sebuln da xad yg merayap kt muka cme hidung msh ketara mgkn baru lg mncb suppkemnt ni..yg pling best muka jg elok n jerawat mkin kurg..klu ad spe nk cuba blh emel sy sitisakirahnarsuddin@gmail.com

oktant on Oktober 05, 2012 8:09 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih di atas perkongsian awak. Saya setuju dengan awak.


@ syakiraLisa liss: Terima kasih juga di atas perkongsian awak.

Pun begitu, ingin saya maklumkan bahawa resdung dan jerawat adalah dua penyakit yang berbeza ya.

Jadi, saya harap selepas ini anda tidak mengaitkan resdung dengan jerawat lagi.

uRo9 shoppe on Oktober 11, 2012 12:48 PTG berkata...

Terima kasih diatas petua yang dikongsikan..

saya nak kongsi satu jenis ubat tradisional, baru-baru ni saya pernah mencuba kapsul ubat SUPER RESDONG yang dibuat secara tradisional. Alhamdulillah, setakat ni kesan resdung seperti gatal-gatal pada mata dan tekak serta kerap bersin dah hilang. Agak mujarab juga ubat ini, insyaAllah. Maklumat berkaitan kapsul ni boleh di baca di http://anti-sinusitis.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Thanx yer...Act i da try UBAT RESDONG PENDANG tu..Alhamdulillah, mmg berkesan.Gatal kat muka pun da suam2 kuku jer.start i terbaca pasal ubat ni,, i terus cal my aunty.. ari tu jugak i suh dia beli n pos laju kat i..:) mmg berkesan!! Alhamdulillah..

oktant on Oktober 17, 2012 3:00 PTG berkata...

@ affandi hussain: Sama-sama tuan.

@ Tanpa Nama: Terima kasih kembali di atas maklumbalas awak. Syukur Alhamdulillah.

Tanpa Nama berkata...

Bila resdung, aq rse nk ketuk ngan tukul je idung aq ni, xselesa bila nk wat rutin harian, nk jmpe kwn pon susah, ary raya haji, perrghh seharian selsema,

Tanpa Nama berkata...

Kta asa gatal2..pdh2 muka.

Tanpa Nama berkata...

:)

Tanpa Nama berkata...

potong hidung tu,buat satu lagi lubang.

Tanpa Nama berkata...

Sy pun resdung jugak smpi sakit kepala n muka,,cne nk ilangkn yea

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum

saya ingin mengesyorkan kepada pengunjung2 blog ini yg tinggal atau bekerja di sekitar pekan seremban n.sembilan berkenaan rawatan bekam lintah. sy akn bagi link nye....

https://www.facebook.com/akraf130485#!/pusatrawatanalternatifspaperfectq.

pada yg x sanggup berdepan dgn lintah,sanggupkah anda menaggung derita resdung selama-lamanya?

AS_MILDA

Tanpa Nama berkata...

mak aku ckp kalau tk nk resdung atau bau badan meningkat ke tahap yang 99.9% jngan makan sangat garam belacan , sambal belacan @ lauk2 yang berbawang , kalau nk makan tu bole tapi jngn makan selalu.

oktant on Julai 24, 2013 7:14 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih sebab sudi kongsi petua. :)

Tanpa Nama berkata...

saya baru menjalani rawatan laser hidung untuk mengurangkan bengkak dihidung. Yang menjadi masalah sekarang hidung saya berbau. Bagaimana nak hentikan bau








oktant on Ogos 21, 2013 6:14 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya mohon maaf sebab belum mengetahui cara nak menghilangkan bau tersebut.


Cuma apa yang saya boleh sarankan, awak amalkan;

minum 2 sudu besar madu asli setiap pagi (sebelum bersarapan)

dan juga

setiap malam (sebelum tidur).


p.s: Gunakan sama ada sudu plastik ataupun kayu sahaja ya.

p.p.s: Ini kerana pengambilan madu setiap pagi dan malam boleh melindungi tubuh daripada serangan bakteria dan virus. Insha Allah.

Unknown on Mac 04, 2014 11:11 PG berkata...

waaahh...boleh cuba guna madu la ni yer kalau hidung berbau....

http://www.chatchantek.blogspot.com/

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez