2 Cara Menghilangkan Jerawat dan Melembutkan Kulit Muka

Posted by Unknown at Khamis, Disember 24, 2009
Pernah tak anda dengar mengenai sejenis tumbuhan yang diberi nama bayam duri? Ataupun sesetengah tempat menggelarkannya bayam hutan. Nama saintifiknya pula adalah Amaranthus Spinosus. Ia dikatakan mampu menghilangkan jerawat dan seterusnya melembutkan kulit muka anda.

Saya pun baru tahu mengenai perkara ni. Malah, rupa bayam duri ni pun saya tak kenal. Tapi, saya telah menjumpai dua imej yang boleh dijadikan rujukan bersama seperti di bawah.

Gambar Pokok Bayam Duri atau Bayam Hutan
Gambar Pokok Bayam Duri atau Bayam Hutan - Dr. John Meade


Gambar Daun Bayam Duri atau Bayam Hutan
Gambar Daun Bayam Duri atau Bayam Hutan - Dr. John Meade


Bagi menghilangkan jerawat serta melembutkan kulit wajah anda dengan bayam duri ni, ada dua cara yang boleh dipraktikkan;


Cara Pertama:

1. Ambil beberapa helai daun bayam duri dan bersihkannya.

2. Ramas daun tersebut sehingga hancur.

3. Selepas itu, gosokkan daun yang telah hancur tadi ke muka anda dengan lembut atau perlahan-lahan. Buatlah lebih kurang dalam 5 ke 10 minit.

4. Akhir sekali, bilas atau cuci muka anda dengan air bersih.


Cara Kedua:

1. Ambil beberapa helai daun bayam duri dan bersihkannya dahulu.

2. Terus ramas daun tersebut ke muka anda secara berhati-hati atau perlahan-lahan.

3. Lepas dah ramas, sentalkan pula daun tadi ke muka anda. Sental dengan lembut serta perlahan-lahan yer. Lakukan proses ini selama 5 ke 10 minit.

4. Akhir sekali, basuhlah muka anda dengan air bersih.


Sekali lagi, ingin saya tekankan di sini bahawa semasa anda menggosok, meramas atau menyental daun bayam duri ke muka, pastikan ia dibuat secara lembut. Jika anda melakukannya dengan kuat, saya khuatir ia akan mencacatkan kulit muka anda pula. Jadi, pastikan anda melakukannya dengan tenang dan tak tergesa-gesa.

Petua ini boleh anda amalkan sekurang-kurangnya sekali sehari.


Selamat Mencuba!

59 komen on "2 Cara Menghilangkan Jerawat dan Melembutkan Kulit Muka"

Tanpa Nama berkata...

betul ker nie berkesan untuk hilangkan jerawat dan melembutkan mukaq....?????

Tanpa Nama berkata...

.em

Tanpa Nama berkata...

mana nak dapat,kat pasar ada jual?

oktant on Februari 03, 2010 6:06 PTG berkata...

Oh, saya kurang pasti di mana saudara/i boleh dapatkan bayam duri ni. Tapi awak boleh cuba cari di pasar.

Jika ada rakan2 lain yg tahu di mana boleh dapatkannya, harap anda sudi kongsi kat sini ya.

Terima kasih. :)

Tanpa Nama berkata...

hhhmmmmmmm

Tanpa Nama berkata...

hmm...mcm nak ikut,tapi...xtahu laa.cantik...penting ke????

oktant on Mac 03, 2010 3:34 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Semuanya terpulang pada saudara/i. Jawapannya ada pada awak. :)

Harap membantu.

Tanpa Nama berkata...

SAYA MAHU BARTANYA BAGAIMANA UNYUK MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

oktant on Mac 10, 2010 5:59 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Sila rujuk pada bahagian "Artikel berkaitan Penjagaan Muka" di bahagian bawah (sila skrol tetikus ke bawah sikit). :)

Harap ianya membantu awak.

Tanpa Nama berkata...

tiada cra yg lbey snng dan pnts?
sbg s'0rg studnt,msa bgtu trhd & pdt dgn aktvti lain.hrp bley mmbntu,tq=)

oktant on Mac 16, 2010 5:41 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Saya harap awak boleh rujuk bahagian "Artikel berkaitan Penjagaan Muka".

Rasanya banyak juga cara mudah yang pernah saya kongsikan. :)

Tapi untuk cara yang pantas, saya kurang tahu.

Cuma apa yang dapat saya katakan ialah walau sibuk mana sekalipun, awak mestilah sentiasa menjaga kebersihan muka.

Caranya ialah cuci muka 2 kali sehari dengan pembersih muka, rajin cuci muka dengan air bersih selepas menjalani aktiviti luar (tapi pastikan muka di peluh dah kering dan dilap terlebih dulu) dan pakai skrub sekali dalam seminggu.

Ini kerana kalau habuk, asap, kotoran lain yang melekat kat muka tak dicuci, itulah yang menjadi punca tumbuhnya jerawat dan bintik hitam.

Harap ia dapat membantu ya. :)

Tanpa Nama berkata...

pelik & sukar nak buat

Tanpa Nama berkata...

cara yang susah nak buat

oktant on Mac 25, 2010 3:09 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Mungkin pelik sebab awak belum pernah dengar petua ni, kan?

Ataupun sukar kerna agak susah untuk awak mendapatkan bayam duri?

Tapi ini merupakan salah satu cara yang diakui oleh pengamal perubatan tradisional. Saya sekadar berkongsi info.

Namun begitu, sebenarnya banyak cara lain yang boleh awak cuba. Awak boleh rujuk pada bahagian "Artikel berkaitan Penjagaan Muka". :)

Harap dapat membantu.

Terima kasih.

sWeEt cUn gurLzZ berkata...

hye!!sy pendtg bwu..

oktant on April 02, 2010 1:39 PG berkata...

@ sWeEt cUn gurLzZ: Hye. :)

Selamat datang saya ucapkan. Semoga kandungan blog ini boleh memberikan sesuatu yang positif utk awak. :)

sakura90 berkata...

salam..n hai..thanx Oktant for sharing such a good tips with us..=)

Tanpa Nama berkata...

produk kecantikan pun blh rosakkn muka gak...dulu ok je muka sy...tp skrg ni dh muncul jerawat...klu ckit takpelh gak...adoiyai...AKU ANTI PRODUK KECANTIKAN!!!!!!!!!!!!!!!apa2 pun terima kasih sbb sudi kongsikan TIPS...i'll try..

Tanpa Nama berkata...

saya tiada jerawat , sya igin membantu sahabat sya , kerana jrwtnya terlalu bnyk , sya harap kaedah ini berkesan , tp ade cre lain yg lbih mudah ?

Tanpa Nama berkata...

susahlah byk tumbuhan yg susah dicari...bayam duri???bayam biasa kt market ada lah...blh kew guna??

dania berkata...

da bermacam2 produk sy pakai..x jugak hilang jerawat..harap2 cara ni berkesan..

Tanpa Nama berkata...

Perr..sush btol nk cri..hmm..2 pkai daun bayam duri..kalo bayam biase jer,bole pkai x??

oktant on Jun 02, 2010 3:59 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Memang perlu pakai bayam duri. Kalau pakai bayam biasa mungkin hasilnya tak sama.

Memang agak sukar nak cari sekarang ni. Tapi kalau awak dah jumpa nanti, bolehlah cuba petua di atas ya.

@ Dania: Ya, saya pun harap dan doakan usaha awak berhasil. Kalau awak jumpa daun bayam duri tu, harap dapat kongsikan di mana ia boleh didapati ya.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

bayam ni ada byk kat kg. laa... kadang kat belakang umah pun ada... umah kt kawasan kg tau.. dia tumbuh liar jer..

sy pun ada baca pasal bayam ni kat buku herba dan ulam...

Tanpa Nama berkata...

alaaa nak g pasarla tanya ader x jual bayam duri ne..muka tgah naik jerawat neee tENSIOONNNNNNNNNNNYAAAAAAAAAA

oktant on Jun 13, 2010 5:06 PTG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Terima kasih atas info tuh. Saya percaya ramai yang tengah sibuk cari bayam duri nie. :)

- Baru-baru ni, saya terbaca yang daun bayam biasa pun boleh digunakan untuk jerawat. Tapi tak pasti pula setakat mana keberkesannya.

Huhu... awak jangan la tension sangat. Kalau awak tension, saya bimbang nanti makin bertambah la jerawat tu.

Tanpa Nama berkata...

btul ke berkesann?kwn sye kdg2 ik0t petua internet lgi mer0sakkan kulitnnya.sya tak pasti,takut kulit makin tr0k..jerawt smakin bnyk.

oktant on Jun 21, 2010 4:56 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Awak boleh cuba dulu jika mahukan kepastian.

Sebenarnya, ia bukan masalah petua internet atau petua dalam buku. Ia bergantung kepada keserasian sesuatu petua dgn seseorang yg mengamalkannya.

Lagi satu, kulit muka ni agak sensitif berbanding dgn kulit di bahagian lain.

Jadi, ia perlu dimanjakan atau dibelai dengan lembut dan perlahan-lahan. Urut secara membulat.

Elakkan daripada menyental terlalu kuat atau kasar. Nanti tekstur kulit pun akan jadi kasar serta mudah rosak.

Tanpa Nama berkata...

sy ade merupakn bekas pghidap resdung tp skrg dh sembuh. kalau blh sy nk kongsi pnglman sy nie ngan sesipa saja yang emepunyai masalah seperti saya dulu. sy telah mencuba bnyk produk dipasaran tetapi tidak berjaya sehinggalah sy menemui produk yg betu2 telah mengubah diri sy seperti sediakala. alhamdulillah dengan izin allah sy kembali sembuh.

Tanpa Nama berkata...

bayam duri ni tumbuh liar...byk kt blkg umah..tp slalu kena ptong..semak jer..hahah

Tanpa Nama berkata...

mcmna nk hilangkan jerawat dgn cra yg mudah!!!! adkah pngunaan bedak sejuk itu,brkesan????

Tanpa Nama berkata...

jadi kerw??klau jadi nak cari maner bayam berduri tue.
saudara\i yg menjumpai bayam berduri hrap akan berkongsi dgn kami disini
KONGSI DGN KAMI disini

Tanpa Nama berkata...

org kate kalo nk cantik kene byk berkorban...kalo asek nk ckp sshnyer...payahnyerr nk dpt bayam ni..sukar..sssh care..itu ini...lame2 jerawat pon naek byk..haha

cube dulu...cari..sbb tu usaha..mane de tetibe cantik tnpa usaha kn..

tq oktant share info..;p

oktant on Oktober 04, 2010 5:11 PTG berkata...

Haha... tau takper. Paling penting ialah mulakan usaha awak sekarang. Jikalau susah nak cari bayam duri, cubalah cara lain.

Cuba selongkar blog ni. Ada pelbagai alternatif untuk dicuba.

Sama-sama. Saya hanya mampu berkongsi. Selain daripada itu, ia adalah diluar kemampuan saya.

Harap maklum ya. :)

Tanpa Nama berkata...

saye 13 taon ..
muke sye mule penoh dgn jerawat ...
sye na tny ..
colgate boleh hilangkan jerawat ta ??? :)

oktant on Oktober 09, 2010 2:24 PTG berkata...

@ coklat luv straberi: Pada pandangan saya, lebih baik ada guna cara lain. Cuba rujuk pd bahagian "Artikel berkaitan Penjagaan Muka".

Harap membantu.

Tanpa Nama berkata...

kat belakang umah saya ada byk!!! tp watpe la nk susah dgn bayam duri, g je buat facial..sekarangkan dh canggih...

Tanpa Nama berkata...

caranya senang tapi x pasti leh dapatkannya daun ni atau x..rasanya kat kawasan k.l susah nk cari... ermmmmmmm...... sy ni hah daterlalu bnyk product sy guna untuk mnghilangkn jerawat tp... still mcm ni jgk.. nk try petua ni rasa mcm xyakin pon da... :(

suraya berkata...

salam...
act,bru smlm sy jmp blog ni n pg ni sy g kedai cr bhn2 yg sy nak gunekan utk hlgkn jerawat n parut jerawat.....sy da bace artikel lam blog ni pasal gune myk gamat leh hlgkn jerawat n jerawat batu...smlm sy da gune myk gmt kt 3 jerawat batu yg da naik bpe hr lepas...bgn pagi td alhmdlillah da surut...:) oktant tq ea shre petua myk gamat tu...now sy tgh try pki tomato cm yg rakan2 lain sarankan...;) n jgk limau nipis dgn teh kosong tu..;) n jgk asam jawa utk hlgkn parut..tq ea lg sekali...

oktant on Disember 27, 2010 3:57 PTG berkata...

@ suraya: Sama-sama. Saya mmg buat camtu je kalau tetiba tumbuh jerawat. Sapu jer kat jerawat sebelum tidur. Amalkan sampai jerawat tu surut.

Kalau takde jerawat tapi sekadar nak cantikkan kulit muka pun boleh gak sapu minyak gamat. =)

Tanpa Nama berkata...

bayam duri nie mmg susah nak cari... dulu saya belajar di uitm pahang, mmg bnyk kt ladang... tp ladang yg lame, ladang baru die sy xpasti la ade ke x pokok nie.... die sbnr nye kategori weeds... kalu terjumpa pokok nie, hati2 la dgn duri die, mmg berbisa kalu kne tgn or kaki...

::ex-DPIM UiTM pahang::

oktant on Januari 31, 2011 2:14 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih atas info dan tips awak tu ye. ;D

Tanpa Nama berkata...

biasa ada kat tempat yg telah di tebas..kawasan berumput..

oktant on Februari 15, 2011 5:47 PTG berkata...

@ Tanpa Nama: Terima kasih kongsikan info nie yea. :)

Tanpa Nama berkata...

ni,,,,klu m'letakkan kulit serbuk kayu manis di atas mka ,,lumurkan mcm bdk sjuk bley x...........untk m'hilangkan jerawat dn m'mutihkan muka??????????????

Tanpa Nama berkata...

mn nak nak cri daun byam duri ni,kat htan je ka yg ade???kat psr ade x????hu3

Tanpa Nama berkata...

kecuali bayam , csre ape lagi boleh hilangkan ??

oktant on April 26, 2011 9:23 PTG berkata...

@ Darul: Terima kasih sudi mampir ke sini ya. Waalaikumussalam.

Terima kasih juga atas infonya. :)

Bie.. on Mei 06, 2011 10:13 PG berkata...

hy sa remaja yg mempunyai jrwt d dahi dan d pp ... sa risau sgt , jrwt sa x perna hilang .. sdh byk produk sa gna . tp x juga pndai hilang .... mcm mna ni ?? dlu muka sa x bgni . sa 1st tym dapt jrwt kat muka ... sa arap kak dapt bantu sa .. sama kat dahi sa. byk biji2 timbul ni ... k laa e2 seja sa arap sgt mau kc hilang jrwt ni . TQ

Tanpa Nama berkata...

bayam hutan senag je nak dapat kat kampung2 tumbuh liar saja di kawasan berpasir bayak tapi pasti ke blh???

Tanpa Nama berkata...

berape harge first facial cleanser tue erk???
mahal tak???
dkat wodsen bleh dpatkan tak?????

Tanpa Nama berkata...

bayam berduri berlambak ditaman bunga saya ia tumbuh dengan tiba2 kerana benihnya dibawa oleh burung. memang berduri luka tangan saya semasa cuba mencabut untuk dibuang.

Tanpa Nama berkata...

btul2 berkesan ke cara ni??xda side effect ke??

Tanpa Nama berkata...

pakai safi gamat je cukop . lgi bagus ,sbb safi tak kira jenis kulit.

Tanpa Nama berkata...

slm akak,sye punye muka dulu oke tpi sejak dua menjak nikulit sye tumbuh jerawat.sye remaja umur 13 thun n ibu sye ckp itu sbb hormon sye tak stabil .tpi,mkin byk pulak jerawat kemerah merahan.ape nk buat ekk?

oktant on Disember 01, 2012 1:58 PG berkata...

@ Bie: Bagi sesetengah remaja, mereka akan melalui satu tempoh masa di mana jerawat akan tumbuh.

Jadi, saya harap Bie tidak terlalu risau. Apa yang penting, teruskan saja rutin penjagaan atau rawatan muka.

Penjagaan atau rawatan mesti diteruskan. Berikan masa kepada kulit Bie untuk bertindak balas dengan sesuatu produk yang digunakan sekurang-kurangnya dalam 2-3 bulan.

Sebab kalau baru sekejap dah tukar kepada produk lain, kulit Bie mungkin belum sempat menyesuaikan diri dengan produk tersebut.


@ Tanpa Nama:

- Terima kasih di atas info awak tentang bayam duri.

- Sama ada ia berkesan atau sebaliknya, ia bergantung kepada jenis kulit awak.

Sebabnya, kulit setiap seorang daripada kita adalah berbeza.

Saya harap awak faham ya. :)

- Sebenarnya jika sesuatu produk tersebut sesuai dengan kulit awak, ia belum tentu sesuai dengan kulit kawan-kawan kita yang lain.

Pun begitu, terima kasih atas perkongsian awak.

Saya memang sukakan gamat. Sebab itu, saya pun selalu sapukan minyak gamat ke seluruh muka pada waktu malam. :)

- Waalaikumussalam wbt dik.

Iya, betullah apa yang ibu adik cakap tu. Zaman remaja memang begitu. Tapi ada juga yang tak ditumbuhi jerawat.

Adik usah bimbang. Ia normal.

Apa yang penting, adik jaga muka iaitu cuci muka 2 kali sehari.

Selain itu, adik boleh pakai bedak sejuk ataupun sapukan saja minyak gamat pada seluruh muka setiap malam.

Banyakkan minum air kosong dan amal makan ulam-ulaman.

Kemudian, sekali-sekala boleh buat masker atau topeng muka.

Harap ia membantu adik.

Tanpa Nama berkata...

ape sbbnye ek bila tumbuh jerawat kt blakang badan ? . kwan sye punye bdan dtumbuhi jerawat n parut2 die skali . die tak tahu nk gune prodk ape untuk hilangkan . mintk nasihat lah.

Tanpa Nama berkata...

minyak gamat tu sapu kt jerawat je ke atau sapu ke sluruh muka ? .

oktant on Disember 08, 2012 3:37 PG berkata...

@ Tanpa Nama:

- Salah satu sebabnya ialah semasa badan berpeluh ataupun kotor, terus baring atas sofa, tikar, tilam dll.

Sebaik-baiknya, bersihkan badan dahulu.

Cuba awak syorkan beliau pakai sabun taharah.

- Boleh disapukan baik hanya pada jerawat ataupun seluruh muka. Tiada masalah.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Anda dijemput melanggan RSS Feed blog Petua Sejagat melalui email bagi mengelakkan tertinggal sebarang koleksi petua terbaru

Dibawakan oleh FeedBurner

 

Copyright 2008-15 Petua Sejagat - Reflection - Ipiet Templates Image - Tadpole's Notez