Ramuan Topeng Muka Untuk Kulit Muka Berminyak

Posted by Unknown at Selasa, Ogos 23, 2011
Bagi kita yang kulit muka jenis berminyak, jerawat memang senang tumbuh. Liang pori-pori pun lebih besar. Selalunya nampak ketara pada bahagian pipi. Jadi, kita perlulah memberikan lebih perhatian terhadap penjagaannya. Salah satunya dengan memakai topeng muka. Ataupun masker muka yang boleh dibuat sendiri.

Berikut ramuan membuat topeng muka khusus untuk kulit berminyak;

~ 1 biji telur

~ 1 sudu makan daun pudina

~ 1 sudu makan jus lemon

~ 1/2 biji timun telah yang dihiris


topeng muka berasaskan timun


Cara membuatnya;

1. Campurkan kesemua bahan dan kisar sampai halus.

2. Kemudian, masukkan bahan tadi dalam satu bekas.

3. Sejukkan ia dulu dalam peti ais.

4. Setelah itu, barulah sapukan ramuan tersebut ke seluruh muka.

Sekadar gambar hiasan

5. Biarkan ia sekitar 30 minit.

6. Setelah kering, bilas muka dengan air suam sampai bersih.


7. Akhir sekali, bilas sekali lagi muka dengan air sejuk pula untuk mengecilkan pori-pori di muka.


Petua ini sebaik-baiknya kita amalkan dengan hanya memakainya sebulan sekali yea. Selamat Mencuba!

7 komen on "Ramuan Topeng Muka Untuk Kulit Muka Berminyak"

Unknown on November 13, 2011 12:08 PG berkata...

telur tu pkai putih telur atau cmpur putih+kuning telur?

Tanpa Nama berkata...

xfhmlah psl i sudu daun pudina tu... kne tumbuk hgga hlus dlu ke???

oktant on Disember 15, 2011 8:12 PTG berkata...

@ marvechenta: Utk petua ni, gunakan putih + kuning.

@ Tanpa Nama: Ambil daun pudina tu anggarannya dalam 1 sudu besar.

Boleh tumbuk ataupun kisar.

Fatiqah on Disember 31, 2011 8:24 PTG berkata...

Rumah saya takde daun pudina dan lemon. Boleh tak pakai timun dengan telur jer?

oktant on Januari 03, 2012 5:33 PG berkata...

@ Fatiqah: Kalau takde lemon, boleh gantikan dgn limau kasturi.

Boleh juga kalau tak letak daun pudina. Cuma kesannya mgkn ada perbezaan sikit. Itu saja.

Togi Tan on Februari 09, 2012 5:26 PG berkata...

Dekat mana nak dapatkan daun pudina ya? Untuk cukupkan 1 sudu makan tu, agak-agak berapa helai daun?

Miss Anna Beauty on Mei 28, 2012 9:54 PTG berkata...

Penyelesaian kepada masalah JERAWAT,PARUT JERAWAT,JERAGAT,KULIT BERMINYAK,KUSAM..
dapatkan set TRIAL AS BEAUTY RM50 SAHAJA...
pm me 013-2939718 2 view more www.missanabeauty.blogspot.com

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez