Lobak Putih Ubat Darah Tinggi

Posted by Unknown at Khamis, Disember 31, 2009
Sewaktu zaman kanak-kanak dulu, saya kurang gemar memakan sayur lobak putih ni. Mungkin kerana rasanya yang kurang menyelerakan kot. Tapi saya akur yang lobak putih atau Raphanus Sativus ni banyak khasiatnya. Antaranya baik untuk sistem penghadaman dan mengatasi masalah kencing tak lawas.

Paling penting kat sini adalah ia juga baik untuk merawat darah tinggi. Saya akan kongsikan caranya seketika nanti. :)

Lobak Putih (aphanus Sativus)

Lobak Putih (aphanus Sativus) - myfolia.com



Selain lobak putih, anda juga perlukan gula batu sebagai perasa tambahan.


Cara-caranya:

1. Sediakan 1 atau 2 batang lobak putih.

2. Bersihkan ia terlebih dahulu dan ambil isinya saja.

3. Kemudian anda kisarkan atau tumbuk lobak putih tu bersama dengan gula batu sebesar ibu jari. Kisar atau tumbuk bahan tersebut sehingga halus atau hancur.

4. Setelah itu, tuangkan dan tapis jus lobak putih tu ke dalam gelas.

5. Minumlah jus tersebut 2 kali sehari.

Amalkan petua ini dan lepas tu berjumpalah dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mengetahui perkembangan semasa darah tinggi anda.


Selamat Mencuba!



p.s: Bagi mendapatkan petua darah tinggi lain, anda boleh rujuk artikel terdahulu di;





5 komen on "Lobak Putih Ubat Darah Tinggi"

ieta berkata...

Slm...lobak putih ni mmg byk khasiatnya..tapi ramai org kata x thn dgn baunya.Yg saya tau ia bagus untuk ibu2 yg menyusukan,rupa2nya ia juga ubat utk darah tinggi...adakah kesannya cepat? Darah saya juga dah mula tinggi 2-3 minggu ni dek tekanan kerja. Saya perlukan petua yg betul2 cepat turunkan tekanan ini..tolong...

oktant on Oktober 30, 2012 6:24 PTG berkata...

@ ieta: Waalaikumussalam wbt ieta.

Cepat atau lambat mungkin bergantung kepada ieta sendiri.

Sebabnya jika ieta terus biarkan tekanan menguasai diri, memang sukar untuk menurunkan tekanan darah.

Saya syorkan ieta alihkan tekanan seketika. Banyakkan berdoa dan mengadulah padaNya.

Tanpa Nama berkata...

Oleh kerana terlalu stress dan tidak menjaga makanan, tekanan darah saya meningkat. Apatah lagi ibu dan bapa saya menghidap darah tinggi. Doktor terkejut dengan tekanan darah saya,dan memberikan pilihan kepada saya sama ada mengambil ubat darah tinggi atau mencuba cara lain. Saya telah mencuba dengan makan pucuk betik dan pegaga. Alhamdulillah, atas kehendak-Nya, rupa-rupanya daun-dauan ini merupakan penawarnya dan tekanan darah saya telah kembali normal.

Tanpa Nama berkata...

Selain mengamalkan memakan ulam-ulaman seperti pucuk betik, pegaga dan pucuk gajus, salah satu cara menurunkan tekanan darah tinggi ialah selalu membaca al-Quran dan solat sunat malam. Insya-Allah tekanan darah akan turun kerana penyakit itu datangnya daripada Allah swt dan penawarnya juga datang daripada-Nya.

oktant on Mei 17, 2013 3:15 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Subhanallah. Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih atas perkongsian awak. Saya doakan awak terus dikurniakan tahap kesihatan optimum. In Sha Allah. Amiin.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez