Cara Ringkas Menghentikan Pendarahan

Posted by Unknown at Jumaat, Oktober 23, 2009
Sekiranya anda mengalami pendarahan hidung ataupun pendarahan akibat luka, terdapat satu cara tradisional untuk menghentikannya. Iaitu dengan menggunakan daun ubi keledek (ubi stela) daun lalang muda.

Sekiranya anda belum mengenali ubi keledek, saya telah "google" dan menjumpai gambarnya seperti di bawah.

ubi keledek aka ubi stela

Ubi keledek aka ubi stela - Wikipedia



Baiklah, sekarang anda tentu ingin mengetahui cara menghentikan pendarahan menggunakan bahan yang telah dinyatakan tadi, kan? Silalah ikuti langkah-langkah berikut;


1. Ambil beberapa helai daun ubi keledek dan daun lalang yang masih muda.

daun ubi keledek

Daun ubi keledek



2. Anda tumbuklah kedua-dua jenis daun tu hingga lumat.

3. Setelah lumat, tampalkan saja pada mana-mana kawasan anggota badan pesakit yang keluar darah.

4. Kalau anda mengalami pendarahan di hidung pula, titikkan daun yang lumat tadi ke dalam lubang hidung. Baki daun yang selebihnya, anda tampalkan pula kat batang hidung.


Itu saja petua kali ini. Selamat Mencuba!


p.s: Untuk pendarahan hidung, saya pernah kongsikan satu artikel "Cara Nak Menghentikan Hidung Berdarah" di sini.

2 komen on "Cara Ringkas Menghentikan Pendarahan"

Tanpa Nama berkata...

sy nak bgi tau daun keledek ni bhgn pucuk pun bleh dibuat syur mcm daun kangkung mmm..... sedap cmpur cili sikit n udang kering ke... ikan masin ke.... cubala ...

oktant on September 07, 2010 1:58 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Okey, terima kasih kerna sudi berkongsi. :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez