3 Kebaikan Pokok Letup-letup

Posted by Unknown at Sabtu, Januari 30, 2010
Pokok letup-letup atau nama saintifiknya Passiflora Foetida adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar dan berfungsi sebagai tanaman penutup bumi. Ia juga mudah tumbuh di kawasan tanah terbiar.

Gambar Pokok Letup-letup

Gambar Pokok Letup-letup - www.passionflow.co.uk


Sungguhpun begitu, ia tetap memiliki kebaikan tersendiri. Sudah tentunya untuk anda juga. Antara manfaatnya untuk anda adalah merawat gatal pada kulit, luka dan melegakan batuk.


A. Gatal Pada Kulit

1. Ambil beberapa batang pokok letup-letup.

Pastikan anda mengambil seluruh bahagian pokok letup-letup. Termasuklah bahagian akarnya sekali.

2. Seperti biasa, bersihkanlah dulu keseluruhan bahagian pokok tersebut.

3. Kemudian, rebuskan pokok letup-letup sehingga mendidih.

4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sehingga suam.

5. Akhir sekali, sapukanlah air rebusan tersebut pada bahagian kulit anda yang terasa gatal.


B. Melegakan Batuk

1. Sama seperti langkah no. 1 hingga 4 untuk cara merawat gatal kulit di atas.

2. Apa yang membezakannya, anda perlu minum air rebusan tu secara perlahan-lahan.


C. Merawat Luka

1. Dapatkan beberapa helai daun pokok letup-letup.

2. Bersihkan daun letup-letup tadi dan lumatkannya.

3. Bubuh atau tepek daun yang telah dilumatkan pada bahagian badan anda yang luka.


Selamat Mencuba!

7 komen on "3 Kebaikan Pokok Letup-letup"

Unknown on Oktober 27, 2010 5:18 PTG berkata...

POKOK NI DH SEMAKIN PUPUS..LG PN ORG ZAMAN SKR DH MALAS AMAL KN PETUA2 LAMA NI..DORG LEBIH SUKA PAKAI UBAT2 KAT PASARAN TU.. KALAU PN KITA TAU PETUA2 LAMA NI TP BAHAN2 NYA DH PUPUS MACAM MANA GENERASI KITA NK TERUSKAN PETUA LAMA? SAMA2 LAH KITA MEMELIHARA SEGALA ANUGERAH ALLAH YG X TERNILAI.

Eynna berkata...

nasibla kat kawasan umah kite org msh ade lg tanaman ni.. kitaorg mkan pucuk die jer. baru tau rupa2nya bnyak kegunaan pokok letup2 ni..ermm..tq for de in4.

Tanpa Nama berkata...

pokok ni tiba2 wujud kat blkg umah aku..mungkin benihnya dibawa oleh burung...oo baru tau khasiatnya..kecik2 dulu pernah makan buahnya kalau dah masak, sikit manis..kalau yg hijau suka buat main picit-picit....bila tengok buat letup-letup ni teringat macam batu pelir kucing..hehehe

oktant on Mei 16, 2012 8:58 PTG berkata...

@ GLaM: Kebanyakan tumbuhan yg dulunya sering digunakan kini makin sukar ditemui. Memang bagus jika ramai sedar akan kegunaannya & seterusnya menghargai tumbuhan tersebut.

@ Eynna: Baguslah kalau macam tu. Boleh manfaatkan khasiatnya.

Sama-sama Eynna. :)


@ Tanpa Nama: Baguslah kalau ada tumbuhan ni. Dah tahu kegunaannya, manfaatkan bila perlu. :)

Tanpa Nama berkata...

sdp la buah pkok letup2 ni..xtw pla ada khasiat..skrg bru tw..hehe

oktant on September 08, 2012 10:00 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: :)

Radzami on Ogos 13, 2017 5:29 PTG berkata...

Saya confius buah yg mana satu yg dimaksudkan, ada blog lain menyamakan pokok letup2 dgn pokok ulat bulu, sedangkan dia berbeza

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez