Ramuan Menguatkan Tenaga Batin

Buat suami yang masih tercari-cari bagaimana kaedah untuk menambah tenaga batin, anda boleh mencuba ramuan tradisional di bawah. Ramuan ini dikatakan mampu menguatkan tenaga batin suami. Diharap anda yang lelaki dapat memanfaatkannya pada jalan yang betul ya. :)




Bahan-bahan yang diperlukan:


~ 3 ulas halia yang saiznya sebesar ibu jari


halia sebesar ibu jari
Sumber: shine.yahoo.com


~ 17 biji lada hitam

~ 17 biji lada putih

~ 1 sudu teh minyak sapi tulen

~ 1 biji kuning telur ayam kampung




Cara melaksanakannya:

1. Tumbuk kesemua lada hitam dan lada putih sampai lumat.

2. Halia pula diparut dan diperah untuk mendapatkan airnya.

3. Kemudian, campurkan kesemua bahan-bahan di atas termasuklah minyak sapi dan kuning telur ke dalam satu bekas.

4. Kacau hingga semuanya sebati.

5. Akhir sekali, minumlah ramuan di atas kira-kira 1 jam sebelum berjimak dengan isteri. Jangan lupa tinggalkan ia sedikit untuk disapu pada batang zakar.


Mudah-mudahan petua ini berguna buat anda yang baru bergelar suami ataupun yang dah lama menempuh alam perkahwinan.


Selamat Mencuba!

Adakah Anda Berdiet Dengan Betul?

Dalam usaha menguruskan badan, anda tentu akan berdiet, kan? Namun, adakah anda tahu cara berdiet yang diamalkan itu betul ataupun hanya sia-sia? Jika anda amalkan cara yang salah, hasilnya dah tentu mengecewakan. Akhirnya, persepsi bahawa anda memang tak boleh kuruskan badan lah yang tertanam di benak fikiran. Tu yang sedih, kan?

Persepsi sebegitu sebaiknya dibuang sejauh mungkin. Yakinlah bahawa anda semua boleh kurus dan langsing secara sihat. Anda cuma perlu diperhalusi semula kaedah diet yang pernah diamalkan.

Bagaimana cara mengenalpasti sama ada diet anda itu betul atau tak?

Cuba perhatikan 5 situasi di bawah. Jika anda sedang berdepan dengannya, ia menandakan teknik diet anda kurang tepat.



1. Pening, lekas penat dan tubuh tidak bermaya


Semasa melakukan aktiviti, anda akan rasa seperti di atas. Ia berlaku kerana tubuh anda kekurangan karbohidrat dan gula.


Tersalah Diet


Oleh itu, pastikan anda mengambil kandungan karbohidrat dan gula yang berpatutan agar tidak pengsan ketika beraktiviti.



2. Kulit kering dan kusam


Kulit anda memerlukan vitamin C dan E yang boleh diperolehi melalui makanan tertentu. Justeru, masukkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu harian anda.

Antaranya seperti buah jambu batu, betik, kiwi, mangga, pisang dan sayuran hijau.



3. Mual dan nafas berbau


Seandainya nafas anda berbau dan berasa mual, itu tandanya ada sesuatu yang tak kena dengan usus anda.



4. Buang air secara berlebihan


Masalah buang air kecil mahupun air besar secara berlebihan biasanya terjadi akibat daripada pengambilan ubat pelangsing.

Ia akan menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi yang berlebihan boleh menyebabkan kematian.



5. Mudah tersinggung dan hilang konsentrasi


Mudah Tersinggung


Cuba elakkan perut kosong. Makanlah secara kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Ini kerana jika perut kosong, otak anda akan kekurangan nutrisi dan mendorong kepada tidak berfikiran sempurna.



Adakah anda pernah mengalami mana-mana situasi di atas? Kalau ada, cubalah perbaiki cara diet anda. Saya pernah kongsikan satu artikel mengenai Cara Diet yang Betul Tanpa Risiko.

Harap ia dapat menambahbaik rutin diet anda ya. :)

Khasiat Pokok Peria

Pokok peria (Momordica Charantia L) sememangnya banyak khasiat. Baik dari segi buah, daun mahupun akarnya. Antara khasiat yang boleh anda peroleh melalui pokok peria adalah merawat darah tinggi, penyakit kencing manis, cirit birit dan menghilangkan gatal akibat campak.

Banyak lagi sebenarnya. Tapi saya akan kongsikan satu persatu dengan anda secara terperinci di bawah nanti ya.


Buah Peria

Buah Peria - potomitan.info





1. Buah Peria

Dengan memakan mentah atau dijadikan sebagai ulam, buah peria dikatakan mampu merawat darah tinggi dan kencing manis serta mengubati cirit birit.

Selain itu, amalan di atas turut boleh menyembuhkan gout dan penyakit asma.

Sebagai tambahan, ia juga bertindak sebagai anti-radang. Jadi, ia berupaya menurunkan panas badan, menyegarkan tubuh serta mematikan cacing.

Jikalau anda mengalami bisul dan nakkan ia cepat masak, boleh makan ataupun sapukan saja buahnya pada mata bisul.



2. Daun Peria

Daun Peria

Daun Peria


Sekiranya anda berasa gatal-gatal akibat campak, tumbukkan beberapa helai daun peria dan sedikit kunyit hingga lumat.

Kemudian, sapukannya pada bahagian yang gatal. InsyaAllah rasa gatal itu akan hilang.


Selain ditumbuk, daun peria yang direbus turut mempunyai khasiat tersendiri. Anda cuma perlukan 5 helai daun peria. Bersihkannya dan rebus sampai mendidih.

Apabila anda meminum air rebusan ini, ia boleh mengatasi masalah kesukaran membuang air besar, membantu meningkatkan selera makan serta menambahkan air susu ibu.


Jikalau anda nak mencantikkan rambut pun boleh. Lumurkan saja air rebusan tadi ke kepala anda sambil mengurutnya lebih kurang dalam 10 minit. Setelah itu, biarkan saja ia lagi beberapa minit. Kemudian, barulah anda membilas rambut dengan air bersih.



3. Akar Peria

Andainya anda sakit mata hati, cuba rebus akar peria hingga mendidih. Kemudian, biarkan air rebusan tadi suam-suam kuku dan jiruskan saja ia pada mata yang sakit.

Buat sekurang-kurangnya sekali dalam sehari tau.



Banyak betul khasiat peria ni, kan? Bolehlah anda cuba seandainya mengalami mana-mana masalah yang berkaitan. Kemudian, sudi-sudikanlah kongsikan hasilnya di ruangan komen @ ulasan yer. :)

Jika Anda Ingin Menyembuhkan Kudis

Terlebih dulu, saya mohon ampun dan maaf kepada semua kerana dah lama tak mengemaskini petua-petua di sini. Sehubungan itu, saya akan kongsi dengan anda cara menyembuhkan kudis untuk kanak-kanak.

Ini kerana kebanyakan kanak-kanak alah dengan gigitan serangga seperti nyamuk dan semut api. Ada juga yang mudah dijangkiti kudis apabila bermain di tempat-tempat yang kotor.


Madu Lebah Asli
Madu Lebah Asli - HPA Online@flickr.com


Justeru, anda boleh mengubati kudis tersebut dengan:


1. Cuci bersih bahagian yang dijangkiti kudis.

2. Kemudian, lapkannya dengan kain bersih.

3. Ambil sedikit madu lebah asli dan sapukannya pada bahagian yang berkudis.

Lakukan kaedah ini dua kali sehari dan amalkannya sehingga kudis tersebut sembuh sepenuhnya.


Selamat Mencuba!

Cara Membersihkan Kotoran Dalam Mata

Bila menghadap komputer terlalu lama, mata kita tentu letih. Selain menggunakan ubat mata yang ada di pasaran mahupun di klinik, kita boleh titiskan air embun dari bunga bakawali.


Bagi anda yang tidak mengenalinya, imej di bawah sikit sebanyak mungkin dapat membantu.


Bunga Bakawali




Anda boleh menanam bunga bakawali di rumah bagi memudahkan anda mengamalkan petua ini. Ia boleh ditanam dalam pasu jika mahu.

Bunga bakawali ini biasanya akan mula mengembang sekitar jam 10 malam. Kemudian, lebih kurang pukul 12 tengah malam ia akan kembang sepenuhnya. Selepas tengah malam, ia akan menguncup dan menyimpan air embun melalui celah kelopaknya.

Sebelum ia layu dan gugur menjelang awal pagi, anda ambillah bunga tersebut. Kemudian, titiskan saja air embun tersebut pada kedua-dua belah mata anda.

Kaedah ini merupakan salah satu cara semulajadi membersihkan kotoran dalam mata anda. Di samping itu, ia turut menambahkan kesegaran serta memelihara kesihatan mata anda.


Selamat mencuba ya!

Petua Hilangkan Kelemumur dan Kutu

Masalah kelemumur lagi. Ya, saya nak kongsikan satu lagi petua hilangkan kelemumur dengan anda. Namun, cara ini bukan sekadar untuk menghilangkan kelemumur saja. Malah, kutu pun boleh dihilangkan. Apa yang pasti ia adalah cara tradisional.

Anda perlu menggunakan buah belimbing besi dan juga bunga betik. Manakala cara mengamalkannya adalah seperti berikut;


1. Pertama sekali, anda potongkan buah belimbing besi secara memanjang.


Belimbing Besi


2. Kemudian, basahkan kepala serta rambut anda.

3. Gosokkan belimbing besi tadi ke seluruh kepala anda.

4. Biarkannya sehingga meresap ke kulit kepala anda.

5. Sementara menunggu ia benar-benar meresap, rendamkan bunga betik ke dalam bekas yang telah diisi dengan air suam.


Bunga Betik




6. Rendamkanlah sehingga bunga betik itu kembang.

7. Setelah benar-benar kembang, sapukan pula bunga betik tadi ke seluruh kepala anda.

8. Seterusnya balut kepala anda dengan tuala bersih dan biarkan dalam 20 ke 30 minit.

9. Akhir sekali, bilas dan basuhlah kepala anda dengan air bersih.


Amalkanlah petua ini sehingga anda bebas daripada kelemumur dan juga kutu.



Kalau tak percaya, cubalah!

Cer Cuba Petua Sakit Kaki Ni

Berdiri terlalu lama ataupun alah dengan makanan tertentu boleh menyebabkan anda sakit kaki. Hal ini mungkin menjadi punca badan anda masuk angin. Kemudian, kaki mulalah terasa sengal-sengal. Terutamanya pada bahagian tapak kaki dan seterusnya meresap ke tulang.


Sehubungan itu, masalah ini boleh anda atasi dengan menggunakan daun mengkudu.

Daun Mengkudu




Apa yang patut anda lakukan dengan beberapa helai daun mengkudu adalah;


1. Salai daun mengkudu dengan api.

2. Selepas itu, balutkan saja daun itu pada kaki yang sakit.


Sekiranya kaki anda masih lagi terasa sakit, ulangi saja langkah di atas dengan menggantikan daun mengkudu yang baru. Lakukannya beberapa kali sehinggalah keadaan kaki anda kembali seperti biasa.


Sekian saja petua sakit kaki ini. Terima kasih atas perhatian anda dan jangan lupa cuba tau. :)