Kenapa Anda Perlu Berdiet? Sambungannya...

Ini adalah sambungan kepada entri bertajuk "Kenapa Anda Perlu Berdiet?". Tanpa berlengah, saya teruskan saja kesudahannya di bawah ini ya.



4. Minum Air Putih


Salah satu diet berkesan yang mudah adalah dengan meminum air putih secukupnya. Ia bertujuan menyeimbangkan kadar cecair dalam badan anda.

Bagaimana nak tahu sama ada ia cukup atau tidak?

Mudah aje. Sekiranya anda berasa haus, itu maknanya anda memang memerlukan air putih. :)



5. Kacang Soya


Memilih makanan berasaskan kacang soya setiap hari boleh membantu anda menurunkan kadar kolesterol.

Kacang Soya
Kacang Soya - www.webmd.com


Selain itu, ia berfungsi melindungi anda daripada diserang sakit jantung. Jadi, jangan lupa memasukkan tauhu, tempe atau air soya dalam menu harian anda.



6. Ikan Laut


Tubuh anda memerlukan lemak yang baik untuk memelihara kesihatan jantung. Nah, ikan laut seperti tuna dan salmon yang dapat membekalkannya.


Hidangan Berasaskan Tuna
Hidangan Berasaskan Tuna - blog.foodnetwork.com

Selain untuk jantung, ia juga mengandungi protein yang tinggi.



7. Bakteria


Terdapat juga jenis bakteria yang memang diperlukan tubuh. Iaitu bakteria baik. Contohnya seperti yogurt.


Yogurt
Yogurt - cookinglight.com



Fungsinya adalah memelihara saluran pencernaan dalam badan anda agar dapat berfungsi sepenuhnya serta menghalang kemasukan bakteria jahat. Bakteria jahat ni biasanya masuk melalui makanan yang anda makanlah.



8. Katakan Tidak pada Alkohol


Sudah terang lagi bersuluh, kan? Tubuh anda tak perlukan alkohol. Tubuh anda akan lebih sihat tanpa alkohol.



9. Lakukan Senaman


Mahu atau tidak, anda mesti bersenam sekiranya benar-benar mahu berdiet. Setakat menjaga pemakanan yang seimbang saja belum tentu akan menjayakan usaha diet anda.

Bersenamlah secara berkala dan teratur agar matlamat anda untuk menurunkan berat badan tercapai.



Berdietlah Secara Seimbang ya!

4 ulasan:

  1. sebab kita nak kurus

    BalasPadam
  2. terima kasih diatas perkongsian tips ni. memilih jenis makanan yg membantu pembakaran kalori pun bagus untuk dimasukkan dalam menu diet contoh seperti cili merah dan teh hijau.

    BalasPadam
  3. askm.

    saya pembekal alat perubatan mengunakan mesin terapi untuk kesihatan untuk merwat dan meyembuh pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kencing manis,stroke ghout,sembilat,saki sendi tanpa mengambil ubat. mesin terapi ini buatan dari jepun.

    email saya; syarifat@gmail.com
    zulkifli mat

    BalasPadam
  4. @ zulkifli bin mat isa: Waalaikumussalam wbt.

    Terima kasih atas makluman tuan.

    BalasPadam