4 Jenis Jerawat Biasa Mungkin Tumbuh Pada Kulit Anda

Posted by Unknown at Rabu, Oktober 10, 2012
Artikel berkaitan jenis jerawat telah lama diminta oleh beberapa rakan yang pernah mengunjungi blog ini. Jadi, saya pun cuba sedaya upaya melakukan kajian serta rujukan bagi memudahkan anda memahami jenis jerawat yang boleh dirawat. Pun begitu, saya mohon maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyediakannya. 

Cuma untuk artikel kali ini saya hanya fokuskan pada jerawat biasa. Suka saya ingatkan semula, jerawat biasa. Bukannya jerawat serius. Jerawat biasa terbahagi kepada empat jenis iaitu:


1. Komedon Tertutup ataupun Whitehead


Whitehead atau dalam Bahasa Melayu dipanggil bintik putih berlaku apabila pergerakan sebum ke permukaan kulit tersekat. Pada masa yang sama pula bakteria telah merebak. Apabila pergerakan kedua-duanya tersekat, maka terjadilah bintik putih.

Hasilnya jadilah seperti paparan di bawah;




2. Komedon Terbuka ataupun Blackhead



Blackhead ataupun bintik hitam pula bermula apabila liang halus pada permukaan kulit terbuka dan memberi ruang kepada udara melaluinya. Kemudian, melanin (penentu warna kulit anda) yang terkandung dalam sebum bertukar menjadi gelap (hitam) apabila terdedah kepada udara. Melanin yang bertukar menjadi gelap itulah yang anda nampak sebagai bintik hitam seperti di bawah.

Cuba "zoom" mata anda pada bahagian hidung. 





3. Papule

Papule merupakan benjolan merah dan keras yang timbul pada permukaan kulit. Atau mungkin ada di antara anda lebih faham jika saya katakan ia seperti bintat. Saiznya agak kecil saja. Tidak melebihi 5mm pun.



4. Pustule

Keadaan jerawat pustule juga kelihatan bengkak seperti jerawat papule tetapi berbentuk kubah. Ia juga lebih sensitif.



Ia juga merupakan jangkitan koloni P. Acnes (bukan Agnes Monica yer) dalam kelenjar minyak yang telah tersumbat dan menyebabkan ia bernanah.


Moga paparan jenis-jenis jerawat di atas membantu anda mengenalpasti jenis jerawat yang dihadapi. Kalau tiada, bermakna tahap jerawat anda dah serius. Mungkin nodul, takpun sista (cyst). Bila dah kronik lagi susah untuk dirawat serta rawatannya pun memakan masa lebih lama.

Saya cadangkan anda rawat sebelum terlewat. Jangan tunggu sampai dah parah baru nak rawat. Saya bimbang ia lagi sukar untuk dirawat. Akibatnya, anda mungkin terpaksa bayar lebih untuk kos rawatan.

6 komen on "4 Jenis Jerawat Biasa Mungkin Tumbuh Pada Kulit Anda"

obat impotensi on November 07, 2012 1:33 PG berkata...

makasih infonya dan tipsnya menambah wawasan banget..

oktant on November 08, 2012 2:00 PTG berkata...

Terima kasih kembali. :)

Ubat Kuat Power on Januari 24, 2013 3:27 PTG berkata...

terimakasih dengan infonnya...amat berguna

oktant on Januari 30, 2013 10:14 PG berkata...

@ Ubat Kuat Power: Sama-sama. :)

seribupilihan on Februari 12, 2013 10:37 PG berkata...

utk megelakkan jerawat juga jagalah kebersihan diri..especially tangan anda..coz tangan sentiasa menyentuh muka..bila tangan anda kotor jerawat mudah terjadi..elakkan kekerapan menyentuh muka anda dgn tangan

oktant on Februari 12, 2013 4:36 PTG berkata...

@ seribupilihan: Iya. Betul tu. Saya setuju. :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez