Petua Agar Si Ibu Mudah Bersalin

Posted by Unknown at Ahad, September 19, 2010
Bagi anda yang bakal bergelar ibu sedikit masa lagi, tentu anda tertanya-tanya sama ada tak sebarang petua tertentu agar dipermudahkan bersalin. Menunggu sata-saat melahirkan pastinya mendebarkan. Terutama buat anda yang baru pertama kali mengandung.

Pelbagai persoalan yang bermain di kepala. Bagaimanalah keadaan aku semasa meneran nanti dan macam-macam lagi. Huhh, tentu tak senang duduk dibuatnya.

Sehubungan itu, kalau anda mahu proses melahirkan bayi berjalan lancar, cubalah petua tradisi ni. Iaitu dengan menggunakan keladi kemoyang. Petua ni pun saya dapat daripada perkongsian En. Tajuddin Abdul Manap. Beliau merupakan Pegawai Laboratori Fitoubatan di UPM.


Pokok Keladi Kemoyang - ina_qiuqiu@flickr



Langkah-langkah yang perlu bakal ibu lakukan ialah;


1. Ambil seluruh pokok keladi kemoyang. Iaitu termasuk daun dan akarnya sekali.

2. Bersihkan ia terlebih dahulu.

3. Kemudian rebus pokok keladi kemoyang tadi sampai mendidih.

4. Amalkan meminum air rebusan ini setiap hari. Iaitu bermula daripada beberapa minggu sebelum tarikh bersalin.


Amalan ini dikatakan boleh membantu melancarkan proses melahirkan bayi. Di mana si ibu nanti tak perlu terlalu meneran semasa bersalin kelak. Mudah-mudahan tip bersalin ini berguna untuk anda ya.


Selamat Mencuba!



P.S: Anda atau isteri anda masih belum hamil lagi? Salah satu puncanya mungkin kerana beliau tak tahu mengesan waktu subur. Sebagai jalan penyelesaian, lebih baik anda selami kaedah yang sebenarnya melalui ebook mudah hamil ini ya.

2 komen on "Petua Agar Si Ibu Mudah Bersalin"

Tanpa Nama berkata...

salah satu cara/ikhtiar supaya mudah ketika melahirkan anak (selusoh)- 1 sudu minyak kelapa(tanak sendiri)+ 1/2 sudu air kunyit(tumbuk lumat perah) diminum bila masok 8 bulan, ulang setiap 2 minggu, bila masok 9 bulan minum seminggu sekali-pada masa sama berhenti terus dari makan belacan n budu supaya darah tak hanyir, Allah hu 'aklam.
Bila JATOH KETIKA/SAMPAI ALAMAT yakni rasa ULANGAN sakit semakin cepat(dari 1 jam sekali dah jadi 5 minit sekali) maka bersabarlah sambil banyak-banyak membaca tasbih Nabi Yunus/Prophet Jonah dgn NIAT tasbih sampai selamat melahirkan, InsyaAllah.

oktant on Januari 19, 2011 6:36 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih banyak atas petua yg puan kongsikan.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez