Cara Diet yang Betul Tanpa Risiko

Posted by Unknown at Selasa, Oktober 19, 2010
Cara diet yang betul memainkan peranan penting dalam usaha anda melangsingkan badan. Jika tersalah langkah, silap haribulan ia boleh memudaratkan kesihatan. Daripada nak kuruskan badan, lain pula jadinya.

Oleh itu, anda ikutilah beberapa panduan diet yang betul di bawah;


1. Ambil Protein yang Cukup


~ Tubuh anda secara puratanya memerlukan 30 gram protein dalam sehari.

~ Antara makanan berprotein yang boleh diambil - daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.



2. Elak Perut daripada Lapar


~ Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi seperti tekanan atau stress.

~ Jika begitu, anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan memakan buah-buahan seperti epal.



Buah epal - thundafunda.com



3. Usah abaikan Lemak


~ Bila berdiet, saya yakin ramai di antara anda seboleh-bolehnya mengelak pengambilan makanan yang berlemak.

~ Tapi, tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang sedikit, mineral, serat dan vitamin.

~ Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan lemak. Cuma pastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal.

~ Ambillah juga jenis lemak yang baik seperti kekacang dan minyak zaitun.

~ Lemak tetap diperlukan kerana ia berfungsi menjaga otot dalam tubuh anda.

~ Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mempertingkatkan sistem imunisasi tubuh.

~ Dengan cara ini, anda tetap berdaya melawan penyakit walaupun berdiet.


Selamat Berdiet Dengan Gembira!

39 komen on "Cara Diet yang Betul Tanpa Risiko"

ftrhd on Oktober 23, 2010 3:27 PG berkata...

oh menarik tips ni.. now masih berusaha untuk turunkan saiz perut yang memboyot ni heheh adoi susah gak

oktant on Oktober 31, 2010 6:00 PG berkata...

@ Fitrihadi.com: Terima kasih. Usaha pelan-pelan. InsyaAllah nanti saiz pinggang tu boleh dikurangkan. :)

Tanpa Nama berkata...

thanks

oktant on Februari 07, 2011 11:48 PG berkata...

@ Tanpa Nama: You're welcome. :)

wanita idaman berkata...

dulu beratku 68kg,tp skg da 47kg.nk tau cranya....
jgn mkn pas jam 7 mlm. kloa nk hilangkan rasa lapar minum jak air kosong smpai kenyang n jgn layan sangat rs nk mkn 2.

bulan berkata...

satu lg,tiap kali mkn ingat jak kalo "aku mkn aku akn gemuk"... perkataan itu akan membantu utk membuatkn kita takut utk mkn.

Tanpa Nama berkata...

i akan cube ..

oktant on April 05, 2011 5:33 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih atas petua anda. :)

@ bulan: Tapi jangan sampai tak makan langsung tau. Kalau tak makan, nanti takde tenaga plak utk melakukan aktiviti harian.

Makanlah secara sihat dan ikut keperluan tubuh badan anda. :D

@ Tanpa Nama: Silakan. Awak pasti boleh! =)

Tanpa Nama berkata...

umo ku 15...kan dulu berat bdn sya 69.8... mm skrg 53 nak tau ke macm mna cara nak kurus kan bdn...minum air banyak2...jgn minum air sejuk coz air sejuk bolh membuat kan kita gemuk..kalau kita diet jgn minum air kola nanty tambah gemuk....ingat tau,... jgn mkn nasik...mkn lah roti ker,..mm minum nesvita...tapi jgn langsung x mkn..

oktant on Mei 03, 2011 6:26 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih dik sebab sudi kongsi tips. :D

aimi berkata...

aimi atlit... aimi dulu kuros.. tpi bdn aimi cpat naik... aimi jdi tkot nk mkn... sumpa da tak tahu nk wat cmne.. tiap kali pegi tournment msti mkn.. :( nk kurus blek :(

oktant on Jun 09, 2011 3:53 PTG berkata...

@ aimi: Cuba aimi amalkan pemakanan yg seimbang, senaman yg teratur dan pastikan tidur juga mencukupi.

Kalau tak makan, nanti aimi tiada tenaga untuk menjalani latihan sbg atlit.

jiwa_76 on Jun 15, 2011 12:33 PTG berkata...

perut boroi mcm mana nk bg surut sikit ni..

oktant on Jun 15, 2011 4:43 PTG berkata...

@ jiwa_76: Bro, antara cara yg boleh sy syorkan;

~ elakkan minum air ketika tgh makan.

~ mandi sebelum makan.

~ amalkan meminum teh o tanpa gula @ teh o limau tanpa gula selepas makan.

Harap membantu.

SyiKiN@ShAhiD on Jun 21, 2011 9:45 PG berkata...

haaa masih ada yg terlupa utk kurus & sihat WAJIB ambek breakfast….tp bergantung apa yg kte makan..
lalui berdasar pengalaman dan bukan cakap kosong…dulu ikat perut xmakan nasi 6bln cuma turun 5kg n macam2 lg buat tp tak berhasil.
tp kini amalan hidup sihat & cergas dengan nutrisi cuma dalam masa 3 bulan berjaya turun 12kg..ALHAMDULILLAH…berjaya turun berat badan bukan dengan ubat.
pada kawan-kawan diluar sana sila pm sy
sy excited nak share dengan anda..
syikin w.norasyikin@gmail.com hp.012-6050803
Allah cipta hambanya semuanya cantik dan indah, terpulang kepada kita nak jaga amanah tubuh ini, atau tidak.

Tanpa Nama berkata...

nak cerita sikit pengalaman sy. dulu sy aktif bersukan, masa final yer kat U sy berhenti bersukan atas sebab nak fokus buat tesis..masalahnya,tetiba je badan naik dan menggemuk. Rupanya, mereka yang terbiasa dengan aktivti sukan dan kemudiannya berhenti mempunyai risiko 2kali ganda untuk gemuk.waaaaa!!stressnya.lepas tu, kite cuba diet...kawan cakap "makan bila kite nak gunakan tenaga je, terutamanya tngahari. Malam x yah makan". Pastu kwn cakap lg "minum air banyak 2- 4 liter sehari". Then kite pun cubalah..memula kite start memang penat, mana taknya x mkn malam.pastu..2-3 hari da ok da.bangun pagi jek, terus g minum segelas air suam. pastu sarapan "light". then tengahari, makanlah seperti biasa. pastu malam da x makan apa2 kecuali air. dan hasilnya, kite kurus n cantik. saiz jeans 26.kwn2 mesti kena cuba..selamat berjaya.

Unknown on Jun 23, 2011 11:07 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih banyak sudi kongsi pengalaman berharga awak. Memang terbaik... ;D

Tanpa Nama berkata...

sya bru berumur 14 thun.tp berat bdn dh mengalahkn mak cik sya.bleh tak bgi tahu sya senaman yang bleh dilakukn tanpa kaluar rumah??

oktant on Julai 31, 2011 11:19 PG berkata...

@ Tanpa Nama: Setiap pagi, buat tekan tubi dlm 10 kali. Bila dah biasa, tambah lagi bilangannya sikit2.

Senaman lain yg adik boleh cuba ada kat bawah nie;

1. 4 Senaman Kempiskan Perut (Bahagian 1)

2. 4 Senaman Kempiskan Perut (Bahagian 2)


Good luck yea dik! ;D

Tanpa Nama berkata...

salam.
saya lelaki berat 95kg dan tinggi 168cm.
masalah saya ialah lemak berlebihan sehingga membentuk "tayar spare" dan meyukarkan saya mencari saiz baju dan seluar.
pinggang sekarang da 40.
hehe.

boleh tak cadangkan cara diet + contoh makanan yang sihat dari sarapan, lunch, makan petang dan dinner untuk elakkan rasa lapar di samping boleh kuruskan badan.
baru2 nie, saya buat macam ni saja.
lunch just makan 2 keping roti whole grain + sekeping daging burger dgn air masak.
malam just mkn roti 2 keping saja @ buah.
ok ke mcm nie?

oktant on Disember 30, 2011 9:48 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Waalaikumussalam.

Ok. Saya amat faham dgn situasi yg tuan alami skrg.

Sbg panduan awal, tuan boleh rujuk artikel terdahulu iaitu - 10 Tips Ringkas Kuruskan Badan.


Sebenarnya, apa yg telah tuan amalkan tu dah ok. Sy pun tiada menu khas utk diet.

Apa yang penting, kita makan makanan yg seimbang. Lepas tu, pastikan kita gunakan apa yg telah dimakan.


Sarapan pagi mmg penting. Boleh makan quaker oat. Ataupun minum nestum. Tapi, elakkan yg dlm peket tu tau.


Utk tengah hari, mgkn tuan boleh kurangkan pengambilan makanan yg diproses spt daging burger dll. Tapi kalau sekali-sekala, tak mengapa.

Utk minuman tengah hari, boleh jadikan teh o limau @ air limau panas/suam yg kurang manis sbg pilihan. Kalau tanpa gula, lagi bagus.


Mengenai cadangan tuan, sy akan cuba kongsikan. Maklumlah, kalau makan@minum benda yg sama, nanti jemu pulak, kan? :)

Hawa on Mac 16, 2012 9:34 PTG berkata...

terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkk tq for share

oktant on Mac 16, 2012 10:08 PTG berkata...

@ Hawa: Orait. Terima kasih kembali yea Hawa. =)

Tanpa Nama berkata...

Saya ni kuat mkn..tp skrg dah kurgkan..mslhnya saya keeja smpai lwt mlm..saya mkn last kol 6..bl lwt mlm blk saya sgt lpr..ap yg perlu saya buat..xmkn nnti skt perut..mau mkn nnti gemuk plak..aduh~

oktant on Ogos 29, 2012 5:21 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Pada saya, awak boleh makan pada waktu tersebut. Tiada masalah jika keadaannya begitu.

Cuma, pastikan kuantitinya sederhana. Paling penting, pastikan awak berhenti makan sebelum kenyang.

Kemudian, jangan terus tidur ya.

dah gemukkkkkkkkk!!!!!!!!! berkata...

saya berumur 18tahun. kalau dulu waktu sekolah berat badan saya tidak lari dari 50-53kg. pernah sekali paling berat pun 55kg masa baru-baru habis sekolah. tapi masuk 4-5 bulan tak sekolah bdan saya naik mendadak sampai 60-65kg. dan saya ada masalah peha dan pinggul yg lebar dan mudah naik. kalau dulu seluar saiz 29 paling besar, skrg ni 32 baru muat ngam-ngam! pipi, punggul, lengan semua sudah naik. sampai dah tak nampak cutting badan :(

mcm mana eh cara berdiet nak kurus kan semula tanpa perlu jogging setiap petang? hehe. kalau boleh saya mahu lakukan senaman ringan yg boleh dilakukan di dalam bilik atau rumah sahaja serta cara-cara pemakanan yg betul.

oktant on September 05, 2012 7:16 PTG berkata...

@ dah gemukkkkkkkkk!!!!!!!!!: Seperti biasa, awak mesti jaga pemakanan dan bersenam. Dua perkara ini memang wajib kalau nak kurus dan kekalkan berat badan.

Mengenai pemakanan, awak perlu pilih makanan yang seimbang dan sihat. Contohnya seperti lebihkan sayur-sayuran, kurangkan makanan segera atau sejuk beku dan elakkan minum air berkarbonat.

Kuantiti makanan yang diambil pun harus bersesuaian dengan rutin harian. Ikut keperluan tubuh. Jika awak gunakan banyak tenaga, kalori pun boleh dilebihkan. Begitu juga jika sebaliknya.

Jika awak rasa lapar sebelum waktu makan, ambillah buah-buahan. Pelbagaikan jenis buah yang diambil supaya tak jemu.

Kalau suka kurma, lagi bagus. Makan dalam 3 biji. Lepas itu, perbanyakkan minum air masak.

Minum lebih air masak juga mampu melambatkan rasa lapar.

Bagi mengurangkan tabiat asyik nak makan, cuba amalkan gosok gigi bila terasa tabiat makan awak sukar dikawal.

Untuk senaman dalam rumah, saya syorkan awak gunakan dumbell. Jika tiada, dapatkan di kedai sukan ataupun di pasaraya.

Sebab melalui dumbell, pelbagai jenis senaman kita boleh lakukan. Bukan sekadar untuk lengan saja tetapi seluruh tubuh.

Pelbagaikan corak senaman jika awak mudah jemu.

Jika peha dan pinggul besar, awak boleh gunakan basikal senaman. Ataupun jika tiada, awak boleh cuba senaman yang menumpukan kepada peha dan pinggul.


Buat masa ini, begitulah serba sedikit yang mampu saya kongsikan. Saya harap awak mulakan usaha menurunkan badan sekarang walaupun sedikit.

Moga berjaya menurunkan berat badan ya!

Tanpa Nama berkata...

Tipnyg berguna,,thx yap

oktant on September 30, 2012 10:06 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sama-sama. :D

Tanpa Nama berkata...

Cm ne nk kurus ye ? Sy nk brat bdn sy yg dlu hnya 50 skrg brat sy da mcecah 85 da .. tlg sy bg tip yg btl ..

oktant on November 08, 2012 2:23 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Pertama sekali, saya harap awak tidak keberatan mengikuti tip & petua untuk menurunkan berat badan dalam blog ini.

Sebagai permulaan, awak boleh dapatkan petua menurunkan berat badan dengan klik pautan ini.

Untuk petua-petua lain, awak boleh cari dibahagian arkib ya.

Pun begitu, jika awak perlukan bimbingan yang lebih khusus, saya syorkan awak ikuti program diet yang telah membantu ramai rakan kita yang lain tanpa ubat-ubatan di sini.

Sebab kalau awak ada masalah, boleh bertanya terus melalui emel. InsyaAllah awak akan dibimbing sampai mendapat berat yang ideal.


Sekali lagi saya berikan pautannya - diet tanpa ubat-ubatan.


Moga awak dapat menurunkan berat badan dengan sihat.

Tanpa Nama berkata...

saya ni xtau la nk xckp.. sy merasakan body sy ni berisi,gemuk tp kwn2 ckp body sy ni kurus kecik.. smpai dorg nk ikut saiz badan sayala.. ape2 pn sy tetap nk berdiet... seolah2 berat badan sy ni gemuk.. ukuran 34, 26,36.. berat 49kg... ha.. berat kan??? sy nk elak jd 50 ke atas... sy takot klu sy diet jd kurus sgt kan.... xlawa la kan.. tp sy ttp sy rse sy berisi... sy jenis bnyk mnum air mineral jgk.. perut xde la flat sgt... itula mslh sy.. keliru... sy juga jenis cpt lapar... klu xmkn sy pening n xboleh bt kerja.... tp skrg berat maintain lg 49kg walau sy bnyk mkn... sy nk diet sy takot berat bdn sy naik.. n yes mmg sy ni jenis jge body.. ape pandangan awak ye????

Tanpa Nama berkata...

Sya ni kuat makan,lepas makan nasi pun terasa nak makan makanan ringan.macam mana nak kurang kan selera makan saya ni?

oktant on Februari 04, 2013 7:40 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Jika nak tahu sama ada awak mengalami masalah kegemukan di bahagian perut & pinggul ataupun sebaliknya, cuba cubit kulit pada bahagian pinggang & pinggul.

Kalau lebih daripada 2.5 cm, itu maknanya seseorang sedang mengalami masalah kegemukan.

Banyak minum air mineral memang bagus. Tapi kalau tetap cepat rasa lapar, makanlah dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit ya.


- Pastikan minum air kosong setiap jam. Dengan banyakkan minum air kosong/mineral, ia bantu mengelakkan perut rasa lapar.

Kalau tak boleh tahan juga, boleh makan buah-buahan segar seperti tembikai, betik, epal, pic ataupun pear.

Ataupun cuba makan pada kuantiti sedikit tetapi diambil berulang kali. Ingat ya, kuantitinya "SEDIKIT" saja tau.

Contohnya dalam sehari awak makan sebanyak 8 kali. Tetapi kawal kuantitinya. Kemudian, makanan tersebut mesti seimbang. Iaitu terdiri drpd 50% bijian (beras, kekacang dan gandum), 30% sayur dan buah-buahan serta 20% protein (daging atau ikan).


Harap perkongsian ini serba sedikit ini membantu pertanyaan tuan/puan yang empunya diri di atas.

Tanpa Nama berkata...

salam . sekarang umor sta 20th dan berat sye skrg dah nak memcecah 100kg..dulu xpon mcm ni..setiap kali sya nk berdiet mesti berat badan makin menaik..rase cm nak putus asa je..tlg sya mcm mane nk berdiet yg betol-betol berkesan

Tanpa Nama berkata...

dlu bdan sy nie gmuk cmpai mlu sy owg ckp sy nie brisi. . tpy skrg alhmdulillah brat bdan sye da trun ckit, sy mngamal kn tips diet yg shat sperti brikut. .

oktant on April 30, 2013 9:17 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Syukur Alhamdulillah. Tahniah dan saya harap awak teruskannya.

Selain itu, minum air masak/putih secukupnya di samping kurangkan minuman bergula ataupun minuman berais.

Saya doakan moga awak berjaya mencapai berat badan yang diidamkan.

efarizshiiba on Mac 19, 2014 10:14 PG berkata...

mase mula2 jogging...mak aiiiii seksanye... sambil kesat air peluh bercucuran saya nyanyi lagu 'KAU BOLEH'.. :)

Tanpa Nama berkata...

berat saya 1++ dan baru nk mula diet dgn serius ,, blh tk bntu saya cara menguruskan diet dgn betul ..
p/s ; betul ke diet atkin lebih byk keburukan dr kebaikan ??

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez